CANCEL AUTO DEBIT AEON CREDIT : INI CARANYA Panglima, February 23, 2024February 24, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialCANCEL AUTO DEBIT AEON CREDIT : INI CARANYA Tahukah anda cara cancel auto debit Aeon Credit? Kepada yang membuat pinjaman dengan Aeon Credit, semestinya membuat pembayaran balik pinjaman anda. Terkini untuk lebih memudahkan pembayaran anda, anda boleh membuat pembayaran secara auto debit, namun mungkin atas beberapa faktor anda ingin cancel auto debit. Jadi ini caranya : APA ITU AEON CREDIT? AEON Credit Service Berhad telah ditubuhkan pada 6 Disember 1996 dan telah ditukar menjadi sebuah syarikat awam berhad pada 9 Februari 2007 dan telah disenaraikan di Pasaran Utama di Bursa Malaysia Securities Berhad pada 12 Disember 2007. AEON Credit memulakan operasi pada tahun 1997 dengan menyediakan Skim Pembayaran Mudah untuk pembelian barangan tahan lama pengguna melalui peruncit dan kedai berantai yang ditetapkan. AEON Credit Service hanyalah pemberi hutang melalui kredit kad, ansuran bulanan, insurans dan pinjaman peribadi sahaja. Pihak Aeon Credit bukanlah satu institusi bank. Disebabkan itu, keuntungan syarikat dari bahagian end customer profit terletak hanya melalui faedah (interest) dari pemiutang dan terhad pada perkhidmatan yang mereka tawarkan sahaja. CARA CANCEL AUTO DEBIT AEON CREDIT Bila Anda dah buat keputusan nak stop auto debit AEON, langkah pertama kena buat ialah hantar surat rasmi. Ni langkah penting supaya pembatalan Anda sah. Untuk senangkan proses pembatalan auto debit AEON, Anda kena hantar surat rasmi. Surat tu kena ada maklumat lengkap macam nama, nombor akaun, dan sebab pembatalan. Selepas tulis surat, jangan lupa tandatangan. Lepas tu, hantar je surat tu melalui emel ke customer.service@aeoncredit.com.my atau serahkan di cawangan AEON Credit berhampiran Anda. CONTOH SURAT CANCEL AUTO DEBIT AEON CREDIT [Date] Pengurus AEON Credit [Alamat AEON Credit] Tuan, Pembatalan Auto Debit Akaun [Nombor Akaun Anda] Saya, [Nama Anda], pemegang akaun AEON dengan nombor akaun [Nombor Akaun Anda] dan No Kad Pengenalan [Nombor Kad Pengenalan Anda] ingin membatalkan perkhidmatan auto debit bagi akaun saya. Sebab pembatalan ini adalah untuk [nyatakan sebab – contoh: untuk bayar secara manual]. Saya berharap pihak tuan dapat memproses pembatalan ini dengan segera. Sekian, terima kasih. [Nama Anda] [No. Telefon Anda] CARA HANTAR SURAT CANCEL AUTO DEBIT AEON CREDIT MELALUI EMAIL Jika Anda takde masa untuk pergi ke cawangan AEON yang berdekatan, sila cancel auto debit AEON Credit melalui emel: Anda mula dengan membuka emel baru di platform emel contoh Gmail Anda. Taip alamat emel penerima iaitu customer.service@aeoncredit.com.my dalam medan To pada emel Anda. Dalam bahagian tajuk emel, pastikan Anda tulis sesuatu yang jelas dan contohnya Pembatalan Auto Debit – Akaun [Nombor Akaun Anda]. Tulis atau salin surat pembatalan yang Anda dah siapkan sebelum ni ke dalam bahagian utama emel. Jika Anda guna tandatangan elektronik atau ada dokumen yang perlu disertakan, attachlah dalam emel tu. Sebelum hantar, pastikan Anda semak kembali maklumat yang Anda isi dalam emel tu. Kalau dah yakin semua betul, tekan butang Hantar. Selepas dihantar, semak peti masuk Anda untuk pengesahan penerimaan emel. Check emel masuk dari AEON Credit untuk sebarang maklum balas atau pengesahan pembatalan. Jika dalam tempoh masa tertentu tak dapat pengesahan atau ada masalah, hubungi customer service AEON Credit untuk pastikan semuanya okay. Selepas hantar surat, kena sabar sikit la. Biasanya, pihak AEON Credit akan ambil tindakan dalam tempoh masa tertentu. Baca Juga : TUKAR NO TELEFON AEON CREDIT : UNTUK TERIMA OTP SEMAK BAKI PINJAMAN AEON CREDIT : ONLINE/SMS SEMAK KELULUSAN LOAN AEON CREDIT : CHECK STATUS BAKI PINJAMAN MOTOSIKAL AEON CREDIT : CARA SEMAK CARA BAYAR LOAN AEON CREDIT : DI KAUNTER BAYAR LOAN AEON CREDIT : ONLINE LOGIN AEON CREDIT : DAFTAR DAN SEMAK BAKI HUTANG CARA MOHON GOPINJAM : PINJAMAN PERIBADI TOUCH N GO CARA PERMOHONAN PERSONAL LOAN MAYBANK : SEMAK SYARAT KELAYAKAN PERSONAL LOAN AEON CREDIT : CARA MOHON About Author Panglima See author's posts Related BISNES DAN PERBANKAN APA ITU AEON CREDITCANCEL AUTO DEBIT AEON CREDITCARA CANCEL AUTO DEBIT AEON CREDITCARA HANTAR SURAT CANCEL AUTO DEBIT AEON CREDIT MELALUI EMAILCONTOH SURAT CANCEL AUTO DEBIT AEON CREDIT
Saya nak tnya mengenai pembatalan auto debit Tentang nom akaun tu nom akaun bank ke nom akaun aeon Reply