SEMAKAN PeKa B40 : MANFAAT DAN SENARAI KLINIK Panglima, February 21, 2024February 22, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialSEMAKAN PeKa B40 : MANFAAT DAN SENARAI KLINIK Tahukah anda cara buat semakan skim PeKa B40? Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD). Layak kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan pasangan yang berumur 40 tahun dan keatas.Hanya kad pengenalan diperlukan semasa berurusan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd sukacita ingin memaklumkan tentang pengemaskini data kelayakan penerima Skim Peduli Kesihatan untuk kumpulan B40 atau PeKa B40 bagi tahun 2023 berdasarkan data Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tahun 2022 daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Senarai yang berstatus aktif dan penerima BKM bagi tahun 2022 adalah layak secara automatik untuk menerima PeKa B40 untuk tahun 2023. Baca Juga : SKIM BENCANA PEKERJAAN PERKESO MANFAAT PeKa B40 Melalui skim ini, anda boleh menerima pelbagai manfaat seperti berikut: Saringan Kesihatan PERCUMA Bantuan Alat Perubatan sehingga RM20,000 (tertakluk kepada julat harga bagi setiap kategori) Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser sebanyak RM1,000 Insentif Tambang Pengangkutan sehingga RM1,000 (khusus untuk penerima Manfaat 2 dan/atau 3) Manfaat 1 : Saringan Kesihatan Percuma (Medical Check Up) Penerima perlu menjalani Saringan Kesihatan (Manfaat 1) untuk layak mendapatkan manfaat Bantuan Alat Perubatan (Manfaat 2), Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Manfaat 3), dan Insentif Tambang Pengangkutan (Manfaat 4). Saringan kesihatan boleh dilakukan oleh doktor di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40. Saringan kesihatan merangkumi: pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan saringan kesihatan mental pemeriksaan fizikal pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko ujian darah dan ujian air kencing Spesimen darah dan air kencing akan diambil dan dihantar ke makmal untuk ujian sel darah, ujian kawalan gula darah, ujian paras kolesterol, ujian fungsi buah pinggang dan ujian air kencing. Penerima manfaat tidak perlu berpuasa untuk menjalani ujian-ujian tersebut. Penerima manfaat tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian makmal dalam pakej PeKa B40 ini. Sekiranya penerima memerlukan rawatan, boleh dirujuk kepada Klinik Kesihatan atau jika penerima sendiri bersetuju untuk dirawat oleh Klinik Swasta, penerima PeKa B40 perlu membayar kos rawatan itu sendiri. Buat masa ini, skim PeKa B40 belum termasuk sebarang kos rawatan atau ubat. Manfaat 2: Bantuan Alatan Perubatan (Sehingga RM20,000) Manfaat ini melibatkan bantuan peralatan perubatan yang diperlukan dalam prosedur/ rawatan dan tidak diberikan subsidi kos alat di hospital-hospital KKM. Had maksimum sebanyak RM20,000 diberikan dalam bentuk alat perubatan. Manfaat 2 ini merangkumi alat-alat perubatan di dalam kategori berikut: Stent untuk jantung Alat sendi tiruan Alat bantuan pendengaran Perentak jantung Prostesis dan implan untuk tulang belakang Prostesis dan ortosis tulang anggota Kanta mata intraokular Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator Bantuan sokongan nutrisi Kerusi roda *Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh menikmati manfaat ini. *Manfaat ini hanya terpakai apabila penerima PeKa B40 dirawat di hospital KKM sahaja, di mana permohonan perlu dilakukan oleh pakar-pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang penerima PeKa B40. Manfaat 3: Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Bernilai RM1,000) *Manfaat 3 ini adalah bertujuan untuk mendorong pesakit kanser, lebih-lebih lagi mereka yang di peringkat awal rawatan dan tahap permulaan penyakit, untuk melengkapkan pelan rawatan mereka seperti mana yang telah dirancang oleh pakar kanser KKM. RM1,000 dibayar kepada pesakit kanser yang melengkapkan rawatan di Hospital KKM. Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh menikmati manfaat ini. Insentif dipecahkan kepada dua (2) kali: RM300 dibayar setelah penerima memulakan rawatan kanser RM700 dibayar setelah melengkapkan rawatan kanser. Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima PeKa B40 yang layak melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan. Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 3 perlu dilakukan oleh doktor atau pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang penerima PeKa B40. Manfaat 4 : Insentif Tambang Pengangkutan (Sehingga RM 1,000) Manfaat ini bertujuan untuk meringankan beban membayar kos pengangkutan apabila penerima mendapatkan rawatan di hospital KKM. Ianya tidak bertujuan untuk merangkumi keseluruhan kos perjalanan. Penerima Manfaat 2 (Bantuan Alat Perubatan) atau/ dan Manfaat 3 (Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser) sahaja akan mendapat manfaat tambang pengangkutan ini. Had maksimum bantuan yang boleh diterima: RM500 untuk Semenanjung Malaysia RM1,000 untuk Sabah/ Sarawak/ Labuan Jumlah insentif tambang yang akan diberikan adalah tertakluk kepada jarak antara hospital dan rumah penerima dan pada kadar yang telah ditetapkan. Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 4 perlu dibuat oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau pegawai perubatan yang merawat. Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan. CARA SEMAKAN KELAYAKAN PeKa B40 Prosedur Mendapatkan Manfaat PeKaB40 adalah seperti berikut: Langkah 1 : Semak kelayakan. Langkah 2 : Sekiranya layak, lawati Klinik PeKaB40 terdekat yang boleh dikenalpasti dengan pelekat logo PeKaB40. Pastikan anda membawa MyKad untuk pengesahan. Langkah 3 : Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan semasa lawatan pertama di klinik. Langkah 4 : Lawatan kali kedua untuk mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan sama ada rujukan ke Fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM. Tiada pendaftaran diperlukan untuk menyertai skim ini. Semak kelayakan anda melalui pautan berikut: https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan SENARAI KLINIK PeKa B40 Sila rujuk senarai klinik di bawah skim ini melalui senarai di pautan ini https://bms.pekab40.com.my/provider CARA BUAT TEMUJANJI ONLINE PeKa B40 Cara Buat Temujanji Online Untuk Saringan Kesihatan PeKa B40 “Semak kelayakan dan buat temujanji PeKaB40 di MySejahtera?” Kini anda boleh menyemak kelayakan dan membuat temujanji Program Skim Peduli Kesihatan untuk golongan B40 atau PeKa B40 melalui MySejahtera. Ikuti langkah-langkah seperti gambar di atas untuk menyemak kelayakan dan membuat temujanji PeKaB40 anda. MAKLUMAT LANJUT SEMAKAN PeKa B40 Peka B40 dikendalikan oleh ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia, ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk maklumat lanjut layari website PeKa B40 di https://protecthealth.com.my/peka-b40/ atau hubungi +603-8687 2525. Sila hubungi saluran berikut untuk maklumat lanjut tentang skim ini: TALIAN UTAMA +603-8687 2525 8:30pagi – 5:30petang (Isnin – Jumaat) 9:00pagi – 4:00petang (Sabtu & Ahad) EMEL info@protecthealth.com.my pekab40@protecthealth.com.my vaksincovid@protecthealth.com.my spikpa@protecthealth.com.my ALAMAT F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300, Century Square, Jalan Usahawan, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan About Author Panglima See author's posts Related BANTUAN KERAJAAN Bantuan Alatan Perubatan (Sehingga RM20Cara Buat Temujanji Online Untuk Saringan Kesihatan PeKa B40Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Bernilai RM1Insentif Tambang Pengangkutan (Sehingga RM 1Manfaat Skim Peka B40PeKa B40 (Semakan KelayakanSaringan Kesihatan Percuma (Medical Check Up)Semak kelayakan dan buat temujanji PeKaB40 di MySejahteraSemakan Kelayakan Peka B40Senarai Klinik PeKa B40