CARA DAFTAR KOPERASI TENTERA ONLINE (LOGIN & SEMAKAN DIVIDEN KT) Panglima, February 21, 2024February 24, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialCARA DAFTAR KOPERASI TENTERA ONLINE (LOGIN & SEMAKAN DIVIDEN KT) Kepada tentera di Malaysia,adakah anda telah daftar sebagai ahli Koperasi Tentera(KT)?Bagaimanakah cara login KT online? Kenapa perlu login KT online?Mudah untuk membuat sebarang traksaksi online,contonya bagi tujuan membuat semakan dividen Koperasi Tentera(KT) APA ITU KOPERASI TENTERA(KT)? Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (atau Koperasi Tentera) merupakan sebuah Koperasi serbaguna yang telah ditubuhkan pada Tahun 1960 bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). KELAYAKAN AHLI KOPERASI TENTERA(KT) Keahliannya terbuka kepada semua anggota ATM dan kakitangan awam yang mencurahkan khidmat dengan Kementerian Pertahanan Malaysia. FUNGSI & OBJEKTIF KOPERASI TENTERA(KT) Berikut adalah objektif KT: Menggalakan anggota menabung dan berjimat dengan menyediakan kemudahan menabung yang selamat serta dengan pulangan yang menarik. Memenuhi keperluan kewangan dan bukan kewangan anggota dengan perkhidmatan efisyen dan selesa setaraf dengan institusi ternama. Menyumbang kepada kebajikan dan aktiviti sosial anggota. Menghasilkan pulangan atas modal pada kadar yang kompetitif. Menjaga kepentingan anggota dan koperasi dengan cekap, amanah dan berkualiti. KELEBIHAN MENCARUM KOPERASI TENTERA(KT) Sudah tentu mereka berdasarkan rekod menerima kadar dividen koperasi tentera yang agak tinggi setiap tahun Jikalau anak yang dapat keputusan PT3 dan keputusan SPM yang cemerlang mereka layak menerima insentif tunai dibawah program dan Skim Insentif Kecemerlangan (SIK) Koperasi tentera adalah antara koperasi kukuh di Malaysia. Berdasarkan koperasi tentera yang diletakkan di bawah Lembaga Angkatan Tentera Malaysia, LTAT adalah bank koperasi ketiga terbesar di Malaysia. PRODUK & PINJAMAN KOPERASI TENTERA Antara produk yang ditawarkan oleh KT ialah: Pembiayaan peribadi Perlindungan Takaful Pajak gadai Islam Ar-Rahnu Pembiayaan SME Kemudahan pelaburan kepada anggota. Pinjaman koperasi tentera yang ditawarkan adalah dalam bentuk: Pembiayaan peribadi berpenjamin dan tanpa penjamin Pembiayaan ekspres Pembiayaan yuran KT Pembiayaan takaful dan cukai jalan. Baca Juga :EzyCash-i Koperasi Tentera – (Cara Permohonan Pembiayaan) MUAT TURUN APLIKASI KOPERASI TENTERA(KT) ONLINE Anda juga boleh mendaftar dengan menggunakan aplikasi ditelefon pintar dengan klik pautan dibawah google play store apple aps store CARA DAFTAR KOPERASI TENTERA(KT) ONLINE Anda perlu ke portal Koperasi tentera klik pautan berikut untuk pendaftaran kali pertama : https://www.ktonline.com.my/ktib/app/?lang=ms#!