ELAUN SARA HIDUP NELAYAN : CARA PERMOHONAN Panglima, February 20, 2024February 22, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialELAUN SARA HIDUP NELAYAN : CARA PERMOHONAN Disini kami akan kongsikan kepada anda syarat kelayakan dan cara permohonan ELAUN SARA HIDUP NELAYAN, semoga membantu.Kepada para nelayan laut, terdapat program yang dilaksanakan antara usaha kerajaan untuk membantu golongan nelayan meringankan bebanan dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan peningkatan kos sara hidup melalui program Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN). Baca Juga : RAWATAN JIKA TERKENA OBOR-OBOR (Larangan & Kesalahan) APA ITU ELAUN SARA HIDUP NELAYAN Program Elaun Sara Hidup Nalayan (ESHN) merupakan bantuan bulanan kepada pemilik vesel perikanan dan pekerja (awak-awak) yang layak serta didaftarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Objektif utama Program ESHN adalah bagi membantu golongan nelayan meringankan bebanan menghadapi tekanan ekonomi disebabkan kenaikan kos sara hidup. KATAGORI PEMOHON ELAUN SARA HIDUP NELAYAN Nelayan yang layak dipertimbangkan untuk menerima bayaran ESHN adalah terdiri daripada tiga (3) kategori seperti berikut: Pemilik vesel perikanan zon A; Pemilik vesel transformasi zon A yang berstatus syarikat; dan Pekerja (awak-awak) atas vesel berlesen bagi zon A, B, C dan C2 bertaraf warganegara Malaysia. SYARAT KELAYAKAN ELAUN SARA HIDUP NELAYAN Berikut adalah merupakan syarat kelayakan kepada nelayan yang layak dipertimbangkan untuk menerima bayaran ESHN mengikut tiga (3) kategori seperti berikut iaitu: Pemilik vesel perikanan zon A Pemilik vesel transformasi zon A yang berstatus syarikat Memiliki MyKad (Biru) Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan Memiliki Kad Nelayan yang sah berkuatkuasa Memiliki lesen vesel perikanan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau memiliki lesen vesel perikanan yang sah, yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah serta Lesen Perkakas dari Jabatan Perikanan Sabah Status subsidi minyak yang aktif Pekerja (awak-awak) atas vesel berlesen bagi zon A, B, C dan C2 bertaraf warganegara Malaysia Memiliki MyKad (Biru) Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan Memiliki Kad Nelayan yang sah berkuatkuasa Didaftarkan sebagai pekerja vesel (awak-awak) oleh pemilik vesel individu dan syarikat HAD BILANGAN KELAYAKAN ELAUN SARA HIDUP NELAYAN Had Bilangan Pemilik Dan Pekerja Vesel Yang Layak Menerima ESHN: Setiap pemilik vesel perikanan yang didaftarkan atas nama individu hanya layak menerima ESHN daripada satu lesen vesel perikanan atau lesen perkakas sahaja Had bilangan pekerja vesel (awak-awak) yang layak dibayar ESHN bagi sesebuah vesel adalah tidak melebihi bilangan pekerja yang ditetapkan dalam lesen vesel berkenaan Sekiranya bilangan pekerja yang bekerja diatas sesebuah vesel adalah kurang daripada bilangan yang ditetapkan dalam lesen maka bayaran ESHN adalah mengikut bilangan sebenar pekerja yang bekerja KADAR BANTUAN ELAUN SARA HIDUP NELAYAN Kadar bantuan ialah sebanyak RM 300.00 sebulan kepada kategori penerima yang layak DOKUMEN DIPERLUKAN Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan untuk dibuat permohonan ESHN iaitu: Kad pengenalan bagi tujuan verifikasi Borang permohonan yang lengkap diisi Salinan MyKad pemilik vesel dan pekerja Salinan lesen vesel perikanan yang sah dan lesen perkakasan menangkap ikan (jika berkaitan) yang masih sah berkuatkuasa Borang daftar pekerja vesel (awak-awak) yang disahkan oleh pemilik Salinan Kad Nelayan pemilik dan pekerja (awakawak) yang masih sah berkuatkuasa Salinan buku akaun simpanan (Agrobank/BSN/CIMB/Maybank) Gambar pemohon berukuran passport (terkini) Lain-lain dokumen sokongan (jika berkaitan) CARA PERMOHONAN ELAUN SARA HIDUP NELAYAN Kepada para nelayan yang berkelayakan, berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan iaitu: Permohonan boleh dibuat melalui sistem e-Pengisytiharan LKIM ESHN di pejabat Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dengan mengemukakan dokumen yang diperlukan Pemilik bersama pekerja wajib hadir untuk mendaftarkan pekerjanya (awak-awak) dan pendaftaran dibuat sesuai seperti yang tertera pada lesen vesel yang didaftarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah atau Jabatan Perikanan Sabah Pemilik dan pekerja vesel wajib mengesahkan identiti diri dengan menggunakan kad pengenalan dan cap jari semasa proses permohonan dalam modul FIP sistem e-Pengisytiharan LKIM CARA PEMBAHARUAN ELAUN SARA HIDUP NELAYAN Kepada nelayan yang ingin membuat pembaharuan ESHN, berikut adalah merupakan caranya: Pemilik dan pekerja vesel wajib menghadirkan diri semasa proses pembaharuan tersebut Pemilik dan pekerja vesel wajib mengesahkan identiti diri dengan menggunakan kad pengenalan dan cap jari semasa proses pembaharuan dalam modul FIP sistem e-Pengisytiharan LKIM Pembaharuan ESHN hendaklah dilakukan 3 bulan sebelum tamat tempoh permohonan TARIKH BAYARAN ESHN Pembayaran ESHN kepada nelayan yang layak adalah dibuat terus ke akaun milik individu yang masih aktif selewat-lewatnya pada 15 hari bulan melalui bank-bank yang ditetapkan seperti berikut: Agrobank BSN CIMB Maybank SOALAN LAZIM (FAQ) Untuk mengetahui soalan lazim berkaitan ESHN, anda boleh rujuk pada pautan di bawah: Garis Panduan Elaun Sara Hidup Nalayan MAKLUMAT LANJUT Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai program Elaun Sara Hidup Nalayan, anda boleh melayari portal rasmi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia About Author Panglima See author's posts Related BANTUAN KERAJAAN APA ITU ELAUN SARA HIDUP NELAYANCARA PEMBAHARUAN ELAUN SARA HIDUP NELAYANCARA PERMOHONAN ELAUN SARA HIDUP NELAYANCARA PERMOHONAN ELAUN SARA HIDUP NELAYAN: Tarikh Bayaran ESHNGaris Panduan Elaun Sara Hidup NalayanHAD BILANGAN KELAYAKAN ELAUN SARA HIDUP NELAYANKADAR BANTUAN ELAUN SARA HIDUP NELAYANKATAGORI PEMOHON ELAUN SARA HIDUP NELAYANRAWATAN JIKA TERKENA OBOR-OBOR (Larangan & Kesalahan)SOALAN LAZIM (FAQ) ELAUN SARA HIDUP NELAYANSYARAT KELAYAKAN ELAUN SARA HIDUP NELAYANTARIKH BAYARAN ELAUN SARA HIDUP NELAYAN