BANTUAN JKM 2024 : CARA PERMOHONAN Panglima, February 20, 2024February 22, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialBANTUAN JKM 2024 : CARA PERMOHONAN Tahukah anda cara permohonan bantuan JKM 2024? Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna. APAKAH BANTUAN JKM 2024 Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State). Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari. Bagi tahun 2024, bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melibatkan peruntukan lebih RM2.4 bilion yang akan memberi manfaat kepada lebih 450 ribu rakyat khususnya isi rumah miskin tegar, warga emas, kanak-kanak dan OKU. Justeru, Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa syarat kelayakan diperluas selaras dengan kenaikan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan 2023 iaitu RM1,198 sebulan. OBJEKTIF BANTUAN JKM Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat. Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup SENARAI BANTUAN JKM 2024 Bantuan Kanak-Kanak (BKK) Elaun Pekerja Cacat (EPC) Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT) Bantuan Orang Tua (BOT) Bantuan Am Persekutuan (BA) Bantuan Anak Pelihara (BAP) Bantuan Latihan Perantis (BLP) Bantuan Geran Pelancaran (GP) Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT) Tabung Bantuan Segera (TBS) CARA PERMOHONAN BANTUAN JKM 2024 Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak. BORANG PERMOHONAN MANUAL (PDF) Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan. Borang permohonan yang berkaitan: JKM 18 Borang Permohonan Bantuan JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan CARA PERMOHONAN BANTUAN JKM 2024 ONLINE Permohonan Bantuan JKM boleh dibuat secara online melalui Portal eBantuan JKM di pautan berikut: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/ PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik. DOKUMEN SOKONGAN BANTUAN JKM 2024 Selain borang di atas, bagi membolehkan permohonan bantuan anda diproses dan dibuat penilaian, anda dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen berikut: Salinan Kad Pengenalan diri pemohon Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU) Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri) Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro) Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan) Lain-lain dokumen yang berkaitan MAKLUMAT LANJUT Jabatan Kebajikan Masyarakat Aras 6, 9-18 No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya Telefon : 03 – 8000 8000 About Author Panglima See author's posts Related BANTUAN KERAJAAN APAKAH BANTUAN JKM 2024BANTUAN JKM 2024 : CARA PERMOHONANBANTUAN WARGA EMAS JKM 2024CARA PERMOHONAN BANTUAN JKM 2024CARA PERMOHONAN BANTUAN JKM 2024 ONLINEDOKUMEN SOKONGAN BANTUAN JKM 2024OBJEKTIF BANTUAN JKMSENARAI BANTUAN JKM 2024