CARA MOHON PINJAMAN KWSP : SYARAT PERMOHONAN Panglima, January 8, 2024February 24, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialCARA MOHON PINJAMAN KWSP : SYARAT PERMOHONAN Berikut adalah Cara mohon Pinjaman KWSP (Terma Dan Syarat). PERMOHONAN FSA2 yang dibuka bermula 7 April ini hanya melibatkan fasa pertama, khusus untuk ahli KWSP berumur 40 tahun ke atas. BERMULA 7 April ini, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memenuhi syarat boleh memohon inisiatif pembiayaan peribadi yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) KWSP. FSA2 merupakan kemudahan untuk membantu ahli KWSP memohon pembiayaan peribadi dengan jumlah maksimum RM50,000 menggunakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun. Cara Permohonan Pinjaman KWSP BSN Dibuka 15 April 2023 SYARAT MOHON PINJAMAN KWSP Kemudahan itu terbuka untuk semua ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun. Namun, permohonan yang dibuka bermula 7 April ini hanya melibatkan fasa pertama, khusus untuk ahli berumur 40 tahun ke atas. Setiap ahli hanya dibenarkan membuat permohonan sekali sahaja dan permohonan tersebut tidak boleh dibatalkan setelah diluluskan. Menurut KWSP, jika terdapat lebih daripada satu permohonan oleh seorang ahli, pihaknya akan meluluskan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun yang pertama diterima daripada ahli. SIMPANAN MINIMUM UNTUK MOHON PINJAMAN KWSP Ahli juga perlu mempunyai jumlah simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP dan jumlah maksimum bagi pengeluaran bersyarat ialah RM50,000. Permohonan akan dibuka dalam tempoh setahun selepas tarikh pelaksanaan (7 April untuk fasa satu). Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan. Menurut KWSP, ahlI juga hendaklah menjalani Penilaian Kesedaran Kewangan dengan institusi perbankan sebelum membuat keputusan untuk mengambil pembiayaan peribadi. Dalam tempoh pembiayaan itu juga, ahli boleh mendapatkan perundingan lanjut melalui perkhidmatan Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) atau perunding kewangan bank, jika perlu. Walaupun pemohon telah memenuhi syarat-syarat kelayakan awal, permohonannya masih berisiko ditolak. Ini disebabkan pembiayaan peribadinya tidak diluluskan oleh institusi perbankan kerana tidak menepati terma dan syarat yang ditetapkan atau baki simpanan dalam Akaun 2 kurang daripada amaun pembiayaan peribadi dengan institusi perbankan. SENARAI INSTITUSI KEWANGAN YANG TERLIBAT Setakat 30 Mac, hanya dua institusi perbankan yang terlibat dengan FSA2, iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Cara Permohonan Pinjaman KWSP MBSB (Ihsan-i Dibuka 7 April 2023) CARA MOHON PINJAMAN KWSP Ahli KWSP perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian. Terdapat tiga langkah utama yang perlu dilakukan, iaitu: Membuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP melalui portal KWSP atau portal institusi perbankan yang mengambil bahagian. Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut syarat dan terma yang dipersetujui dengan institusi perbankan. Membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun kepada KWSP melalui portal institusi perbankan berdasarkan jumlah pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan. Jumlah kelayakan awal permohonan melalui Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah berdasarkan jumlah simpanan dalam Akaun 2 yang ditolak dengan sebarang jumlah pengeluaran yang belum diluluskan. Ini termasuk pengeluaran pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Bagi menyemak jumlah simpanan Akaun 2 KWSP sebelum membuat permohonan pembiayaan peribadi, ahli boleh menggunakan aplikasi mudah alih i-Akaun atau Terminat Layan Diri (SST) di mana-mana cawangan KWSP. CARA REGISTER i-AKAUN KWSP(Daftar melalui KIOSK,BANK,ONLINE & EMAIL) KEMASKINI MAKLUMAT Untuk membuat permohonan Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun pula, ahli perlu mendaftar atau mengemas kini nombor telefon bimbit bagi tujuan penghantaran Kod Pemberikuasaan Transaksi (TAC) oleh KWSP bagi mengesahkan identiti ketika melakukan transaksi. Kemudian, permohonan Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun boleh dibuat secara dalam talian melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian. Seterusnya, ahli akan menerima notis makluman status permohonan pembiayaan peribadi daripada pihak institusi perbankan melalui SMS dan status permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun daripada KWSP melalui Secured Inbox i-Akaun. Maklumat Lanjut Silan Layari https://www.kwsp.gov.my/ms/web/guest/w/kwsp-perincikan-mekanisme-terma-dan-syarat-untuk-fasiliti-sokongan-akaun-2 About Author Panglima See author's posts Related BANTUAN KERAJAAN 000 dalam Akaun 2 KWSPAhli juga perlu mempunyai jumlah simpanan minimum RM3Ahli KWSP perlu membuat permohonan secara dalam talianApakah Syarat PermohonanBANKCara Memohon Pinjaman KWSP (Terma Dan Syarat)Cara permohonan pembiayaan peribadiCara Permohonan Pinjaman KWSP BSN (Dibuka 15 April 2023)Cara Permohonan Pinjaman KWSP MBSB (Ihsan-i Dibuka 7 April 2023)CARA REGISTER i-AKAUN KWSP(Daftar melalui KIOSKFasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) KWSP.Institusi Kewangan Yang TerlibatONLINE & EMAILPermohonan akan dibuka dalam tempoh setahun selepas tarikh pelaksanaanpinjaman kwsp BSNPinjaman KWSP MBSB