BANTUAN PEMBANGUNAN USAHAWAN RISDA : CARA MOHON Panglima, February 21, 2024February 22, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialBANTUAN PEMBANGUNAN USAHAWAN RISDA : CARA MOHON Program Bantuan Pembangunan Usahawan adalah salah satu cabang dalam Model Perancangan Strategik RISDA (MPSR) bagi tahun 2021 hingga tahun 2025. Program ini menyasarkan pendapatan kolektif dalam kalangan pekebun kecil sebanyak RM 4,500. APAKAH PROGRAM BANTUAN PEMBANGUNAN USAHAWAN RISDA Program Pembangunan Usahawan ialah salah satu cabang utama dalam Modal Perancangan Strategik RISDA (MPSR) bagi tahun 2021 hingga 2025. Secara am, MPSR dirangka bertujuan untuk membantu meningkatkan purata pendapatan kolektif dalam kalangan pekebun kecil sebanyak RM4,500 sebulan sekeluarga menjelang akhir tahun 2025. Program Pembangunan Usahawan merupakan salah satu jenis bantuan RISDA dimana pekebun kecil boleh manfaatkan untuk menambah pendapatan mereka. OBJEKTIF BANTUAN PEMBANGUNAN USAHAWAN RISDA Sebagai cabang utama dalam MPSR, Program Pembangunan Usahawan mempunyai lima objektif utama berdasarkan MPSR iaitu; Melahirkan 12,500 orang usahawan baru pada akhir tahun 2025 Usahawan pekebun kecil memperoleh purata pendapatan sekurang-kurangnya RM2,500 sebulan sekeluarga pada akhir tahun 2025 5% daripada usahawan pekebun kecil mencapai status Usahawan Mikro dan ke atas pada akhir tahun 2025 Mewujudkan seorang usahawan anchor dari kategori Usahawan Mikro dan ke atas bagi semua negeri setiap tahun Mendidik, membimbing dan membangunkan usahawan baru serta sedia ada melalui Program Bimbingan, Latihan dan Pemantauan Keusahawanan RISDA (RRapUP) Bagi mencapai kelima-kelima objektif ini, Program Pembangunan Usahawan melibatkan pelbagai program keusahawanan untuk pekebun kecil dengan membekalkan bantuan perniagaan seperti modal perniagaan, kursus keusahawanan dan lain-lain. SENARAI PROGRAM BANTUAN PEMBANGUNAN USAHAWAN RISDA Antara program Pembangunan Usahawan adalah: Pembangunan Perniagaan Persijilan Groom Big Pemasaran Business to Business (B2B) Business to Customer (B2C) Offline (Luar Talian) Online (Dalam Talian) SIAPA YANG LAYAK MEMOHON BANTUAN PEMBANGUNAN USAHAWAN Pemohon mestilah seorang Pekebun Kecil warganegara Malaysia ataupun isteri/suami/anak mengikut Daftar Banci RISDA dan keutamaan diberi kepada individu yang berada dalam kumpulan B40. Mempunyai minat, berpengetahuan serta berkemahiran dalam bidang yang hendak diceburi. Pemohon mesti berkeupayaan melaksanakan projek secara sepenuh masa. Bersedia dan sanggup untuk menghadiri sebarang jenis latihan atau kursus samada teknikal / kemahiran / kemantapan diri (sikap) yang ditentukan oleh RISDA sebelum dan semasa melaksanakan projek. Hanya penoreh yang berdaftar dengan RISDA sahaja layak untuk memohon projek Laman Kebun (Bantuan Sara Hidup). CARA MOHON BANTUAN PEMBANGUNAN USAHAWAN Anda boleh semak cara memohon bantuan Program Pembangunan Usahawan di sini. MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi hotline BMT RISDA melalui nombor di bawah: Hotline BMT RISDA 03-4256 4022 PEJABAT RISDA,BANGUNAN RISDA,KM 7, JALAN AMPANG,KARUG BERKUNCI,11067,50990 KUALA LUMPUR. Baca Juga : BANTUAN BAJA PREMIUM RISDA : CARA PERMOHONAN SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2023 (PERMOHONAN BMT RISDA RM800) SENARAI BANTUAN RISDA 2023 (Cara Permohonan) Kelab Usahawan RISDA (RISEC) PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN RISDA (PEKEBUN KECIL) PROGRAM GETAH MATANG RISDA : CARA MOHON PROGRAM AGROMAKANAN RISDA : CARA MOHON About Author Panglima See author's posts Related BANTUAN KERAJAAN APAKAH PROGRAM BANTUAN PEMBANGUNAN USAHAWAN RISDABANTUAN BAJA PREMIUM RISDABANTUAN PEMBANGUNAN USAHAWAN RISDACARA MOHON BANTUAN PEMBANGUNAN USAHAWANOBJEKTIF BANTUAN PEMBANGUNAN USAHAWAN RISDAPROGRAM AGROMAKANAN RISDAPROGRAM GETAH MATANG RISDASEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUHSENARAI BANTUAN RISDASENARAI PROGRAM BANTUAN PEMBANGUNAN USAHAWAN RISDASIAPA YANG LAYAK MEMOHON BANTUAN PEMBANGUNAN USAHAWAN