PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) : CARA KEMASKINI Panglima, February 21, 2024February 22, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialPANGKALAN DATA UTAMA (PADU) : CARA KEMASKINI Tahukah anda cara kemaskini PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)? Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akan dibuka kepada orang ramai untuk validasi atau pengesahan maklumat peribadi bermula Januari ini. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata kerajaan memerlukan maklumat yang tepat mengenai keadaan sosioekonomi setiap keluarga, tidak cukup hanya dengan maklumat nama dan tempat tinggal. “Tanpa pangkalan data ini, berapa banyak peruntukan dibelanjakan pun, ia belum tentu dapat memenuhi sasaran sistem bantuan sosial. Sebab itu saya fokuskan kepada satu pangkalan data menyeluruh ke arah itu,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial X rasmi beliau. APA ITU PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) Pangkalan Data Utama (PADU), mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber. Sistem PADU akan dibuka kepada pengguna bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2024 bagi tujuan kemaskini dan pengesahan maklumat individu, manakala bermula 1 April 2024, data dan maklumat yang dikemukakan dalam sistem itu akan dianalisis berdasarkan kes gunaan untuk menentukan kumpulan sasar bagi penyasaran semula subsidi. TANGGUNGJAWAB RAKYAT MALAYSIA UNTUK KEMASKINI (PADU) Bagi semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas perlu : Membuat semakan data di portal PADU Mengemaskini 39 maklumat Mengesahkan maklumat GARIS MASA PERLAKSANAAN PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) 1.JUN 2023 – LIBAT URUS BERSAMA AGENSI Kick-OFF perancangan Penubuhan TASK Force Bengkel Libat Urus 2.JULY 2023 – PERKONGSIAN DATA BERMULA Fasa awal (data statik) Pembekal data : DOSM dan data agensi kerajaan Pembinaan profil individu fasa pertama 3.OGOS 2023 – PEMBANGUNAN SISTEM PADU Dibangunkan secara serentak menggunakan data awalan 4.OKT 2023 – PERKONGSIAN DATA Bermula integrasi melalui Application Programming Interface (API) bersepadu 5.DIS 2023 – PADU (FASA 1) SELESAI DI BANGUNKAN Bersedia untuk penggunaan Bisnes Penyediaan algoritma bantuan 6.JAN 2024 – PROFIL INDIVIDU Profil individu yang komprehensif tersedia untuk rakyat OBJEKTIF PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) Berikut adalah merupakan objektif PADU iaitu: Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala. Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data. Membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal. MATLAMAT PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) Berikut adalah merupakan matlamat sistem PADU iaitu: Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan. Mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad. Memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat. Merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat. SYARAT KELAYAKAN (PADU) Semua warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Anda digalakkan mendaftar dan membuat pengemaskinian bagi memastikan anda tidak tercicir untuk mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan. TARIKH KEMASKINI PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) Pendaftaran dan pengemaskinian maklumat individu dalam Sistem PADU akan bermula pada 2 Januari 2024 CARA KEMASKINI PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) Kepada anda yang berkelayakkan, berikut adalah merupakan cara untuk mengemaskini maklumat dalam sistem PADU iaitu: Kawasan Bandar & Akses Internet Pengemaskinian kendiri secara atas talian melalui peranti peribadi di portal PADU Log masuk akaun dan dan membuat semakan data di portal PADU Mengemaskini 39 maklumat yang diperlukan dengan lengkap Setelah lengkap, sahkah maklumat anda tersebut Kawasan Luar Bandar & Tiada Akses Internet Pengemaskinian dan pendaftaran kendiri secara manual menggunakan borang Help Desk/Jelajah LOKASI KEMASKINI PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) Pengemaskinian kendiri secara manual boleh dilakukan di lokasi seperti berikut: Pejabat Daerah/Penghulu/MPKK/PBT Pusat Ekonomi Digital Pusat Internet Desa Premis Agensi Kerajaan Persekutuan/Negeri MAKLUMAT TAMBAHAN MENGENAI PADU Sumber rujukan daripada Facebook YB RAFIZI RAMLI PADU dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam dari tiga agensi utama (Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan – DOSM dan MAMPU) yang melibatkan kerjasama semua agensi lain. Bagi saya, padunya PADU ini kerana ia melibatkan keseluruhan kepakaran dan tenaga penjawat awam, bukan consultant dan kontraktor luar. Penjawat AWAM membangunkan PADU menggunakan peruntukan sedia ada dan segala infrastruktur yang telah ada tanpa perlu membuka tender baru kepada pihak swasta. Maka ia tidak melibatkan perbelanjaan tambahan seperti yang selalu berlaku setiap kali ada sistem baru yang diperkenalkan kerajaan. PADU dibangunkan dalam tempoh masa yang sangat singkat iaitu tujuh bulan (dari Mei 2023 hingga Disember 2023). Ia mengatasi pelaksanaan projek-projek sistem yang dikendalikan oleh pihak swasta sebelum ini dari segi keupayaan menyiapkan sistem untuk keperluan kerajaan dan rakyat dalam tempoh yang begitu singkat. PADU tidak akan melibatkan pembayaran setiap tahun kepada penyedia sistem pihak swasta seperti yang selalu berlaku kerana ia dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam dan milik kerajaan sepenuhnya. SOALAN LAZIM (FAQ) CARA KEMASKINI PADU Apakah manfaat yang saya perolehi dengan mengemas kini maklumat PADU? Anda berpeluang untuk menerima bantuan atau perlindungan sosial yang sewajarnya Bilakah saya boleh membuat pengemaskinian maklumat ? Anda boleh mengemaskini maklumat bermula 2 Januari 2024 dan seterusnya pada bila-bila masa sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti alamat semasa, maklumat pekerjaan dan pendapatan. Adakah PADU sama dengan program ID Digital Nasional (IDN) ? PADU merupakan satu pangkalan data yang mengandungi maklumat individu manakala IDN merupakan pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu untuk melaksanakan urusan dalam talian. Buat masa kini, sistem PADU menggunakan pengesahan identiti individu melalui e-KYC sahaja. Pengintegrasian IDN dengan sistem PADU akan dilaksanakan kelak. MAKLUMAT LANJUT Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara daftar PADU, anda boleh melayari portal rasmi di pautan Pangkalan Data Utama Untuk pandangan dan cadangan mengenai PADU boleh layari https://kajiselidik.ekonomi.gov.my/index.php/411946?lang=en Baca juga : DAFTAR SKIM PERUBATAN MADANI : SEMAKAN ONLINE About Author Panglima See author's posts Related BANTUAN KERAJAAN Adakah PADU sama dengan program ID Digital Nasional (IDN) ?APA ITU PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)Apakah manfaat yang saya perolehi dengan mengemas kini maklumat PADU?Bilakah saya boleh membuat pengemaskinian maklumat ?GARIS MASA PERLAKSANAAN PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)LOKASI KEMASKINI PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)MAKLUMAT TAMBAHAN MENGENAI PADUMATLAMAT PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)OBJEKTIF PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)SOALAN LAZIM (FAQ) CARA KEMASKINI PADUSYARAT KELAYAKAN PADUTANGGUNGJAWAB RAKYAT MALAYSIA UNTUK KEMASKINI PADUTARIKH KEMASKINI PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)