BANTUAN ZAKAT KEDAH : MOHON & SEMAK KELAYAKAN Panglima, February 21, 2024February 22, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialBANTUAN ZAKAT KEDAH : MOHON & SEMAK KELAYAKAN Tahukah anda cara mohon bantuan zakat Negeri Kedah? Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) komited menawarkan pelbagai jenis zakat bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti asnaf fakir miskin, asnaf muallaf dan asnaf gharimin. Agihan zakat akan diberikan kepada kepada yang berkelayakan. Bagaimanakah cara semakan bantuan zakat 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini. APA ITU ZAKAT? Pengertian Bahasa Merupakan kata terbitan dari kalimah ( زَكَى ) bermaksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat. Dari Segi Syarak Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu. APA ITU LZNK Usaha untuk terus mengukuhkan institusi zakat Kedah melalui penambahbaikan undang-undang zakat terus dititikberatkan oleh Jawatankuasa Zakat Kedah bagi memastikan satu undang-undang lengkap yang bukan sahaja merangkumi zakat padi, malah zakat harta yang lain turut diwujudkan. Usaha berterusan ini akhirnya membuahkan hasil apabila pada tahun 2015, enakmen Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) diperkenalkan menggantikan enakmen Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman (JZNK). Enakmen ini sekaligus menyaksikan pengurusan LZNK terus unggul seterusnya memastikan lebih ramai asnaf diluar sana dibela. SIAPA YANG LAYAK MOHON BANTUAN ZAKAT KEDAH LZNK Wang Zakat yang dibayar kepada LZNK diagihkan kepada lapan (8) asnaf yang layak menerima zakat. Berikut adalah asnaf-asnaf yang layak menerima zakat beserta skim bantuan yang disediakan oleh pengurusan LZNK :- Faqir Miskin Amil Muallaf Ar-Riqab Al-Gharimin Fisabilillah Ibnu Sabil Rujuk: Skim Bantuan Mengikut Asnaf Zakat SENARAI BANTUAN ZAKAT KEDAH LZNK Berikut adalah merupakan jenai bantuan tersedia mengikut katagori bantuan yang disediakan oleh pengurusan LZNK :- 1.Sara Hidup Agihan Kewangan Bulanan Agihan Makanan Bulanan Agihan Miskin Tahunan Agihan Sara Hidup Sekaligus Agihan Saudara Baru Permulaan Agihan Kepada Orang Berhutang Agihan Tambang Pulang Agihan Perkahwinan Saudara Baru 2.Perubatan Agihan Rawatan Bulanan Agihan Rawatan Sekaligus Agihan Rawatan Di Pusat Haemodialisis 3.Perumahan Agihan Bina , Baikpulih dan Sewa Rumah 4.Perniagaan / Jayadiri Agihan Bina , Baikpulih dan Sewa Rumah 5.Musibah Alam Agihan Musibah Alam / Bencana Alam 6.Pembangunan Ummah Akan dikemaskini kemudian 7.Pendidikan Agihan Persekolahan Bulanan Agihan Awal Persekolahan Agihan Yuran Penuh Ke IPT Derma Siswa Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Tempatan Derma Siswa Melanjutkan Pelajaran Ke Yaman Derma Siswa Melanjutkan Pelajaran Ke Mesir Derma Siswa Melanjutkan Pelajaran Ke KUIN Derma Siswa Melanjutkan Pelajaran Ke Jordan Derma Siswa Melanjutkan Pelajaran Ke Indonesia (IAIN) Biasiswa Pendidikan Dalam Negara (IPTA) Biasiswa Perubatan Luar Negara (Mesir) Derma Siswa IPT Luar Negara CARA MOHON BANTUAN ZAKAT KEDAH LZNK Sekiranya anda berkelyakan dan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya: Layari pautan Borang Permohonan Bantuan Zakat Kedah Pemohon adalah dikehendaki untuk mengisi maklumat-maklumat yang dikehendaki dan mencetak borang permohonan tersebut. Borang permohonan tersebut beserta salinan dokumen-dokumen yang dikehendaki hendaklah dihantar ke pejabat LZNK atau Kaunter Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing yang berdekatan bagi membolehkan ianya diproses untuk kelulusan. CARA SEMAK STATUS PERMOHAN BANTUAN ZAKAT KEDAH LZNK Kepada anda yang telah membuat permohonan dan ingin membuat semakan status, berikut adalah caranya: Layari pautan Semakan Status Permohonan Masukkan no kad pengelanan anda pada ruangan tersedia Kemudian masukkan tahun yang ingin disemak Kemudian klik pada Papar Status permohonan bantuan zakat anda akan terpapar. MAKLUMAT LANJUT Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Zakat Kedah, anda boleh melayari portal rasmi Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) Baca Juga : BANTUAN ZAKAT NEGERI SELANGOR : SEMAK KELAYAKAN BANTUAN ZAKAT SABAH : MOHON & SEMAK KELAYAKAN About Author Panglima See author's posts Related BANTUAN KERAJAAN APA ITU LZNKAPA ITU ZAKAT?BANTUAN ZAKAT KEDAHBANTUAN ZAKAT NEGERI SELANGORBANTUAN ZAKAT SABAHCARA MOHON BANTUAN ZAKAT KEDAH LZNKCARA SEMAK STATUS PERMOHAN BANTUAN ZAKAT KEDAH LZNKSENARAI BANTUAN ZAKAT KEDAH LZNKSIAPA YANG LAYAK MOHON BANTUAN ZAKAT KEDAH LZNK