DAFTAR MYSARA 2024 : PERMOHONAN BARU & SEMAKAN Panglima, February 20, 2024February 22, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialDAFTAR MYSARA 2024 : PERMOHONAN BARU & SEMAKAN Tqahukah anda cara daftar MySARA 2024? Bermula tahun 2024, bantuan MySARA telah dinaikkan sebanyak RM1,200 dan dua (2) kategori baharu penerima telah diperkenalkan menurut data e-Kasih dan JKM. Kategori bujang dan isi rumah juga bakal turut menerima Bantuan MySARA. Bagaimanakah permohonan dan semakan bantuan mysara rm1,200 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini. APA ITU MYSARA? Bantuan MySARA atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sebuah insiatif wang tambahan yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika pembentangan Belanjawan 2023 juga dikenali sebagai STR Tambahan. Bantuan ini diberikan bertujuan untuk membantu golongan miskin tegar dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi. Hanya golongan isi rumah di bawah miskin tegar dan tersenarai di dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan atau Unit Penyelerasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri layak untuk menerima Bantuan MySARA ini. PERBEZAAN KADAR PEMBERIAN MYSARA 2024 & 2023 Berikut adalah jumlah kadar bantuan MySARA bagi tahun 2023 dan 2024 seperti di bawah : MySARA 2023 : Berjumlah RM600, pengkreditan RM100 setiap bulan bermula Julai sehingga Disember 2023 MySARA 2024 : Berjumlah RM1,200, pengkreditan RM100 setiap bulan bermula Januari sehingga Disember 2024. KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYSARA 2024 Berikut merupakan senarai kategori yang layak menerima Bantuan MySARA bagi tahun 2024, seperti di bawah : Isi Rumah Miskin Tegar – RM1,200 Isi Rumah Miskin – RM1,200 Isi Rumah – RM300 Bujang – RM150 SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYSARA RM1200 2024 Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan : Warganegara Malaysia sahaja Berstatus penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Pendapatan tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan Golongan sasar Tersenarai dalam data maklumat ekasih. KAEDAH BAYARAN BANTUAN MYSARA RM1200 2024 Berikut adalah kaedah pembayaran Bantuan MySARA kepada penerima yang layak : Dikreditkan ke dalam MyKad penerima sebanyak RM100 setiap bulan. *Kategori bujang (kemungkinan akan dikreditkan secara one-off). CARA PEMBELIAN MYSARA Berikut adalah cara pembelian menggunakan Bantuan MySARA : PAUTAN RASMI MYKASIH – https://www.mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/ *Klik pada pautan di atas untuk mengetahui cara pembelian, 10 kategori barang keperluan dan senarai kedai terpilih berhampiran anda. CARA DAFTAR BANTUAN MYSARA RM1200 2024 Berikut adalah cara permohonan baru Bantuan MySARA 2024 : Pemohon perlu daftar di Portal Rasmi e-Kasih; atau klik pautan ini : https://www.icu.gov.my/pg/main.php?pg=perkhidmatan&type=sejahtera&list=s03. Kemudian klik [Semakan Pendaftaran eKasih]. Masukkan Nombor Kad pengenalan permohon pada ruangan No.KP. Status pendaftaran anda akan dipaparkan. Kemudian, pergi ke Portal eKasih untuk daftar akaun. Masukkan semua maklumat diri, pendapatan, tanggungan dan lain-lain yang diperlukan dengan betul dan tepat. Klik butang [Teruskan]. Tandakan pada perakuan diri. Tekan butang [Hantar]. Selesai SEMAKAN BANTUAN MYSARA Ikuti cara semakan secara online seperti berikut : Sila layari laman rasmi Portal MyKasih. Kemudian, klik [SEMAK STATUS] pada [Sumbangan Asas Rahmah (SARA)]. Masukkan Nombor Mykad pemohon. Seterusnya, masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan. Klik [Semak Status]. Status anda akan dipaparkan. Selesai RUJUKAN Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan di atas sahaja. Sekiranya anda ingin mengajukan soalan berkaitan di atas, boleh ajukan kepada pihak berwajib seperti di bawah : Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900. Emel : info@mykasih.com BACA JUGA : LOGIN MySTR 2024 : Kemaskini Maklumat & Permohonan Baharu CARA BUAT RAYUAN STR 2024 : SEBAB RAYUAN GAGAL TERLUPA KATA LALUAN STR : TUKAR PASSWORD BARU CARA PERMOHONAN RAYUAN STR (Senarai Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula) KEMASKINI STATUS BERKAHWIN STR : TUKAR STATUS PERMOHONAN STR : KEMASKINI DAN SEMAK KELAYAKAN CARA DAFTAR eKASIH 2024 : SEMAK KELAYAKAN BANTUAN About Author Panglima See author's posts Related BANTUAN KERAJAAN APA ITU MYSARA?CARA DAFTAR BANTUAN MYSARA RM1200 2024CARA DAFTAR eKASIH 2024CARA PEMBELIAN MYSARADAFTAR MYSARA 2024KAEDAH BAYARAN BANTUAN MYSARA RM1200 2024KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYSARA 2024LOGIN MySTR 2024PERBEZAAN KADAR PEMBERIAN MYSARA 2024 & 2023SEMAKAN BANTUAN MYSARASYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYSARA RM1200 2024