CARA NIAT PUASA RAMADAN : HARIAN DAN SEBULAN Panglima, February 15, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialCARA NIAT PUASA RAMADAN : HARIAN DAN SEBULAN Tahukah anda cara niat puasa Ramadan? MENJELANG bulan Ramadan yang akan disambut kelak, kita tidak akan terlepas daripada sering diingatkan mengenai syarat-syarat sah berpuasa. Dan tentu sekali, pada ketika ini sebahagian besar daripada kita sudah menerima kiriman mesej mengenai niat berpuasa. Haruslah diketahui bahawasanya niat merupakan syarat sah berpuasa dan hukumnya adalah wajib. MAKSUD PUASA RAMADAN Puasa secara bahasa bermaksud “menahan diri“. Dari segi istilah syarak puasa bermaksud “menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari berserta niat“. RUKUN PUASA RAMADAN Orang yang berpuasa Niat Meninggalkan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa CARA LAFAZ NIAT PUASA RAMADAN HARIAN Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadhan نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala CARA LAFAZ NIAT PUASA RAMADAN SEBULAN Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala BOLEH KER NIAT PUASA SEBULAN TERUS? MAZHAB SYAFI’IE Wajib berniat puasa pada setiap malam Ramadhan kerana ia adalah ibadah yang bersendiri yang tak terikat antara satu sama lain. MAZHAB MALIKI Seseorang itu diharuskan niat puasa sebulan pada malam Ramadhan yang pertama dan tak wajib niat setiap malam. PANDANGAN SEBAHAGIAN ULAMA MAZHAB SYAFI’IE Boleh berpegang pada pendapat mazhab Maliki dalam hal ini sebagai langkah bejaga-jaga dan dalam masa yang sama tetap wajib berniat pada setiap malam Ramadhan. SYARAT NIAT PUASA RAMADAN Dalam berniat untuk berpuasa, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi agar ianya dinamakan dengan berniat. Kebanyakan kitab-kitab fiqh telah menggariskan beberapa panduan dalam berniat ketika berpuasa bagi memudahkan umat Islam memahaminya. Antara yang disebutkan ialah: Al-Jazm (الجزم): yang dimaksudkan di sini adalah benar-benar memastikan tanpa ragu-ragu. Al-Ta’yiin (التعيين): iaitu penentuan jenis puasa. Seseorang yang ingin berpuasa perlulah menentukan jenis puasanya sama ada ianya puasa Ramadhan, wajib (qadha’, kaffarah, nazar) ataupun sunat (Isnin-Khamis, hari Arafah, ‘Asyura dsb.). Tidak memadai dengan berniat secara mutlaq untuk berpuasa. Al-Tabyiit (التبييت): menetapkan niat pada malam hari. Waktunya adalah selepas tenggelamnya matahari sehinggalah terbitnya fajar sadiq (waktu bersahur juga masih dikira sebagai waktu untuk berniat). Ini adalah syarat di sisi al-Malikiyyah, al-Syafi’iyyah dan juga al-Hanabilah. Ini berdasarkan sebuah hadith Nabi ﷺ riwayat Hafsah R.Anha: مَنْ لَمْ يُجْمِعِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ Maksudnya: Barangsiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya (pada hari tersebut). Riwayat Abu Daud (2454). Status Hadith: Sahih. ADAB DAN PERKARA SUNAT KETIKA BERPUASA RAMADAN Bersahur Mempercepatkan berbuka puasa Sunat beriktikaf sepanjang bulan ramadan Tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa Tadarus Al-Quran Sumber : https://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/Panduan_Amalan_di_Bulan_Ramadhan.pdf Baca juga : HUKUM NIAT PUASA SEBULAN : SAH ATAU TIDAK PUASA About Author Panglima See author's posts Related ISLAMIC ADAB DAN PERKARA SUNAT KETIKA BERPUASA RAMADANBOLEH KER NIAT PUASA SEBULAN TERUS?CARA LAFAZ NIAT PUASA RAMADAN HARIANCARA LAFAZ NIAT PUASA RAMADAN SEBULANCARA NIAT PUASA RAMADANHUKUM NIAT PUASA SEBULANMAKSUD PUASA RAMADANRUKUN PUASA RAMADANSYARAT NIAT PUASA RAMADAN