HUKUM MAIN FOREX : HALAL ATAU HARAM Panglima, February 23, 2024February 24, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialHUKUM MAIN FOREX : HALAL ATAU HARAM Tahukah anda Hukum main forex? Fatwa kata haram, tapi ada yang kata harus? Jadi, apa hukum main forex yang sebenar ya? Perdagangan Forex melibatkan ramai individu dan organisasi. Sebahagian daripada mereka berdagang untuk mendapatkan keuntungan. Yang lain pula berdagang untuk melindungi risiko mereka. Selain dari itu, sebilangan pedagang menggunakan matawang asing untuk membayar barang dan perkhidmatan yang diperlukan. Jom kita lihat beberapa pendapat daripada alim ulamak yang muktabar berkenaan isu ini hasil daripada ringkasan yang diambil di FB muamalat.my yang ditulis oleh Dr Ahmad Sufian Che Abdullah, yang merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah dan Pengurusan Akademi Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Pakar Muamalat di Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Ahli Jawatankuasa Syariah di Kenanga Investment Bank dan Ahli Lembaga Penasihat di Syarikat Takaful Malaysia. APA ITU FOREX? Forex (FX) adalah singkatan kepada Foreign Exchange yang bermaksud Tukaran Mata Wang Asing. Asas Forex adalah sama seperti mana perniagaan lain iaitu membeli satu mata wang pada harga rendah dan menjualnya semula setelah ada kenaikan harga untuk mendapat keuntungan. Servis pasaran Forex tersedia 24 jam sehari. Ia dibuka lima hari seminggu dan beroperasi di seluruh dunia secara dalam talian. Ini bermakna, sesiapa pun di muka bumi ini mampu mengakses perdagangan matawang – beliau boleh membuka posisi jual dan beli pada bila-bila masa di hari berkerja. BAGAIMANA FOREX BERFUNGSI Salah satu perkara yang paling penting yang perlu difahami adalah fakta betapa pasaran Forex beroperasi dengan struktur yang terpencar (decentralized). Dalam lain perkataan, tidak ada satu pun lokasi fizikal di mana para pelabur pergi untuk melaksanakan perdagangan matawang. Pemain-pemain pasaran berada di seluruh dunia. Internet membantu mereka memeriksa sebut harga bagi pelbagai pasangan matawang dari pelbagai orang tengah (dealer). Pusat kewangan utama dunia membentuk pasaran tukaran matawang asing yang terbesar. Kota-kota besar di mana pusat-pusat ini berada adalah London, New York, Singapura, Tokyo, Frankfurt, Hong Kong, dan Sydney. Semua pusat-pusat ini dianggap seperti milestone oleh para pedagang. Untuk mendapatkan akses ke pasaran matawang interbank, para pedagang menggunakan servis broker Forex yang menghubungkan mereka dengan aliran pasaran antarabangsa. Berikut merupakan pendapat mengenai hukum main forex : 1. Prof Dr Rafiq Yunus al-Misri (2010), “Tijarah al-‘Umlah ‘Ibra al-Internet”, Journal Jami’ah al-Malik ‘Abd al-Aziz: al-Iqtisad al-Islami, j. 23, bil. 1. Keputusan: Hukumnya haram kerana spekulasi yang melampau, berbentuk gambling, dan tidak menepati kaedah sarf sebenar yang dikehendaki oleh Islam, iaitu riba serta penyumbang kepada krisis ekonomi. 2. Dr Wa’il Arabiyat & Dr Ahmad Abdullah al-‘Awn (2011) “al-Hukm al-Syar’i li al-Tijarah al-‘Umlat Bi Nizam al-Hamisy”, Journal of Jordan in Islamic Studies, j. 7, bil 1a. Keputusan: Kajian ini memberi fokus kepada kaedah margin dan laverage yang digunakan dalam FOREX trading online. Kajian ini menganggap semua transaksi berasaskan marjin dan leverage adalah haram kerana terdapat unsur qard yang menghasilkan keuntungan kepada platform dan ini adalah riba. Selain itu tidak berlaku qabd walaupun secara hukmi seperti yang disyaratkan dalam akad sarf. 3. Dr Wa’il Arabiyat & Dr Ahmad Abdullah al-‘Awn (2011) “Dawabit al-Syar’iyyah li al-Tijarah al-Iliktruniyyah fi al-Umlat al-Dawliyah”, Journal of Jordan in Islamic Studies, j. 7, bil 1b. Keputusan: Kajian ini memberi fokus kepada parameter urus niaga forex global secara elektronik. Berasaskan parameter yang diberikan, forex secara dalam talian gagal mematuhi parameter dan garis panduan Syariah kerana berunsur spekulasi sepenuhnya, tidak memenuhi syarat qabd walaupun secara hukmi. 