DAFTAR SKIM PERUBATAN MADANI : SEMAKAN ONLINE Panglima, February 20, 2024February 22, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialDAFTAR SKIM PERUBATAN MADANI : SEMAKAN ONLINE Tahukah anda cara daftar skim perubatan madani? Bermula 15 September 2023, Kerajaan Malaysia kini telah memberi inisiatif baharu iaitu Skim Perubatan Madani (SPM) dan memperluaskan keseluruh Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membantu golongan B40 untuk menampung keperluan kesihatan bagi kes-kes akut di klinik perubatan swasta (GP) secara percuma. Bagaimanakah cara register skim perubatan madani secara online? Ikuti penjelasan berikut disini. APA ITU SKIM PERUBATAN MADANI Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut). Secara dasar, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI bagi mengurangkan beban kos rawatan kesihatan di samping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah. SIAPA YANG LAYAK SKIM PERUBATAN MADANI Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang. Penerima yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK MENERIMA mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain seperti Iltizam Selangor Sihat, Perak Prihatin dan lain-lain. OBJEKTIF SKIM PERUBATAN MADANI Objektif Skim Perubatan MADANI adalah: Untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan golongan B40, terutamanya di kawasan bandar kerana dapat meningkatkan akses kepada rawatan penjagan primer akut di klinik-klinik perubatan swasta yang berdekatan dengan tempat kediaman atau bekerja. Untuk meningkatkan penglibatan pengamal perubatan swasta dalam rawatan primer akut, melalui kaedah Kerjasama Awam-Swasta (Public-Private Partnership (PPP)) MANFAAT SKIM PERUBATAN MADANI Manfaat Skim ini ialah penerima yang layak boleh menerima Rawatan Penjagaan Kesihatan Primer Akut secara PERCUMA di Klinik-klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI. SENARAI RAWATAN PERCUMA SKIM PERUBATAN MADANI Rawatan pesakit luar kes-kes akut seperti : Demam, selsema dan batuk. Cirit-birit dan muntah. Terseliuh Sakit kepala. Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain. Rawatan yang tidak termasuk adalah : Imunisasi rutin. Saringan kesihatan. Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin. Rawatan susulan ibu dan anak rutin. Perancangan keluarga rutin. Perkhidmatan rehabilitasi. Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor. Permintaan suplemen. SYARAT KELAYAKAN Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Warga emas yang tiada pasangan. Bujang *Kepada yang berkelayakan mendapat Skim Perubatan Madani diwajibkan untuk mengisytiharkan bahawa TIDAK pernah menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti skim ini dari mana-mana agensi perubatan lain/ kerajaan negeri/ majikan. JUMLAH RAWATAN YANG DITANGGUNG Isi Rumah Berkeluarga : Jumlah kos rawatan yang ditanggung adalah sebanyak RM250. Warga Emas (60 tahun keatas) yang tiada pasangan : Jumlah kos rawatan yang ditanggung ialah RM125. Kategori Bujang (21-59 tahun) dan Bujang berstatus OKU (19-59 tahun) : jumlah kos rawatan ditanggung adalah RM75. CARA DAFTAR SKIM PERUBATAN MADANI CARA DAFTAR DAN SEMAK SKIM PERUBATAN MADANI SECARA ONLINE. Sila semak kelayakan anda di Portal Rasmi Perubatan Madani : https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/. Kemudian, klik pada [Semak Kelayakan]. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon di ruangan [Nombor MyKad/Mykid/nombor pasport/dokumen pengenalan yang berdaftar]. Klik pada kotak [I’m not a robot]. Kemudian, scroll ke bawah dan anda akan dipaparkan status kelayakan anda (Anda LAYAK untuk Skim Perubatan MADANI). Sekiranya anda layak, sila tekan [Carian Klinik] untuk melihat klinik berhampiran anda. Sila pilih [Negeri] dan [Daerah] mengikut tempat tinggal semasa anda. Seterusnya, tekan [Cari Klinik] dan scroll ke bawah. Anda akan dipaparkan Nama dan tempat klinik berhampiran anda. Sila bawa Kad Pengenalan anda ke klinik berhampiran untuk terima rawatan. Had manfaat akan ditolak setelah anda selesai menerima rawatan di klinik perubatan swasta tersebut. Selesai RUJUKAN Jika terdapat sebarang pertanyaan dan masalah, anda boleh hubungi talian 03 86872525 atau emelkan ke info@protecthealth.com.my. Baca Juga : SKIM PERUBATAN MADANI : Rawatan Percuma Golongan Kurang Mampu CARA MOHON STR : PERMOHONAN BARU/KEMASKINI/RAYUAN DAFTAR EKASIH : SEMAKAN DAN PERMOHONAN BARU PeKa B40 (Semakan Kelayakan, Tuntutan Manfaat & Senarai Klinik) About Author Panglima See author's posts Related BANTUAN KERAJAAN Apa Itu Skim Perubatan Madani?CARA DAFTAR SKIM PERUBATAN MADANIDAFTAR SKIM PERUBATAN MADANIMANFAAT SKIM PERUBATAN MADANIOBJEKTIF SKIM PERUBATAN MADANIREGISTER SKIM PERUBATAN MADANISENARAI RAWATAN PERCUMA SKIM PERUBATAN MADANISIAPA YANG LAYAK SKIM PERUBATAN MADANI