BANTUAN MUSIM TENGKUJUH : CARA MOHON BMT Panglima, February 23, 2024February 24, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialBANTUAN MUSIM TENGKUJUH : CARA MOHON BMT Bagaimana semakan Bantuan Musim Tengkujuh? (BMT) ini diwujudkan bagi meringankan beban pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas pendapatan mereka akibat tidak dapat menjalankan aktiviti berkebun seperti biasa setiap kali tibanya musim hujan. Baca Juga : SENARAI BANTUAN RISDA 2023 (Cara Permohonan) SEMAK SYARAT KELAYAKAN BMT Berikut adalah syarat kelayakan Bantuan Musim Tengkujuh iaitu: 1.SYARAT ASAS BMT : Satu (1) Lot hanya SEORANG PENERIMA SAHAJA (Pekebun Kecil atau Penoreh) layak menerima bantuan. Seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja. 2.SYARAT KELAYAKAN PEKEBUN KECIL RISDA (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah) Warganegara Malaysia Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar Pemilik tanah yang sah Satu (1) lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan 3.SYARAT KELAYAKAN PENOREH BUKAN PEMILIK Warganegara Malaysia Penoreh yang berdaftar dengan RISDA Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar Satu (1) lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat TARIKH PERMOHONAN BMT Tarikh Permohonan & Pengemaskinian Bantuan Musim Tengkujuh 2023 Adalah Bermula 15 Jun 2023 Hingga 15 September 2023. KADAR BANTUAN BMT Bantuan Musim Tengkujuh tahun 2023 diberikan sebanyak RM800 seorang kepada penerima yang layak dan akan dibayar sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh empat bulan TARIKH BAYARAN BMT 2023 Bayaran bantuan itu akan dibuat sebanyak empat kali iaitu RM200 pada setiap bulan sebanyak 4 sbulan iaitu: November 2023 Disember 2023 Januari 2024 Februari 2024 DOKUMEN DIPERLUKAN Pastikan anda sediakan dokumen diperlukan bagi memudahkan urusan permohonan anda seperti berikut: PEKEBUN KECIL YANG BUKAN DI BAWAH MANA-MANA AGENSI Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan Geran asal tanah dan salinan; dan Salinan buku akaun bank yang aktif. PENOREH BUKAN PEMILIK Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan Salinan geran lot yang ditoreh; dan Salinan buku akaun bank yang aktif; dan Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G; dan Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah. PEKEBUN KECIL DI BAWAH AGENSI Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan Geran asal tanah dan salinan (jika memiliki tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah); dan Salinan buku akaun bank yang aktif; dan Surat pengesahan daripada Agensi Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G (Wajib bagi permohonan di bawah Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan JAKOA sahaja). CARA PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH LANGKAH 1 Bagi Penerima BMT2022, Log masuk ke Portal https://pekebunkecil.risda.gov.myseperti biasa. Bagi pemohon baharu, daftar akaun dahulu. LANGKAH 2 Penerima BMT2022: Sekiranya ada sebarang perubahan alamat, no telefon, akaun bank, emel atau lain², boleh kemaskini di Profil Pengguna (hijau). Sekiranya ada perubahan maklumat tanah, kemaskini di Profil Tanah (merah). Sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat, klik Mohon Bantuan BMT (Jingga). LANGKAH 3 Penerima BMT2022: Semak semua maklumat adalah tepat dan terkini. LANGKAH 4 Penerima BMT2022: Pilih tanah milik anda untuk dimohon. Jika tanah bukan lagi milik anda, sila kemaskini Maklumat Tanah yang baharu. Tekan butang seterusnya jika tiada perubahan. LANGKAH 5 Penerima BMT2022: Pastikan akaun bank anda