CARA DAFTAR i-SARAAN KWSP : FAEDAH & KELEBIHAN Panglima, February 21, 2024February 21, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialCARA DAFTAR i-SARAAN KWSP : FAEDAH & KELEBIHAN Tahukah anda cara daftar i-saraan KWSP? Bagi pekerja tidak bermajikan atau bekerja sendiri, pihak KWSP turut menawarkan faedah caruman pesaraan melalui insentif i-Saraan. Melalui i-Saraan ini mereka yang bekerja sendiri ataupun yang tiada pendapatan tetap boleh buat caruman secara sukarela dan dengan bantuan kerajaan, ahlinya boleh menerima caruman tambahan. KWSP telah memperkenalkan Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan yang dikenali sebagai i-Saraan KWSP bagi membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap termasuk suri rumah untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan? Lebih menarik lagi, ahli yang mencarum juga akan menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan. i-SARAAN KWSP 2024 Belanjawan 2024 Malaysia MADANI menyaksikan penambahbaikan penyaluran bantuan tunai apabila had caruman padanan kerajaan di bawah program i-Saraan dan i-Suri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masing-masing ditingkatkan pada tahun 2024. Untuk tahun 2024, had caruman bagi program i-Saraan KWSP ditingkatkan kepada RM500 setahun, terhad kepada RM5,000 seumur hidup Perubahan jumlah insentif caruman padanan untuk program i-Saraan ini merupakan antara penambahbaikan strategik produk dan polisi yang memberi kesan terhadap memperkukuh masa depan persaraan dan jaminan pendapatan ahli KWSP. Sebagai perbandingan, pada tahun 2023, kerajaan telah menyumbang insentif caruman sepadan sebanyak 15% daripada jumlah caruman dengan had maksimum RM300 setahun kepada pencarum yang layak/memenuhi kriteria. Bagi setengah tahun pertama 2023, insentif kerajaan sebanyak RM28 juta telah dikreditkan kepada 211,361 ahli di bawah program i-Saraan. APA ITU i-SARAAN KWSP? Skim i-Saraan KWSP merupakan skim caruman sukarela yang membolehkan orang ramai yang tidak mempunyai pendapatan tetap mencarum secara sukarela setiap bulan. Skim ini membolehkan individu mencarum tanpa had minima dan membolehkan individu tersebut mempunyai wang simpanan semasa hari tua kelak. Bagi mereka yang berdaftar dengan i-Saraan ini, pihak kerajaan juga turut memberi caruman tambahan sebagai salah satu inisiatif kerajaan bagi menggalakkan lebih ramai yang bekerja sendiri untuk membuat caruman. Melalui skim ini juga, suri rumah turut tidak terkecuali boleh menyertai i-Saraan tetapi mestilah belum berdaftar dengan Insentif Suri (i-Suri). Sekiranya suri rumah telah berdaftar dengan i-Suri, mereka perlu membatalkannya sebelum memohon i-Saraan. Namun, permohonan tersebut tertakluk kepada kelayakan dan kriteria yang ditetapkan. TUJUAN i-SARAAN KWSP Antara tujuan pengenalan i-Saraan KWSP: Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan. Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka. Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Selain manfaat sumbangan dari kerajaan, terdapat juga manfaat-manfaat lain yang kita akan perolehi dari i-Saraan KWSP ini. FAEDAH i-SARAAN KWSP Insentif Khas – Menerima insentif khas sebanyak 15% daripada jumlah caruman sehingga maksimum RM500 dalam tahun semasa. – Had insentif seumur hidup sebanyak RM5,000 atau mencapai umur 60 tahun yang mana lebih awal. – Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan. Dividen Tahunan Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda. Bantuan