DAFTAR STR 2024 : PERMOHONAN BARU Panglima, February 13, 2024February 21, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialDAFTAR STR 2024 : PERMOHONAN BARU Tahukah anda cara daftar str 2024? Permohonan baru Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibuka sepanjang tahun bermula 1 November 2023. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024, digalakan untuk daftar akaun dan kemukakan permohonan baru. Peruntukan untuk 60 peratus rakyat dewasa Malaysia sebanyak 10 billion ringgit. Bagaimanakah cara daftar permohonan baru str 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini. APA ITU STR? Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya. Sebelum ini, bantuan ini diberi nama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021), Bantuan Khas Covid19 (BKC), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM). KATEGORI PENERIMA STR 2024 Berikut adalah kategori yang layak menerima STR 2024 : Isi Rumah B40 dan M40. Warga Emas. Bujang SYARAT KELAYAKAN STR Berikut adalah syarat kelayakan mengikut kategori yang ditetapkan seperti di bawah : ISI RUMAH Kahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. WARGA EMAS TIADA PASANGAN Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah BUJANG Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan Had umur adalah 21-59 tahun; dan Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah. JUMLAH BAYARAN STR 2024 Berikut merupakan jumlah keseluruhan bayaran bantuan STR 2024 mengikut kategori, seperti di bawah : kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500. Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum RM300 sahaja. Namun, untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500. Kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3700 setahun mulai Januari 2024 berbanding RM3100 pada tahun 2023. DAFTAR STR 2024 Ikuti cara daftar permohonan baru STR 2024 seperti di bawah : Sila layari rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR); atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#. Klik butang [Permohonan Baharu STR] untuk membuat permohonan. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan pada bahagian [Maklumat Pemohon]. Jika status berkahwin, sila isikan [Maklumat Pasangan] dengan lengkap. Isikan [Maklumat Anak] jika ada. Pilih [Maklumat Waris] yang diperlukan. Kemudian, klik butang [Teruskan]. Seterusnya, isi kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan. Klik pada butang [SAHKAH CAPTCHA]. Kemudian, [Perakuan Pemohon] akan dipaparkan. Tandakan pada kotak [/] perakuan. Tekan [Hantar]. Permohonan anda berjaya dihantar. Selesai *PERHATIAN : Sekiranya data tidak wujud dalam sistem, sila hadir ke LHDNM berhampiran. DOKUMEN SOKONGAN Berikut merupakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk mengemukakan permohonan baru : Pemohon Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh JAIN / JPN; atau Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh JAIN / JPN; atau Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Pasangan Salinan pengenalan pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau Salinan pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan / Sijil lahir / KP lama. Anak Anak Kandung Salinan MyKad / MyKID dan Salinan Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN; atau Anak Angkat Salinan MyKad / MyKID dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN. RUJUKAN Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah : Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747 Hotline STR MoF : 03-8882 4565 / 4566 E-mel : str@mof.gov.my BACA JUGA : LOGIN MySTR 2024 : Kemaskini Maklumat & Permohonan Baharu CARA BUAT RAYUAN STR 2024 : SEBAB RAYUAN GAGAL TERLUPA KATA LALUAN STR : TUKAR PASSWORD BARU CARA PERMOHONAN RAYUAN STR (Senarai Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula) KEMASKINI STATUS BERKAHWIN STR : TUKAR STATUS PERMOHONAN STR : KEMASKINI DAN SEMAK KELAYAKAN About Author Panglima See author's posts Related BANTUAN KERAJAAN APA ITU STRCARA BUAT RAYUAN STR 2024DAFTAR STR 2024JUMLAH BAYARAN STR 2024KATEGORI PENERIMA STR 2024KEMASKINI STATUS BERKAHWIN STRLOGIN MySTR 2024PERMOHONAN STRSYARAT KELAYAKAN STRTERLUPA KATA LALUAN STR