BANTUAN ZAKAT TERENGGANU : MOHON & SEMAK KELAYAKAN Panglima, February 21, 2024February 22, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialBANTUAN ZAKAT TERENGGANU : MOHON & SEMAK KELAYAKAN Tahukah anda cara mohon bantuan zakat Negeri Terengganu? Maidam (Majlis Agama Islam Dan Adat MelayuTerengganu) komited menawarkan pelbagai jenis zakat bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti asnaf fakir miskin, asnaf muallaf dan asnaf gharimin. Agihan zakat akan diberikan kepada kepada yang berkelayakan. Bagaimanakah cara semakan bantuan zakat 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini. APA ITU ZAKAT? Pengertian Bahasa Merupakan kata terbitan dari kalimah ( زَكَى ) bermaksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat. Dari Segi Syarak Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu. SIAPA YANG LAYAK MOHON BANTUAN ZAKAT Berikut adalah asnaf-asnaf yang layak menerima zakat :- Faqir Miskin Amil Muallaf Ar-Riqab Al-Gharimin Fisabilillah Ibnu Sabil APA ITU MAIDAM Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah ditubuhkan berdasarkan Fasal 4 Tambahan kepada Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu 1367 dan diwartakan sebagai Undang-undang Bilangan 1 Tahun 1949, atau dikenali dengan nama Undang-Undang Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu. Secara rasminya MAIDAM ditubuhkan pada 16 Februari 1949. Menurut warta tersebut, Duli Yang Maha Mulia Sultan akan menyebabkan supaya dibuat Undang-Undang bagi maksud mengatur segala perkara agama dan mewujudkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu bagi membantu dan menasihatkan Duli Yang Maha Mulia dalam semua perkara yang berkaitan. Berdasarkan sejarah, sebelum tahun 1949, peranan MAIDAM dilaksanakan dibawah pentadbiran Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama yang juga bertindak sebagai Yang Dipertua MAIDAM. SENARAI SKIM BANTUAN ZAKAT TERENGGANU MAIDAM Berikut adalah asnaf-asnaf yang layak menerima zakat beserta skim bantuan yang disediakan oleh pengurusan MAIDAM :- 1.Faqir Bantuan Kewangan / Saraan Bulanan Bantuan Sempena Ramadhan Agihan Terus Kepada Fakir Melalui Pengeluar Zakat Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara Bantuan Dermasiswa IPT Dalam Negara Bantuan Makanan / Keperluan Harian 2.Miskin Bantuan Kecemasan / Bencana Bantuan Membina dan Membaikpulih Rumah Bantuan Sempena Ramadhan Agihan Terus kepada Miskin Melalui Pengeluar Zakat Bantuan Kursus / Latihan Untuk Anak-anak Miskin Bantuan Perubatan Bantuan Modal Bahan Mentah untuk Perniagaan Bantuan Sara Hidup Bantuan Serta Merta Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara Bantuan Sewa Rumah Bantuan Makanan / Keperluan Harian 3.Amil Ambilan Terus oleh Amil Bantuan mengadakan Pelbagai Kursus 4.Muallaf Saguhati Hari Raya Bantuan Kewangan Bulanan Elaun Kehadiran Kelas Agama Asas Bantuan Sewa Rumah Dermasiswa Muallaf Bantuan Perkahwinan Bantuan Umum Pelajaran Pembinaan Rumah Individu Saguhati Galakan Saudara Baru Bantuan Modal Bantuan Perubatan Muallaf Kursus dan Latihan Pengurusan Jenazah Bantuan Berkhatan 5.Ar-Riqab Bantuan Pengurusan Rumah Perlindungan Pesakit Kronik / HIV Bantuan Pengurusan dan Rawatan di Pusat Hemodialisis 6.Al-Gharimin Bantuan golongan yang terpaksa berhutang untuk keperluan asas Bantuan pengurusan jenazah tanpa waris 7.Fisabilillah Bantuan Sumbangan Tabung Perkhidmatan Pendidikan Luar Negara Bantuan Pengurusan Rumah Anak Yatim MAIDAM Bantuan Pendidikan Dalam Negara Bantuan Pendidikan Luar Negara 8.Ibnu Sabil Bantuan Tambang Kepada Pelajar Luar Negara Bantuan Kepada Orang Yang Terkandas dalam Perjalanan CARA MOHON BANTUAN ZAKAT TERENGGANU MAIDAM Sekiranya anda berkelyakan dan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya: Layari pautan Borang Permohonan Bantuan Zakat Maidam Pemohon adalah dikehendaki untuk mengisi maklumat-maklumat yang dikehendaki dan mencetak borang permohonan tersebut. Borang permohonan tersebut beserta salinan dokumen-dokumen yang dikehendaki hendaklah dihantar ke pejabat MAIDAM atau Kaunter Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing yang berdekatan bagi membolehkan ianya diproses untuk kelulusan. CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT TERENGGANU MAIDAM Kepada anda yang telah membuat permohonan dan ingin membuat semakan status, berikut adalah caranya: Layari pautan Semakan Status Permohonan Masukkan no kad pengelanan anda pada ruangan tersedia Kemudian klik pada Semak Status permohonan bantuan zakat anda akan terpapar. MAKLUMAT LANJUT Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Zakat Maidam, anda boleh melayari portal rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu Baca Juga : BANTUAN ZAKAT NEGERI SELANGOR : SEMAK KELAYAKAN BANTUAN ZAKAT SABAH : MOHON & SEMAK KELAYAKAN BANTUAN ZAKAT KEDAH : MOHON & SEMAK KELAYAKAN BANTUAN ZAKAT JOHOR : MOHON & SEMAK KELAYAKAN About Author Panglima See author's posts Related BANTUAN KERAJAAN APA ITU MAIDAMAPA ITU ZAKAT?BANTUAN ZAKAT JOHORBANTUAN ZAKAT KEDAHBANTUAN ZAKAT NEGERI SELANGORBANTUAN ZAKAT SABAHBANTUAN ZAKAT TERENGGANUCARA MOHON BANTUAN ZAKAT TERENGGANU MAIDAMCARA SEMAK STATUS PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT TERENGGANU MAIDAMSENARAI SKIM BANTUAN ZAKAT TERENGGANU MAIDAMSIAPA YANG LAYAK MOHON BANTUAN ZAKAT