CARA MOHON MySALAM 2024 : Semak Kelayakan & Status Bayaran Panglima, February 20, 2024February 22, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialCARA MOHON MySALAM 2024 : Semak Kelayakan & Status Bayaran Disini kami akan kongsikan kepada anda cara mohon MySalam 2024. semoga membantu.Pada tahun ini, Skim MySalam akan diperluas kepada penerima STR dan manfaat tuntutan kos peranti perubatan juga akan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima mySalam yang layak. Ramai yang telah menerima SMS tentang kelayakan Skim Perlindungan Masyarakat MySalam. Adakah anda faham apa sebenarnya manfaat dan faedah yang diperolehi jika layak Skim MySalam?Bagaimanakah nak check MySalam? Baca Juga : CARA PERMOHONAN RAYUAN STR (Senarai Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula) APA ITU MySALAM Skim mySalam merupakan satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan kepada individu yang layak. Objektif inisiatif ini adalah untuk menyediakan skim perlindungan kesihatan sosial bagi membantu golongan miskin mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal. MANFAAT SKIM MySALAM Berikut adalah merupakan manfaat skim ini iaitu: Membantu golongan miskin mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal Bayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila peserta didiagnos dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal. Bayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari (tertakluk kepada klausa pengecualian). SYARAT KELAYAKAN MySALAM Berikut adalah merupakan syarat kelayakan MySalam iaitu Penerima bantuan khas kerajaan seperti program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Sila rujuk jadual di bawah untuk keterangan lanjut: Program LHDN Kelayakan mySalam Kriteria Umur BR1M 2018 2019 Individu berumur antara 18 hingga 55 tahun dan pasangan; BSH 2019 2020 Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan; Individu bujang berumur 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun; Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun. BSH 2020 2021 BPR 2021 BKM 2022 2022 & 2023 Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan; Individu bujang berumur 21 hingga 65 tahun; Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun. CARA MOHON MySALAM 2024 / CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN MySALAM Berikut adalah merupakan cara semakan kelayakan anda iaitu: Secara online: Layari portal MySalam Sila masukkan nombor MyKad (12 digit) tanpa tanda sengkang. Klik SEMAK Menghantar e-mel Hubungi talian mySalam: 1 300 888 938 TARIKH KUATKUASA PERLINDUNGAN MySALAM Perlindungan mySalam untuk golongan B40 telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2019. Perluasan perlindungan mySalam berkuatkuasa 1 Januari 2020. JENIS TUNTUTAN MySALAM Berikut adalah merupakan jenis tuntutan melalui inisiatif ini iaitu: Tuntutan Penyakit Kritikal Tuntutan Hospitalisasi KADAR BAYARAN MySALAM Berikut adalah merupakan jumlah bayaran mengikut situasi iaitu: Bayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila peserta didiagnos dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal. Bayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari (tertakluk kepada klausa pengecualian, sila rujuk butang kelayakan untuk maklumat lanjut). TARIKH PERMOHONAN TUNTUTAN MySALAM Tuntutan untuk manfaat Hospitalisasi atau Penyakit Kritikal dibuka sehingga 30 Jun 2024, dengan syarat tarikh kemasukan ke hospital atau diagnosis penyakit kritikal berlaku semasa tempoh kelayakan (2019 hingga 2023) CARA TUNTUTAN PENYAKIT KRITIKAL MySALAM Kepada anda yang ingin membuat tuntutan penyakit kritikal MySalam, berikut adalah merupakan caranya: Layari portal MySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan) Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’ Log masuk kembali ke Mysalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik dokumen yang tersenarai seperti berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang) Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan. CARA TUNTUTAN HOSPITALISASI MySALAM 2024 Kepada anda yang ingin membuat tuntutan hospitalisasi MySalam, berikut adalah merupakan caranya: Layari portal MySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan) Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik dokumen yang tersenarai seperti berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg Salinan Nota Discaj Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang) Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan. SENARAI TUNTUTAN HOSPITALISASI TIDAK LAYAK MySALAM Elaun hospitalisasi harian