GERAN AGROPRENEUR MUDA : CARA PERMOHONAN Panglima, February 20, 2024February 24, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialGERAN AGROPRENEUR MUDA : CARA PERMOHONAN Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai Cara Mohon Geran Agropreneur Muda (GAM) secara lebih lanjut. Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi Program Geran Agropreneur Muda kini dibuka bagi golongan muda yang berusia antara 18 hingga 40 tahun. Program yang termaktub dalam perlaksanaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) ini diwujudkan bagi membantu serta menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawan agro. Program Agropreneur Muda ini menyasarkan aktiviti projek yang merangkumi skop seperti berikut : Tanaman Perikanan Ternakan Industri Asas Tani Pemasaran Perkhidmatan dan input sokongan pertanian Agropelancongan Apakah Program Geran Agropreneur Muda? Program Agropreneur Muda ini diwujudkan untuk golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Ianya bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di sepanjang rantaian nilai sektor pertanian seperti pengeluaran tanaman, ternakan dan perikanan serta industri makanan dan asas tani. Baca juga : GERAN PRA SISWAZAH & PASCA SISWAZAH (Kriteria & Syarat) Objektif Program Geran Agropreneur Muda Objektif Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut: Menarik golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian. Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju. Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti produk dan penggunaan teknologi dan inovasi serta penyediaan pasaran yang kompetitif. Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan yang mampan. Skop Program Program Agropreneur Muda (PAM) dikhususkan untuk golongan muda berumur 18 hingga 40 tahun yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian bagi projek mengikut 4 sektor utama iaitu Tanaman, Ternakan, Perikanan, dan Industri Makanan. Skop utama seperti berikut: Tanaman Perikanan Ternakan Industri Makanan Dan Asas Tani Agroteknologi Kumpulan Sasar Individu warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 40 tahun yang layak dipertimbangkan untuk bantuan Geran Agropreneur Muda. Individu yang berpendapatan bersih lebih dari RM5,000.00 sebulan disyor untuk memohon skim pembiayaan Program Agropreneur Muda. Tarikh Permohonan Geran Agropreneur Muda Untuk makluman, tarikh permohonan Geran Agropreneur Muda dibuka sepanjang tahun bagi menggalakkan penglibatan golongan muda dalam sektor ini. Semua golongan muda digalakkan memohon bantuan ini. Syarat-Syarat Kelayakan Geran Agropreneur Muda Pemohon Geran Agropreneur Muda perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut : Warganegara Malaysia Golongan muda berusia antara 18 hingga 40 tahun Boleh membaca, mengira dan menulis Individu yang baru memulakan projek wajib mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan atau diiktiraf oleh Jabatan /Agensi di bawah MOA atau yang diiktiraf oleh MOA. Individu yang baru memulakan projek dan memiliki Sijil/Diploma/Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah MOA berkaitan projek pertanian yang dicadangkan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal. Keutamaan kepada golonga muda yang mempunyai kemudahan tanah atau premis sedia ada. Syarat Permohonan Pembiayaan Geran Agropreneur Muda Syarat permohonan pembiayaan adalah seperti berikut : Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi Projek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaran Mendapat sokongan teknikla daripada Jabatan/Agensi pembimbing dan Agensi pembiayaan. Jenis Bantuan Jenis bantuan yang ditawarkan adalah seperti berikut : Khidmat nasihat teknikal dan latihan Geran berbentuk barangan Pakej khas pembiayaan bagi perkembangan projek pertanian sedia ada daripada agensi pembiayaan seperti berikut : TEKUN Nasional – sehingga RM 50,000 bagi setiap projek Agrobank – sehingga RM 500,000 bagi setiap projek Cara Permohonan Geran Agropreneur Muda Individu yang berkelayakan boleh lakukan permohonan di Pejabat jabatan / Agensi Daerah di bawah MOA atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), MAFI (Negeri Sabah) atau MANRED (Negeri Sarawak) yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen berikut : Borang UAM 01/14 (pin. 02/18) Salinan kad pengenalan yang disahkan pegawai Jabatan / Agensi dan gambar berukuran passport Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap Senarai cadangan barangan yang dinyatakan pada Borang UAM 01/14 perlu disertakan dengan anggaran Sebut Harga Salinan sijil Diploma/Ijazah yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah MOA atau Borang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori Pembiayaan). Dokumen yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan / Agensi MOA. Nota : Tawaran permohonan adalah terhad. Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dihubungi. Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan mengikut fasa. Muat Turun Borang Permohonan Anda boleh muat turun borang permohonan seperti di bawah : Peringkat Rancangan Perniagaan Lampiran 1 : Penyediaan Rancangan Perniagaan Lampiran 2 – Borang Permohonan UAM Lampiran 3 – Borang Penilaian Permohonan Geran Lampiran 4 – Borang Permohonan Peluang Kedua Peringkat-Pembekalan Lampiran 5 – Borang Permohonan Pertukaran Spesifikasi GAM Lampiran 6 – Borang Permohonan Pelanjutan Tempoh Serahan Dokumen Sebut Harga Bagi GAM Lampiran 7 – Borang Penilaian Sebut Harga Pembekalan GAM Lampiran 8 – Borang Permohonan Pelanjutan Tempoh Pembekalan GAM Lampiran 9 – Borang Permohonan Pembatalan Pembekal GAM Peringkat Pembayaran Lampiran 10 – Borang Pembekalan GAM Lampiran 11 – Surat Aku Janji Peringkat Pemantauan Lampiran 12 – Borang Laporan Pemantauan Lampiran 13 – Borang Kemajuan Prestasi Usahawan Maklumat Lanjut Untuk keterangan serta maklumat lanjut mengenai Program Geran Agropreneur Muda (GAM), sila rujuk portal rasmi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Program Geran Agropreneur Muda (GAM) ini memudahkan urusan anda. InsyaAllah. About Author Panglima See author's posts Related BANTUAN KERAJAAN Apakah Program Agropreneur Muda?Cara Mohon Geran Agropreneur Muda (Jenis Bantuan & Syarat)Cara Permohonan Geran Agropreneur MudaGeran Agropreneur MudaMuat Turun Borang Permohonan Geran Agropreneur MudaObjektif Program Agropreneur MudaProgram Agropreneur Muda (PAM) dikhususkan untuk golongan muda berumur 18 hingga 40 tahunSyarat Permohonan Pembiayaan Geran Agropreneur MudaSyarat-Syarat Kelayakan Geran Agropreneur MudaTarikh Permohonan Geran Agropreneur Muda