CARA BAYAR LOAN AEON CREDIT : DI KAUNTER Panglima, February 23, 2024February 24, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialCARA BAYAR LOAN AEON CREDIT : DI KAUNTER Tahukah anda cara bayar loan Aeon Credit? Terdapat banyak kemudahan yang ditawarkan oleh AEON Credit kepada pelanggannya untuk membayar Ansuran AEON bulanan yang perlu dibayar. Dengan tahap kepercayaan yang tinggi, AEON Credit mahu menyediakan perkhidmatan yang memudahkan orang ramai memilih pembayaran mengikut kehendak mereka sendiri. Pada masa ini, terdapat pelbagai jenis kaedah pembayaran yang ditawarkan oleh AEON Credit, supaya orang ramai tidak perlu lagi menghadapi masalah. Walaubagaimanapun masih ramai yang tidak faham cara bayar AEON Credit. APA ITU AEON CREDIT? AEON Credit Service hanyalah pemberi hutang melalui kredit kad, ansuran bulanan, insurans dan pinjaman peribadi sahaja. Pihak Aeon Credit bukanlah satu institusi bank. Disebabkan itu, keuntungan syarikat dari bahagian end customer profit terletak hanya melalui faedah (interest) dari pemiutang dan terhad pada perkhidmatan yang mereka tawarkan sahaja. PEMBAYARAN MELALUI KAUNTER PERBANKAN Anda boleh melawat terus semasa waktu operasi Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk melakukan bayar AEON Credit. Yuran & Caj Bayaran sebanyak RM1.00. CARA BAYAR LOAN AEON CREDIT GUNA CHEQUE DEPOSIT MACHINE PUBLIC BANK Anda juga dapat mengunjungi cawangan Mesin Deposit Cek Publik Bank terdekat untuk bayar AEON Credit. Pilih bahasa yang dikehendaki. Pilih “Bayar Bil“. Pilih “AEON” dari skrin penerima. Masukan Nombor perjanjian/Nombor kad kredit. Masukan Nombor Telefon Bimbit Anda. Masukan jumlah cek. Masukan cek ke dalam mesin deposit tunai. Pilih “Ya” untuk meneruskan pembayaran. Ambil resit Anda. CARA BAYAR LOAN AEON CREDIT GUNA CHEQUE DEPOSIT MACHINE ALLIANCE BANK Bayar AEON Credit ke cawangan Mesin Deposit Tunai Alliance Bank. Pilih bahasa yang dikehendaki. Pilih “Pembayaran Lain-Lain“. Pilih “Pembayaran Bil“. Pilih “AEON” dari skrin penerima. Masukan Nombor perjanjian/Nombor kad kredit. Masukan jumlah cek. Masukan cek ke dalam mesin deposit tunai. Pilih “Ya” untuk meneruskan pembayaran. Ambil resit Anda. CARA BAYAR LOAN AEON CREDIT GUNA INTER BANK GIRO Untuk pembayaran AEON Credit melalui Inter Bank GIRO, Anda dapat berkunjung Via ATM, Internet Banking atau Bank Counter yang dapat diakses melalui senarai bank di bawah ini: BSN AMBANK CIMB Bank. Alliance Bank. PUBLIC BANK CARA BAYAR LOAN AEON CREDIT DI AEON CREDIT SERVICE CENTERS Di Pusat Servis AEON, terdapat 2 cara Anda boleh membayar bil kad kredit Anda. Boleh terus melalui pegawai Service Centers, kemudian ikut semua arahan sampai selesai atau boleh melalui Mesin Deposit Tunai. Waktu Operasi Cawangan Kredit AEON Semenanjung Malaysia. Isnin-Sabtu: 9.00 pagi-6.00 petang. Ahad antara tanggal 25 hingga tanggal 5 haribulan : 10.00 pagi-6.00 petang. Cuti Umum: Tutup. Wilayah Timur. (Terpakai untuk Kelantan & Terengganu sahaja). Sabtu sampai Khamis : 9.00 pagi sampai 6.00 petang. Jumaat/ Cuti Umum : Tutup. Nota Penting: Memandangkan tarikh akhir Kitaran Pembayaran, Operasi Ahad Cawangan dan Pusat Perkhidmatan AEON akan mengikut kriteria berikut: Sekiranya operasi Ahad terakhir jatuh sebelum 25 haribulan, operasi Ahad akan diganti pada Ahad depan minggu berikutnya. Jika terdapat 2 hari Ahad dalam tempoh dari 25hb hingga 3hb (bulan berikutnya), maka kedua-dua hari Ahad masih akan beroperasi. Harap maklum bahawa waktu operasi cawangan mungkin berbeza-beza. Waktu Operasi Cawangan AEON Credit di Kompleks Membeli-belah adalah berdasarkan waktu operasi pusat membeli-belah masing-masing. Baca Juga : BAYAR LOAN AEON CREDIT : ONLINE CARA MOHON GOPINJAM : PINJAMAN PERIBADI TOUCH N GO CARA PERMOHONAN PERSONAL LOAN MAYBANK : SEMAK SYARAT KELAYAKAN PERSONAL LOAN AEON CREDIT : CARA MOHON About Author Panglima See author's posts Related BISNES DAN PERBANKAN APA ITU AEON CREDITCARA BAYAR LOAN AEON CREDIT DI AEON CREDIT SERVICE CENTERSCARA BAYAR LOAN AEON CREDIT DI KAUNTERCARA BAYAR LOAN AEON CREDIT GUNA CHEQUE DEPOSIT MACHINE ALLIANCE BANKCARA BAYAR LOAN AEON CREDIT GUNA CHEQUE DEPOSIT MACHINE PUBLIC BANKCARA BAYAR LOAN AEON CREDIT GUNA INTER BANK GIROPEMBAYARAN MELALUI KAUNTER PERBANKAN