CARA BAYAR CUKAI TANAH : ONLINE SETIAP NEGERI Panglima, January 3, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialCARA BAYAR CUKAI TANAH : ONLINE SETIAP NEGERI Tahukah anda cara bayar cukai Tanah? CUKAI tanah, cukai petak dan cukai taksiran. Itu tiga jenis cukai yang anda perlu tahu jika memiliki sebarang hartanah. Apa itu cukai tanah, cukai petak dan cukai taksiran? Selain itu Cukai tanah juga boleh dianggap sebagai cukai tahunan kerana pemilik perlu menjelaskannya dalam tempoh enam bulan pertama atau sebelum 31 Mei setiap tahun bagi mengelak sebarang tunggakan cukai berlaku. Cukai ini juga dikenali sebagai cukai petak bagi hartanah berstatus strata. Cukai taksiran juga sebagai cukai pintu. Ia perlu dibayar kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau lebih kita kenali sebagai Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan sebagainya. APAKAH ITU CUKAI TANAH? Cukai Tanah adalah Cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri kepada pemilik hartanah yang memiliki tanah di Negeri tersebut. Cukai Tanah wajib dibayar oleh pemilik hartanah. Berdasarkan undang-undang yang tertulis dalam Seksyen 100 Kanun Tanah Negara, Tanah yang dimiliki akan DIRAMPAS sekiranya gagal menjelaskan Cukai Tanah seperti yang diwajibkan. Oleh itu, segeralah membuat bayaran. KADAR BAYARAN CUKAI TANAH Caj yang dikenakan untuk cukai tanah dinilai berdasarkan jumlah tanah yang dikira sebagai sebahagian daripada hartanah anda. Dalam erti kata lain: setiap kaki persegi (kps) hartanah atas tanah akan dinilai. Kadar cukai yang dikenakan adalah berbeza-beza setiap Negeri, malah harga antara daerah pun tidak sama. Cukai di luar bandar lebih murah berbanding hartanah di bandar, jadi pastikan anda memeriksakan butiran di geran anda sebelum membuat sebarang pembayaran. SIAPA YANG PERLU BAYAR CUKAI TANAH? Cukai tanah dikenakan kepada pemilik bagi mana-mana hartanah atas tanah (landed) di Malaysia, termasuklah tanah pegangan bebas (freehold) dan pajakan (leasehold). Ia dinilai dan dikenakan oleh kerajaan negeri, menerusi Pejabat Tanah Dan Galian (PTG). Cukai tanah juga ada dikenakan ke atas bangunan strata. Kanun Tanah Negara menetapkan undang-undang wajib untuk semua pemilik hartanah membayar cukai tanah setiap tahun kepada Pejabat Tanah yang berkenaan. Setiap negeri mempunyai tarikh tersendiri untuk pemilik membayar cukai tanah, namun kebanyakan negeri sudah menetapkan tarikh pemotongan pada 31 Mei setiap tahun. Kalau nak tengok di mana anda boleh semak dan bayar cukai tanah untuk semua negeri di Malaysia SEMAKAN CUKAI TANAH ONLINE Berikut adalah pautan untuk membuat semakan dan bayaran cukai tanah anda secara bagi setiap negeri kecuali negeri Sarawak yang telah dimansuhkan cukai tanah. Pastikan anda daftar terlebih dahulu. Pautan semakan cukai tanah adalah seperti jadual di bawah: Anda boleh menyemak cukai tanah dengan melayari laman web negri anda berada seperti pautan di bawah: Selangor – https://ehasil.selangor.gov.my/app/search Pahang – https://fpxptg.pahang.gov.my/fpx/fpx_qrycukai.php Kedah – https://ebayaran.ptgkedah.gov.my/ Johor – https://onlinepayment.johor.gov.my/ WP Kuala Lumpur – https://www.ptgwp.gov.my/etanah-awam/EBayaranSemakBayarCukaiTanahForm.xhtml Pulau Pinang – https://ebayar.penang.gov.my Sabah – http://www.quitrent.jtu.sabah.gov.my Terangganu – http://cukaiptg.terengganu.gov.my/esolarweb/main.php Kelantan – https://hasiltanah.kelantan.gov.my/ Perak – https://ptg.perak.gov.my/etanah-awam/ Perlis – https://ptg.ptgps.gov.my/esemakan/ Negeri Sembilan – https://ptgns.ns.gov.my/fpx/main_fpx.html Melaka – https://ebayar.melaka.gov.my WP Labuan – Tiada Sarawak – Tiada CARA BAYAR CUKAI TANAH ONLINE Klik pada pautan Negeri anda berada Seterusnya klik pada ‘Semakan dan Bayaran Cukai Tanah’ Sekiranya anda tidak daftar lagi, seharusnya anda daftar terlebih dahulu dengan klik pada ‘Daftar’ Selesai daftar anda Log Masuk akaun anda Seterusnya ada pilihan semakan & bayaran Sekiranya anda ingin membuat pembayaran, anda boleh pilih cara pembayaran yang anda ingin. Setelah selesai pembayaran, pastikan anda cetak atau dowload resit untuk rujukan anda CARA BAYAR CUKAI TANAH MANUAL DI KAUNTER Anda juga boleh membayar cukai tanah seperti biasa dengan cara: PEMBAYARAN DI KAUNTER PTGS & PEJABAT DAERAH DAN TANAH (PDT) SEMAKAN CUKAI TANAH DAN CUKAI PETAK MELALUI MYSMS 15888 Taipkan: PTGS CUKAI NO AKAUN Hantar ke 15888 Contoh Paparan: PTGS CUKAI 50844100606680 RM 0.20 PTGS: C tanah/petak 50844100606680 untuk 2020 berjumlah RM 120.20 yang perlu dijelaskan Caj Penghantaran SMS RM 0.15 dan Caj Penerimaan SMS RM 0.20 PEMBAYARAN DI KAUNTER PBT PEMBAYARAN DI KIOSK PEMBAYARAN MELALUI POS MALAYSIA SOALAN LAZIM BAYAR CUKAI TANAH ONLINE Di manakah saya boleh dapatkan Bil Cukai Tanah jika saya tidak menerimanya? Pemilik Tanah Berdaftar boleh mendapatkan Bil Cukai Tanah di mana-mana Pejabat Tanah & Daerah dan juga Pejabat Tanah Galian dengan mengemukakan maklumat seperti Nombor Hakmilik dan Nombor Lot. Adakah saya perlu membayar Cukai Tanah sedangkan saya tidak pernah mendapat bil? Menurut Seksyen 93, Kanun Tanah Negara 1965, pemilik tanah berdaftar adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan cukai tanah yang dimilikinya tanpa gagal. Bila Perlu Bayar Cukai Tanah? Bermula pada 1 Januari hingga 31 Mei tiap-tiap tahun. Menurut Seksyen 94 Kanun Tanah Negara 1965, Cukai Tanah hendaklah dibayar sepenuhnya mulai hari pertama tiap-tiap tahun dan akan menjadi tunggakan pada hari pertama bulan Jun tahun itu. Apabila mana-mana cukai tanah terhutang, denda kerana terhutang adalah kena dibayar sebagai tambahan kepada cukai semasa. MAKLUMAT LANJUT BAYAR CUKAI TANAH ONLINE Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari web rasmi Pejabat Tanah Dan Galian negeri anda. Baca Juga : SEMAK CUKAI TANAH GUNA IC : CARA PEMBAYARAN CARA SEMAK CUKAI TANAH : ONLINE SETIAP NEGERI CUKAI TANAH SELANGOR : SEMAK DAN BAYAR ONLINE CUKAI TANAH PAHANG : SEMAK DAN BAYAR ONLINE SEMAK CUKAI TANAH ONLINE : SEMUA NEGERI CUKAI TANAH KELANTAN : SEMAK DAN BAYAR ONLINE CUKAI TANAH PERAK : SEMAK DAN BAYAR ONLINE CUKAI TANAH NEGERI SEMBILAN : SEMAK DAN BAYAR ONLINE CUKAI TANAH TERENGGANU : SEMAK DAN BAYAR ONLINE CUKAI TANAH JOHOR : SEMAK DAN BAYAR ONLINE CUKAI TANAH PERLIS : SEMAK DAN BAYAR ONLINE About Author Panglima See author's posts Related HARTANAH DAN PERUMAHAN Adakah saya perlu membayar Cukai Tanah sedangkan saya tidak pernah mendapat bil?APAKAH ITU CUKAI TANAH?BILA PERLU BAYAR CUKAI TANAHCARA BAYAR CUKAI TANAHCARA BAYAR CUKAI TANAH MANUAL DI KAUNTERCARA BAYAR CUKAI TANAH ONLINECARA SEMAK CUKAI TANAHDi manakah saya boleh dapatkan Bil Cukai Tanah jika saya tidak menerimanya?KADAR BAYARAN CUKAI TANAHSEMAK CUKAI TANAH GUNA ICSEMAKAN CUKAI TANAH ONLINESIAPA YANG PERLU BAYAR CUKAI TANAH?