CARA GUNA PAYPAL : ONLINE PAYMENT Panglima, February 23, 2024February 24, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialCARA GUNA PAYPAL : ONLINE PAYMENT Tahukah anda cara guna PayPal Malaysia? Paypal telah wujud sejak tahun 1998 dan merupakan syarikat transaksi kewangan internet terbesar di dunia. Jangan risau kerana perkhidmatan ini diperakui sah dan diluluskan oleh Bank Negara. Jaminan tahap keselamatannya sama seperti anda menggunakan perkhidmatan bank online yang lain, dijamin selamat! Kesemua bank utama negara juga menerima transaksi Paypal. APA ITU PAYPAL? Paypal adalah satu perkhidmatan yang menguruskan transaksi pembayaran atau perpindahan wang , pembelian serta simpanan secara digital melalui talian internet (online) dalam nilai USD. Paypal akan menjadi umpama sebuah bank maya anda. Wang tersebut boleh dibiarkan di situ atau boleh di pindahkan (transfer) terus ke dalam akaun bank simpanan anda pada bila-bila masa. Selain dari itu anda juga boleh menggunakan wang di dalam Paypal tersebut untuk membayar atau membeli secara online. KELEBIHAN PAYPAL UNTUK PEMBELI Boleh melakukan pembayaran ke luar negara dengan lebih mudah Lebih cepat ketika melakukan pembayaran Boleh menerima pembayaran dalam bentuk mata wang asing dari luar negeri Sumber pembayaran boleh menggunakan kad debit dan kredit. KELEBIHAN PAYPAL UNTUK PENJUAL Cara yang terbaik untuk menerima pembayaran daripada pelanggan yang menggunakan mata wang yang berlainan Tidak perlu pengesahan dari bank (biasanya perlukan masa untuk disahkan) ketika proses pembayaran. CARA GUNA PAYPAL Seperti halnya alat pembayaran digital pada umumnya, cara transaksi online menggunakan PayPal hanya memerlukan username dan password login ketika checkout. Anda tidak akan diminta untuk memasukkan nombor kad kredit atau info privasi lain. DEPOSIT DUIT Jika anda ingin membuat pembayaran melalui Paypal, anda perlu depositkan duit ke dalamnya terlebih dahulu. Klik pada link yang tertera “Add Money.” Sahkan maklumat. Paypal akan meminta anda memberikan sedikit maklumat sebelum membenarkan anda deposit duit. Berikan maklumat tersebut dan klik pada butang “Submit.” KELUARKAN DUIT Jika anda ada menerima transaksi ke dalam akaun Paypal, anda boleh mengeluarkannya dengan pergi ke laman utama, dan klik pada link yang tertera “Withdraw”. Sahkan maklumat. Setiap deposit duit, anda perlu memberikan maklumat asas, termasuklah jumlah pengeluaran. Kemudian, kaedah pengeluaran. Paypal ada menyediakan beberapa pilihan dalam pengeluaran duitnya. Antaranya adalah: Bank Transfer. Anda boleh pindahkan duit yang anda ada di dalam paypal terus ke dalam bank akaun anda. Ia mengambil masa antara 3-7 hari. Percuma sahaja. Chek. Ia mengambil masa 10 hari untuk menerimanya dan dikenakan kos. Mata wang mungkin dalam USD, pastikan anda periksa butiran kaedah pengeluaran ini terlebih dahulu sebelum mencuba. Debit Kad Paypal. Anda boleh menggunakan duit yang anda ada di dalam Paypal dengan menggunakan kad kredit ataupun kad debit. Anda perlu memintanya terlebih dahulu. kad tidak diberikan secara default semasa mendaftar akaun. HANTAR DAN MEMINTA DUIT Terdapat banyak merchant yang menggunakan Paypal, dan mereka boleh menetapkan banyak cara untuk menghantar dan meminta duit. Bagi pengguna yang biasa-biasa sahaja, berikut adalah cara untuk anda menghantar atau meminta duit. Anda boleh ke laman berkaitan dengan mencari tab yang tertera “Send money” dan “Request money.” Pilih apa yang anda mahu. Hantar Duit. Anda boleh pilih kepada siapa yang anda ingin hantarkan. Biasanya dari akaun ke akaun Paypal juga. Masukkan alamat emel penerima dan nilai yang anda mahu hantar. Kemudian klik pada butang yang berkaitan untuk sahkan transaksi. Meminta Duit. Anda boleh lakukan ini dengan menghantar invois ataupun memintanya dengan cara yang tidak formal. Invois akan disediakan oleh Paypal. Mungkin ada kos di sebalik transaksi ini, pastikan anda memeriksanya sebelum menggunakannya. Baca Juga : DAFTAR GX BANK : BANK DIGITAL PERTAMA MALAYSIA SENARAI PELABURAN TERBAIK 2024 : TAHAP RISIKO CARA DAFTAR AKAUN PAYPAL : MULA TRANSAKSI About Author Panglima See author's posts Related BISNES DAN PERBANKAN APA ITU PAYPAL?CARA DAFTAR AKAUN PAYPALCARA GUNA PAYPALDAFTAR GX BANKKELEBIHAN PAYPAL UNTUK PEMBELIKELEBIHAN PAYPAL UNTUK PENJUAL