CARA MOHON i-SAYANG KWSP : SEMAK STATUS Panglima, February 21, 2024February 22, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialCARA MOHON i-SAYANG KWSP : SEMAK STATUS Tahukah anda cara mohon i-Sayang KWSP? Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini telah memperkenalkan kemudahan i-Sayang KWSP. Disini kami akan kongsikan mengenai kemudahan ini serta cara permohonan dan syaratnya, semoga membantu. APA ITU i-SAYANG KWSP? i-Sayang merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima). SIAPA YANG LAYAK MEMOHON i-SAYANG Berikut merupakan syarat kelayakan bagi pemberi dan penerima iaitu: Syarat-syarat kelayakan suami (Pemberi) Warganegara Malaysia atau bukan warganegara Ahli KWSP Belum mencapai umur 75 tahun Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia Syarat-syarat kelayakan isteri (Penerima) Warganegara Malaysia Ahli KWSP Belum mencapai umur 75 tahun Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia CIRI-CIRI i-SAYANG Berikut adalah merupakan antara ciri-ciri kemudahan ini iaitu: Pindahan 2% caruman syer pekerja suami ke akaun KWSP isteri. Permohonan adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami. Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri (penerima). DOKUMEN DIPERLUKAN UNTUK MOHON i-SAYANG KWSP Tiada sebarang dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pendaftaran i-Sayang. CARA PERMOHONAN i-SAYANG KWSP Permohonan pendaftaran i-Sayang dibuat secara sukarela oleh suami (pemberi) melalui dua (2) saluran berikut: i-Akaun (Ahli); ATAU Pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran iSayang – KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi. CARA SEMAKAN STATUS i-SAYANG KWSP Hanya suami (pemberi) boleh menyemak status pendaftaran i-Sayang melalui i-Akaun (Ahli). CARA KIRA i-SAYANG KWSP Cara pengiraan pindahan 2% caruman i-Sayang daripada akaun suami (pemberi) ke akaun isteri (penerima) adalah seperti berikut: 2% / Kadar Berkanun Syer Bekerja X Caruman Syer Pekerja SOALAN LAZIM (FAQ) CARA MOHON i-SAYANG KWSP Bolehkah suami (pemberi) memohon untuk mencarum i-Sayang melebihi 2% ke dalam akaun isteri (penerima)? Tidak boleh. Pindahan 2% adalah ditetapkan oleh Kerajaan. Bolehkah isteri (penerima) memohon untuk memindahkan caruman ke dalam akaun KWSP suami (pemberi)? Tidak boleh. Inisiatif iSayang hanya membenarkan pemindahan caruman dibuat daripada akaun KWSP suami (pemberi) ke dalam akaun KWSP isteri (penerima). Bilakah pemindahan caruman iSayang akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima)? Pemindahan caruman iSayang akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima) selepas tempoh dua (2) bulan daripada tarikh penerimaan caruman syer pekerja suami (pemberi). Mengapakah caruman i-Sayang adalah terhad kepada 2% sahaja? Caruman iSayang adalah terhad kepada 2% sahaja setelah mengambil kira situasi suami berkahwin dengan 4 orang isteri. Oleh itu, jumlah pindahan adalah 8%. Baki syer pekerja suami adalah 3% daripada jumlah syer pekerja sebanyak 11%. MAKLUMAT LANJUT Maklumat lanjut berkaitan i-Sayang boleh diperoleh melalui saluran-saluran berikut: Laman web rasmi KWSP ; ATAU Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000; ATAU Cawangan KWSP yang berhampiran. Artikel berkaitan : CARA REGISTER i-AKAUN KWSP(Daftar melalui KIOSK,BANK,ONLINE & EMAIL) BAYAR PTPTN GUNA KWSP : AKAUN 2 SENARAI LOKASI KIOSK KWSP : “KIOSK KWSP NEAR ME” About Author Panglima See author's posts Related BANTUAN KERAJAAN APA ITU i-SAYANG KWSP?APAKAH i-SAYANG KWSP?Bilakah pemindahan caruman iSayang akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima)?Bolehkah isteri (penerima) memohon untuk memindahkan caruman ke dalam akaun KWSP suami (pemberi)?Bolehkah suami (pemberi) memohon untuk mencarum i-Sayang melebihi 2% ke dalam akaun isteri (penerima)?CARA KIRA i-SAYANG KWSPCARA MOHON i-SAYANG KWSPCARA PERMOHONAN i-SAYANG KWSPCARA SEMAKAN STATUS i-SAYANG KWSPCIRI-CIRI i-SAYANGDOKUMEN DIPERLUKANMengapakah caruman i-Sayang adalah terhad kepada 2% sahaja?SIAPA LAYAK MEMOHON i-SAYANG