Kematian Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP. Pelepasan Cukai Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN. SYARAT KELAYAKAN i-SARAAN KWSP Tiada perubahan kepada syarat-syarat kelayakan i-Saraan iaitu: Pastikan anda bekerja sendiri / peniaga / seorang usahawan Umur anda mestilah 55 tahun ke bawah Tidak kisah lelaki atau perempuan / wanita boleh buat caruman sendiri dengan kwsp Anda merupakan seorang warganegara Malaysia yang sah Sudah daftar sebagai seorang ahli kwsp Pastikan anda sudah hantar borang KWSP 16G(M) secara online / offline *Contoh Orang Yang Bekerja Sendiri Petani/ nelayan/ pemandu teksi Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown Pengasuh bayi Ejen menerima komisen (cth: ejen insurans, ejen hartanah) Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, jurulatih kesihatan, perunding) Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan Pemilik perniagaan dalam talian (online business) Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam) Suri rumah Pekerja Berpencen CARA DAFTAR i-SARAAN KWSP Tiada caruman minimum yang ditetapkan bagi setiap bulan. Rujuk cara pendaftaran seperti berikut: BUKA LAMAN WEB KWSP (i-Akaun) ATAU APLIKASI i-Akaun KWSP Laman web i-Akaun: https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member ATAU Sekiranya anda / suri rumah telah berdaftar sebagai ahli KWSP, boleh klik pautan: https://online.kwsp.gov.my/isaraanReg/?lang=ms untuk pendaftaran i-Saraan. TEKAN MENU ‘REGISTER I-SARAAN’ ISIKAN BUTIRAN ANDA & SAHKAN PENDAFTARAN BUAT CARUMAN Akhir sekali, anda bolehlah buat caruman secara online atau manual mengikut amaun yang diinginkan. CARA BUAT CARUMAN i-SARAAN KWSP Caruman boleh dibuat melalui saluran berikut: 1. Perbankan Elektronik Maybank Public Bank RHB Bank Bank Muamalat CIMB Bank 2. Kaunter Ejen Bank (Tunai Cek) BSN Maybank Public Bank RHB Bank 3. Ejen Bank Berdaftar Ejen Bank (EB) BSN 4. Kaunter KWSP Tunai (maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar KADAR CARUMAN i-SARAAN UNTUK TERIMA INSENTIF KHAS MAKSIMUM Ahli layak menerima insentif khas berdasarkan caruman padanan sebanyak 15% daripada jumlah caruman terkumpul tahun semasa yang dibuat oleh ahli. Bagi membolehkan ahli menerima insentif khas maksimum sebanyak RM500 setahun, ahli perlu mencarum sekurang-kurangnya RM3,334 setahun. Bagaimana Sumbangan Kerajaan Akan Dikreditkan? KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan). DOKUMEN UNTUK DAFTAR i-SARAAN KWSP MyKad Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja) Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran) Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan) MAKLUMAT LANJUT Sebarang pertanyaan mengenai iSaraan KWSP boleh disalurkan melalui: Talian Khidmat Pelanggan KWSP: 03-896226000 Layari https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan ATAU Borang Pertanyaan Online ATAU Rujuk pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan Baca Juga : CARA SEMAK DIVIDEN KWSP 2024 : TAHUN KEWANGAN 2023 CARA REGISTER i-AKAUN KWSP(Daftar melalui KIOSK,BANK,ONLINE & EMAIL) SEMAK NO AHLI KWSP : ONLINE DAN KAUNTER About Author Panglima See author's posts Related BANTUAN KERAJAAN APA ITU i-SARAAN KWSP?CARA BUAT CARUMAN i-SARAAN KWSPCARA DAFTAR i-SARAAN KWSPCARA DAFTAR i-SARAAN KWSP 2024CARA REGISTER i-AKAUN KWSPCARA SEMAK DIVIDEN KWSP 2024DOKUMEN UNTUK DAFTAR i-SARAAN KWSPFAEDAH i-SARAAN KWSPi-SARAAN KWSP 2024KADAR CARUMAN i-SARAAN UNTUK TERIMA INSENTIF KHAS MAKSIMUMSEMAK NO AHLI KWSPSYARAT KELAYAKAN i-SARAAN KWSPTUJUAN i-SARAAN KWSP