/firstTimeLogin Buat dan kenalpasti identity anda Masukan pilih jenis pengenalan Tentera ID No kad pengenalan No passport Klik setuju terma dan syarat dan klik butang teruskan Klik hantar OTP OTP akan dihantar melalui sistem pesanan ringkas ( SMS) Masukan ID pengguna Cipta dan tetapkan kata laluan Masukan semula kata laluan Pilih imej dan frasa keselamatan Jawab soalan keselamatan Pendaftaran anda telah Berjaya CARA LOGIN KT ONLINE Berikut merupakan cara-cara untuk anda login koperasi tentera anda. Namun anda harus pastikan bahawa anda telah mendaftar buat kali pertama dahulu. Klik pautan https://www.ktonline.com.my/ktib/app/?lang=ms#!/login Masukan id pengguna Tekan teruskan Sahkan id pengguna melalui imej dan masukkan kata laluan Tekan masuk @ login Paparan akan menunjukkan akaun koperasi anda KADAR DIVIDEN KOPERASI TENTERA(KT) 2024 Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) hari ini mengumumkan pulangan dividen tujuh peratus (7%) kepada 156,156 anggotanya membabitkan pembayaran sebanyak RM130.4 juta bagi tahun 2022. SEMAKAN DIVIDEN KOPERASI TENTERA(KT) ONLINE Anda boleh semak dividen caruman anda di koperasi dengan cara online sahaja. Caranya adalah seperti berikut. Klik pautan https://www.ktonline.com.my/ktib/app/?lang=ms#!/login Masukan id pengguna Tekan teruskan Sahkan id pengguna melalui imej dan masukkan kata laluan Tekan masuk @ login Paparan akan menunjukkan akaun koperasi anda Klik pada hahagian no akaun anda Anda akan dapat melihat transaksi dan baki terkini akaun anda Jika dividen telah disalurkan, ianya akan dicatat pada bahagian transaksi SEMAKAN DIVIDEN KOPERASI TENTERA(KT) MELALUI SMS Taip KT BAKI NOTent/Mykad & Hantar ke 33310 SEMAKAN KELAYAKAN DIVIDEN KOPERASI TENTERA(KT) MELALUI SMS Taip KT DIV NOTent/Mykad & Hantar ke 33310 SEMAKAN WASI KOPERASI TENTERA(KT) MELALUI SMS Taip KT WASI NOTent/Mykad & Hantar ke 33310 SEMAKAN TARIKH BAYARAN DIVIDEN KOPERASI TENTERA(KT) 2024 Koperasi Tentera akan mula membayar dividen pada (akan dikemaskini kemudian) tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). CARA PEMBAYARAN DIVIDEN KOPERASI TENTERA(KT) TERKINI Pembayaran dividen akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan dan anggota boleh mengeluarkannya melalui kaunter dan KTOnline. Tiada Borang Pengeluaran Dividen pada tahun ini. MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN Sila hubungi Wisma Koperasi Tentera,No 1, Jalan 2/65C,Off Jalan Pahang Barat,53300 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: 03-2303 0000 About Author Panglima See author's posts Related BANTUAN KERAJAAN APA ITU KOPERASI TENTERA(KT)?CARA DAFTAR KOPERASI TENTERA ONLINE (LOGIN & SEMAKAN DIVIDEN KT)CARA DAFTAR KOPERASI TENTERA(KT) ONLINECARA LOGIN KT ONLINECARA PEMBAYARAN DIVIDEN KOPERASI TENTERA(KT) TERKINIEzyCash-i Koperasi Tentera – (Cara Permohonan Pembiayaan)FUNGSI & OBJEKTIF KOPERASI TENTERA(KT)KADAR DIVIDEN KOPERASI TENTERA(KT) 2023KELAYAKAN AHLI KOPERASI TENTERA(KT)KELEBIHAN MENCARUM KOPERASI TENTERA(KT)MUAT TURUN APLIKASI KOPERASI TENTERA(KT) ONLINEPRODUK & PINJAMAN KOPERASI TENTERASEMAKAN DIVIDEN KOPERASI TENTERA(KT) MELALUI SMSSEMAKAN DIVIDEN KOPERASI TENTERA(KT) ONLINESEMAKAN KELAYAKAN DIVIDEN KOPERASI TENTERA(KT) MELALUI SMSSEMAKAN TARIKH BAYARAN DIVIDEN KOPERASI TENTERA(KT) 2023SEMAKAN WASI KOPERASI TENTERA(KT) MELALUI SMS