masih aktif untuk menerima bantuan masuk kelak. Kemaskini jika ada perubahan. Tekan butang seterusnya. LANGKAH 6 Penerima BMT2022: Anda boleh melihat Fail Terdahulu dengan menekan butang hijau untuk muat turun fail. Sekiranya ada perubahan, sila muat naik fail baharu. Teruskan jika sehingga selesai. LANGKAH 7 Penerima BMT2022: Pada halaman Pengesahan, pastikan semua maklumat anda adalah yang terkini dan tepat, pastikan anda menanda dua (2) kotak sebagai pengesahan dan bertanggungjawab terhadap maklumat yang diberikan. Tekan Hantar jika selesai. Tahniah, anda telah berjaya menghantar permohonan BMT2023! PERMOHONAN BMT SECARA MANUAL Untuk permohonan secara manual, anda perlu ke Pejabat RISDA negeri atau Pejabat RISDA Daerah yang berdekatan anda. Anda perlu mengisi borang permohonan dan juga kepilkan sekali dokumen berkaitan. Sila bawa bersama dokumen yang diperlukan seperti senarai di bawah ini ketika membuat permohonan. Rujuk manual penuh: Bil Perkara Tindakan 1 Manual Pengguna – Pekebun Kecil Muat Turun 2 Manual Pengguna – Penoreh Muat Turun 3 Manual Pengguna – Ahli Isi Rumah Muat Turun CARA SEMAK STATUS BMT Semakan online boleh dibuat melalui laman web Semakan Bantuan Musim Tengkujuh BAGAIMANA JIKA GAGAL PERMOHONAN BMT Bagi yang telah membuat permohonan dan permohonan anda tidak berjaya, anda boleh menghubungi mana-mana pejabat RISDA yang berhampiran untuk membuat temujanji. CARA BAYARAN BMT 2023 Bayaran bantuan kepada pekebun kecil yang layak aka diberikan melalui Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun penerima yang telah didaftarkan semasa permohonan dibuat. SOALAN LAZIM (FAQ) BMT 2023 1.Apa Maksud Pekebun Kecil Yang Berdaftar Dengan RISDA? Mereka yang tersenarai di dalam Sistem Maklumat Pekebun Kecil RISDA dan mempunyai Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC). Bagi penoreh bukan pemilk yang tiada dalan senarai di atas, pengisian borang BMT dikira anda berdaftar dengan RISDA. Bagi pekebun kecil pemilik dan juga penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan agensi berikut, pengisian borang BMT berserta dengan surat pengesahan dari agensi berikut dikira sebagai berdaftar dengan RISDA, iaitu: Lembaga Getah Malaysia (LGM) Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Lain-lain sumber agensi 2.Apa Maksud Penoreh Bukan Pemilik? Mereka yang menorah getah di ladang sebagai pekerjaan utama dan tidak memilik tanah kebum tersebut. 3.Apa Maksud Pekebun Kecil Pemilik? Mereka yang memiliki tanah, menguruskan dan mengusahakannya sendiri. MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi hotline BMT RISDA melalui nombor di bawah: Hotline BMT RISDA 03-4256 4022 PEJABAT RISDA,BANGUNAN RISDA,KM 7, JALAN AMPANG,KARUG BERKUNCI,11067,50990 KUALA LUMPUR. Baca Juga : BANTUAN BAJA PREMIUM RISDA : CARA PERMOHONAN SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2023 (PERMOHONAN BMT RISDA RM800) SENARAI BANTUAN RISDA 2023 (Cara Permohonan) Kelab Usahawan RISDA (RISEC) PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN RISDA (PEKEBUN KECIL) PROGRAM GETAH MATANG RISDA : CARA MOHON PROGRAM AGROMAKANAN RISDA : CARA MOHON BANTUAN PEMBANGUNAN USAHAWAN RISDA : CARA MOHON About Author Panglima See author's posts Related BANTUAN KERAJAAN BAGAIMANA JIKA GAGAL PERMOHONAN BMTBantuan Musim TengkujuhCARA BAYARAN BMTCARA MOHON BMTCARA PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUHCARA SEMAK STATUS BMTDOKUMEN DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUHKADAR BANTUAN BMTPERMOHONAN BMT SECARA MANUALSENARAI BANTUAN RISDASYARAT KELAYAKAN BMTTARIKH BAYARAN BMTTARIKH PERMOHONAN BMT