KEMASKINI STR 2024 : SEMAKAN PERMOHONAN Panglima, February 21, 2024February 21, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialKEMASKINI STR 2024 : SEMAKAN PERMOHONAN Tahukah anda cara kemaskini permohonan STR 2024? Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2024 (STR 2024) diteruskan lagi dengan jumlah bayaran yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Mulai 1 November 2023, pemohon boleh mula mengemaskini maklumat masing-masing dan juga bagi yang ingin. membuat permohonan baru juga boleh turut melakukannya pada tarikh yang sama. APA ITU STR 2024 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup. TARIKH PERMOHONAN STR 2024 Permohonan baharu STR akan dibuka seawal November 2023, di mana permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini. SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN STR 2024 ISI RUMAH Kahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. WARGA EMAS TIADA PASANGAN Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah BUJANG Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan Had umur adalah 21-59 tahun; dan Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah. LOGIN STR KEMASKINI DAN SEMAKAN Berikut adalah cara login, semakan dan kemaskini maklumat STR 2024: Layari laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my/account/Login.aspx Masukkan nombor Mykad dan klik semak. Kemudian masukkan kata laluan anda dan login. Pergi ke bahagian kemaskini maklumat untuk buat kemaskini. PERMOHONAN BARU STR Berikut adalah cara untuk membuat permohonan baru STR 2024 melalui MYSTR Layari laman web : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx Masukkan nombor Mykad pada ruangan permohonan baru seperti yang tertera pada gambar di bawah ini. Kemudian klik butang permohonan baharu STR 2024 JUMLAH PEMBAYARAN STR Jumlah pembayaran STR 2024 adalah seperti berikut: Maksimum sehinggan RM3700 bagi isi keluarga Bujang akan menerima sebanyak RM500 Untuk lebih terperinci, boleh lihat jadual jumlah bayaran STR 2024 di bawah ini. TARIKH PEMBAYARAN STR 2024 Fasa 1 Pembayaran fasa pertama STR 2024 akan dibuat mengikut tarikh berikut: Fasa 1- Februari 2024 Fasa 2- April 2024 Fasa 3- Ogos 2024 Fasa 4 – November 2024 Bagaimanapun, tarikh ini tertakluk kepada pindaan semasa. BACA JUGA : TERLUPA KATA LALUAN STR : TUKAR PASSWORD BARU CARA PERMOHONAN RAYUAN STR (Senarai Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula) KEMASKINI STATUS BERKAHWIN STR : TUKAR STATUS PERMOHONAN STR : KEMASKINI DAN SEMAK KELAYAKAN STR FASA 1 2024 : JUMLAH DAN TARIKH BAYARAN About Author Panglima See author's posts Related BANTUAN KERAJAAN APA ITU STRJUMLAH PEMBAYARAN STR 2024KEMASKINI STR 2024LOGIN STR 2024PERMOHONAN BARU STR 2024STR FASA 1 2024SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN STR 2024TARIKH PEMBAYARAN STR 2024 Fasa 1TARIKH PERMOHONAN STR 2024