jika dimasukkan ke hospital tidak akan dibayar disebabkan dan termasuk mana-mana perkara berikut, secara langsung atau tidak langsung: Bunuh diri, percubaan bunuh diri atau kecederaan yang dilakukan sendiri ketika waras atau tidak waras; Peperangan atau sebarang tindakan perang, sama ada diisytiharkan atau tidak, aktiviti jenayah atau pengganas, bertugas secara aktif dalam mana-mana angkatan bersenjata, penglibatan langsung dalam mogok, rusuhan dan kekacauan awam atau pemberontakan Melakukan, mencuba atau membangkitkan keganasan atau feloni, atau sebarang pelanggaran undang-undang atau percubaan melanggar undang-undang atau mengelak daripada ditangkap Ketagihan alkohol, pengambilan dadah haram, kemabukan, penyakit kelamin dan sekuelanya, kehamilan, kelahiran anak (temasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, pengguguran dan penjagaan serta pembedahan sebelum atau selepas kelahiran, kaedah pencegahan kehamilan kontraseptif mekanikal atau kimia atau rawatan berkaitan ketidaksuburan, Ketidakfungsian erektil dan ujian atau rawatan berkaitan mati pucuk atau pensterilan SENARAI PENYAKIT KRITIKAL MySALAM Cara mohon MySalam sudah dikongsikan di atas. Sekarang, kami akan berkongsi pula apakah penyakit kritikal yang tersenarai dalam skim ini. ysaSenarai penyakit kritikal telah diperluaskan daripada 36 penyakit kritikal kepada 45 penyakit kritikal yang di cover oleh takaful MySalam: Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama Meningitis Bakteria Tumor Otak Benigna Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya Pembedahan Otak Kanser Kardiomiopati Teruk Anemia Aplasia Kronik Koma Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih Ensefalitis/encephalitis Kegagalan Hati Tahap Akhir Penyakit Paru-Paru AIDS Peringkat Teruk Hepatitis Virus Fulminan Serangan Jantung Pembedahan Injap Jantung HIV Akibat Transfusi Darah Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari) Hilang Pertuturan Trauma Kepala Utama Pemindahan Organ Utama/ Sum Penyakit Neuron Motor Sklerosis Berbilang Distrofi Otot Kelumpuhan / Paraplegia Penyakit Parkinson Hipertensi Arteri Pulmonari Primer Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius Strok Pembedahan Aorta Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE) Kelecuran Tahap Ketiga HIV Penyakit Terminal Penyakit Sistik Medular Sindrom Apallic Poliomielitis Skleroderma Progresif Keradangan pankreas berulang Elefantiasis Penyakit lembu gila CARA CHECK STATUS TUNTUTAN MySALAM 2024 Setelah anda membuat tuntutan, anda boleh menyemak status tuntutan anda di portal MySalam TEMPOH TUNTUTAN MySALAM 2024 Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap. Tetapi, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan MAKSUD STATUS MYSALAM TIDAK AKTIF BAGI TAHUN SEMASA Sekiranya terdapat status ini bermaksud maklumat terkini yang didapati oleh pihak MySalam adalah belum diaktifkan bagi tahun 2023. Anda dinasihatkan untuk menunggu kelulusan STR untuk membuat semakan semula status MySalam. BAGAIMANA JIKA TIDAK MENERIMA SMS KELAYAKAN MySALAM? Sekiranya anda penerima STR tetapi tidak menerima SMS kelayakan MySalam, anda boleh hubungi talian MySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.. SOALAN LAZIM (FAQ) CARA MOHON MYSALAM 2024 Berapa Lamakah Tuntutan Diproses? Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap. Jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan. Macam mana nak check status tuntutan MySalam? Status tuntutan boleh diakses melalui portal atas talian mysalam.com.my Adakah dimaklumkan jika lulus/gagal tuntutan MySalam? Ya,mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak. MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN Jika ingin maklumat lanjut atau hubungi talian MySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu. About Author Panglima See author's posts Related BANTUAN KERAJAAN APA ITU MySALAMBAGAIMANA JIKA TIDAK MENERIMA SMS KELAYAKAN MySALAM?CARA CHECK STATUS TUNTUTAN MySALAMCARA MOHON MySALAM 2023: Semak Kelayakan & Status BayaranCARA PERMOHONAN RAYUAN STR (Senarai Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula)CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN MySALAMCARA TUNTUTAN HOSPITALISASI MySALAMCARA TUNTUTAN PENYAKIT KRITIKAL MySALAMJENIS TUNTUTAN MySALAMKADAR BAYARAN MySALAMMAKSUD STATUS MYSALAM TIDAK AKTIF BAGI TAHUN SEMASAMANFAAT SKIM MySALAMSENARAI PENYAKIT KRITIKAL MySALAMSENARAI TUNTUTAN HOSPITALISASI TIDAK LAYAK MySALAMSOALAN LAZIM (FAQ) MYSALAMSYARAT KELAYAKAN MySALAMTARIKH KUATKUASA PERLINDUNGAN MySALAMTARIKH PERMOHONAN TUNTUTAN MySALAMTEMPOH TUNTUTAN MySALAM