AGRONet TAK BOLEH LOGIN : CARA ATASI Panglima, February 23, 2024February 24, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialAGRONet TAK BOLEH LOGIN : CARA ATASI Pernahkah AgroNet anda tak boleh login? Agronet adalah portal perkhidmatan dalam talian yang di sediakan oleh Agrobank. Banyak fungsi-fungsi yang ada pada portal tersebut. Namun kadang-kadang ada pengguna yang mengalami masalh tak boleh login. Berikut adalah cara untuk atasinya : APA ITU AGRONET AGRONet atau Agrobank online merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Agrobank, perkhidmatan AGRONet membolehkan pengguna untuk melakukan transaksi kewangan secara dalam talian. Terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan melalui portal ini antaranya: Menyemak baki akaun anda Membaca dan memuat turun butiran penyata Melihat butir-butir pembiayaan anda Memindahkan wang antara akaun anda sendiri di Agrobank Memindahkan wang ke akaun pihak ketiga di Agrobank Memindahkan wang ke akaun Bank lain … dan banyak lagi KENAPA AGRONET TAK BOLEH LOGIN? Sekiranya Anda mempunyai permasalah seperti ini, bermaksud akaun Anda telah disekat atau dibekukan oleh Bank untuk tujuan keselamatan. TANDA MASALAH AGRONET TAK BOLEH LOGIN Sekiranya anda terjadi permasalahan begini walaupun anda mengingati Password dan Username, tetapi anda sil tidak dapat untuk meneruskan urusan seperti: Tak boleh login. Tak boleh reset password dan username. Paparan tertera Invalid username dan password. CARA ATASI MASALAH AGRONET TAK BOLEH LOGIN Kepada anda yang mengalami permasalah ini, berikut adalah merupakan cara paling mudah untuk mengatasinya iaitu: Hubungi Customer Service AGRONet di talian 1 300 88 2476 Sila pilih menu 0 dan bercakap dengan pegawai Agrobank Kemudian anda akan bercakap dengan pegawai Agrobank maklumkan permasalahan anda tidak dapat log masuk AgroNet Pegawai tersebut akan menanyakan anda beberapa soalan bagi tujuan pengesahan identiti antaranya seperti: Nama Penuh Alamat Kediaman Nombor Telefon yang beraftar Nama Ibu Nombor Akaun ataupun Kad Debit Baki ataupun Transaksi Terakhir. Setelah selesai dibuat pengesahan, pegawai bank akan membuka sekatan atas akaun Anda dan Anda boleh login akaun AgroNet Anda seperti biasa. KENAPA ERROR BILA NAK LOGIN APLIKASI AGRONET? Kepada anda yang ingin login pada aplikasi Agronet yang baharu dan terdapat permasalah Error, ini adalah disebabkan kerana anda telah mencapai had maksimum bilangan peranti yang berdaftar untuk aplikasi Agronet. Anda perlu deactive dahulu peranti yang lama kemudian log masuk kembali di peranti yang baru. CARA DEACTIVATE DEVICE AGRONET : DELETE PERANTI LAMA CARA LOGIN AGRONET Berikut adalah merupakan cara untuk login kembali Agronet anda iaitu: Buka laman web Agronet Kik pada ruangan untuk LOGIN. Masukkan USERNAME anda pada ruangan kemudian tekan Enter. Sahkan gambar keselamatan anda. Masukkan PASSWORD anda tekan Enter Jika semuanya berjalan lancar, login anda berjaya dan anda akan dapat akses ke akaun AgroNet anda. CARA RESET PASSWORD AGRONet AGROBANK Anda dapat muat turun aplikasi AGRONet Mobile di Google Play Store atau Appstore. Ikuti langkah cara reset password Agrobank di bawah ini: Buka aplikasi AGRONet Anda. Klik Forgot Password. Masukkan Username akaun Anda, Kemudian, masukkan Nombor Akaun Anda. Masukkan Nombor Kad ATM Anda. Masukkan Nombor PIN ATM Anda. Klik Submit. Selepas itu, masukkan Kata Laluan baru. Masukkan semula Kata Laluan Anda. Selesai. SOALAN LAZIM (FAQ) AGRONET Bolehkan saya menukar Nama Pengguna dan Kata Laluan saya Anda boleh menukar Kata Laluan anda pada bila-bila masa dengan mengklik pada menu ‘Tetapan’ dan pilih ‘Tukar Kata Laluan’. Atas sebab keselamatan, anda dinasihatkan untuk menukar kata laluan anda secara berkala. Nama Pengguna anda tidak boleh ditukar. Bagaimana pelanggan boleh mendaftar pembukaan akaun agrobank secara online? Untuk mendaftar pembukaan akaun secara online, Pelanggan dikehendaki melayari Laman Web Korporat Bankagrobank.com.my dan Klik pada Banner “Open Your Bank Account Now” . Connection refused. Please try again later, apakah maksudnya? Agrobank tengah menjalankan kerja penyelenggaraan sistem dalam tempoh-tempoh tertentu. MAKLUMAT LANJUT Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai masalah login Agronet, anda boleh melayari portal rasmi AgroBank. Baca Juga : CARA DAFTAR AGRONET AGROBANK : AKTIFKAN AGROKEY TUKAR TRANSFER LIMIT AGROBANK : ONLINE RENEW KAD ATM AGROBANK : TUKAR ONLINE TERLUPA PASSWORD AGRONet AGROBANK : CARA RESET AGRONet TAK BOLEH LOGIN : CARA ATASI CARA DEACTIVATE DEVICE AGRONET : DELETE PERANTI LAMA CARA DAPATKAN STATEMENT AGROBANK ONLINE About Author Panglima See author's posts Related BISNES DAN PERBANKAN AGRONet TAK BOLEH LOGINAPA ITU AGRONETBolehkan saya menukar Nama Pengguna dan Kata Laluan sayaCARA ATASI MASALAH AGRONET TAK BOLEH LOGINCARA DAFTAR AGRONET AGROBANKCARA LOGIN AGRONETCARA RESET PASSWORD AGRONet AGROBANKKENAPA AGRONET TAK BOLEH LOGIN?KENAPA ERROR BILA NAK LOGIN APLIKASI AGRONET?TANDA MASALAH AGRONET TAK BOLEH LOGINTERLUPA PASSWORD AGRONet AGROBANKTUKAR TRANSFER LIMIT AGROBANK