4. Rafik Fakhry Omar Eleri Jones , (2015),”Critical evaluation of the compliance of online Islamic FOREX trading with Islamic principles”, International Journal of Islamic and Middle Eastern Finance and Management, Vol. 8 Iss 1 pp. 64 – 84 Keputusan: Kajian ini menilai semua urus niaga FOREX Online yang didakwa Islamic Trading. Penilaian dilakukan mendapati semua yang mendakwa islamic trading itu cuma menukar istilah, tanpa menukar apa-apa kontrak dan urus niaga masih tidak mematuhi kehendak Syariah terutama dalam bab sarf. Bahkan ia lebih jelas kepada bentuk perjudian kerana tahap gharar dan spekulasi yang tinggi 5. DR. MARJAN MUHAMMAD et.al (2011) Operasi Perdagangan Pertukaran Matawang Asing Oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik: Satu Sorotan Dari Sudut Syariah. RESEARCH PAPER (No: 24/2011), Kuala Lumpur: ISRA. Keputusan: Berdasarkan beberapa isu syariah yang diketengahkan termasuk isu qard, leverage, riba al-nasi’ah, rollover interest, qabd, menjual mata wang yan tiada dalam pegangan (qabd) dan spekulasi yang melibatkan perjudian, ternyata operasi individual spot forex secara online tidak menepati tuntutan syarak yang telah digariskan berhubung jualbeli mata wang. 6. Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan. Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah memutuskan bahawa hukum main forex @ perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini. 7. Fatwa Majelis Ulama Indonesia (MUIN) No: 28/DSN-MUI/III/2002 tentang Hukum Main Forex @ Jual Beli Mata Uang (Al-Sharf) Keputusan: Fatwa hanya mengharuskan hukum main forex jika FOREX dilakukan bukan tujuan spekulasi (mengambil untung atas perubahan harga), untuk keperluan, dan berjaga-jaga. Oleh kerana FOREX online adalah tujuannya spekulasi, maka ia tidak mematuhi keharusan ini (hukum main forex bukanlah harus jika ia berkait dengan spekulasi). 8. Fatwa Negeri Perak Tentang Forex Keputusan: Jabatan Mufti Negeri Perak memutuskan hukum main FOREX adalah harus jika tidak bertujuan untuk spekulasi. Oleh kerana FOREX ONLINE adalah 100% berbentuk spekulasi, maka ia tidak mematuhi keharusan yang disyaratkan itu. Bagi yang menggunakan fatwa perak mengatakan harus, baca baik-baik fatwa dan bandingkan dengan apa yang trader lakukan. 9. Majma’ Fiqh Islami Sedunia Tentang Trade With Margin tahun 2006. Keputusan: Perniagaan dengan margin dan leverage jika melibatkan FOREX, adalah haram dan berunsur riba. 10. Dr Bisyr Muwaffaq Lutfi (2009), al-Tadawul al-Ilikruniki Lil al-‘Umlat. Amman: Dar Al-Nafa’is. Buku ini merupakan tesis master beliau berkenaan forex Online. Versi khas ebook boleh dimuatkan turun di web portal beliau iaitu Iefpedia Pedia. Hasil kajian beliau, didapati forex Online mengandungi unsur haram sama seperti yang disebutkan dalam kajian ISRA (Nombor 5 di atas) kerana faktor trade with margin, roll over, leverage, qabd yang dipertikaikan, dan spekulasi tulen. Buku ini turut memuatkan keburukan dagangan spekulasi mata wang dalam perspektif ekonomi Islam. Bahkan dalam edisi elektronik dimuatkan tambahan berkenaan dengan forex Islamic. Pada kajian beliau forex Islamic pun tidak terlepas daripada unsur haram juga. Baca Juga : Tips Menjadi Trader Forex yang Berjaya di Malaysia SENARAI BROKER FOREX TERBAIK DI MALAYSIA About Author Panglima See author's posts Related BISNES DAN PERBANKAN APA ITU FOREX?BAGAIMANA FOREX BERFUNGSIFOREX HALAL ATAU HARAMHUKUM MAIN FOREXSENARAI BROKER FOREXTips Menjadi Trader Forex yang Berjaya