KILL SWITCH AFFIN BANK : CARA AKTIFKAN Panglima, February 23, 2024February 24, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialKILL SWITCH AFFIN BANK : CARA AKTIFKAN Tahukah anda cara aktifkan Kill Switch Affin Bank? Kalau Anda rasa macam Anda kena tipu atau ada aktiviti mencurigakan dalam akaun bank online Anda, Kill Switch ni boleh tolong Anda. Ia akan jaga duit Anda dan pastikan keselamatan akaun Anda terjamin. APA ITU KILL SWITCH AFFIN BANK Kill Switch Affin Bank ialah ciri keselamatan layan diri yang melindungi wang anda daripada scam dalam talian dan meningkatkan tahap keselamatan perbankan dalam talian anda. Sekiranya anda mengesyaki bahawa anda terkena scam, lindungi wang anda dengan menggunakan ‘Kill Switch’ untuk menyahaktifkan akses AffinAlways.com. APA KILL SWITCH AFFIN BANK BOLEH BUAT Kill Switch akan log keluar Anda daripada semua sesi aktif dalam AffinAlways.com secara automatik. Maknanya, sesi penipu tak boleh sambung main dalam akaun Anda. Ia juga akan block sebarang percubaan nak log masuk dalam akaun Anda. Jadi, penipu takde peluang nak try and error sampai berjaya. CARA AKTIFKAN KILL SWITCH AFFIN BANK Langkah-langkah cara aktifkan AffinAlways kill switch: Pertama sekali, Anda perlu klik Kill Switch kat laman log masuk AffinAlways. Lepas tu, Anda akan dapat alert message yang kata Proceed. Anda klik je Proceed. Then, Anda kena masukkan Username dan Nombor ID untuk pengesahan profil Anda, lepas tu klik Continue. Kalau semua ok, Anda akan nampak mesej yang bagitau yang Kill Switch Anda berjaya diaktifkan. Sekiranya berjaya, Anda akan terima SMS yang bagitau yang Kill Switch Anda dah berjaya diaktifkan. Jadi, Anda akan tahu yang akaun Anda dalam keadaan selamat. APA AKAN BERLAKU SELEPAS AKTIFKAN KILL SWITCH AFFIN Lepas Anda dah aktifkan Kill Switch, ni senarai benda yang Anda boleh buat dan tak boleh buat dalam AffinAlways. Ciri Kill Switch: Mengunci akses ID Pengguna AffinAlways Apa yang Anda masih boleh buat: Terima duit dalam akaun Anda Buat bayaran dengan kad debit / kredit Jalankan arahan berdiri (kalau ada) Keluarkan duit atau buat transaksi melalui ATM Apa yang Anda tak boleh buat lagi: Log masuk ke AffinAlways Buat Affin online transfer, bayaran bil, dan transaksi perbankan dalam talian lain. CARA UNLOCK KEMBALI AKSES PENGGUNA SELEPAS AKTIFKAN KILL SWITCH Anda boleh call Pusat Hubungan di 03-8230 2222 dari jam 8.00 pagi sampai 12.00 malam untuk bantuan lanjut. Dorang akan tolong Anda selesaikan masalah tu. Kalau Anda tak aktifkan semula akses ID Pengguna AffinAlways Anda, takde hal la. Duit Anda masih selamat dalam akaun bank. Tapi, Anda mungkin tak boleh buat transaksi. Jangan risau, akses Anda takkan terusik dalam tempoh 12 bulan, tapi lepas tu, Anda kena register balik untuk akses AffinAlways yang baru kat cawangan AFFIN terdekat Anda. Jadi, Anda takyah risau pasal keselamatan akaun online Anda. Jadi, kalau Anda suspect ada yang tak kena, teruskan je dan aktifkan Kill Switch. Baca Juga : CARA DAFTAR, LOGIN AffinAlways : FIRST TIME DAFTAR AFFIN BANK ONLINE : AffinAlways CUSTOMER SERVICE AFFIN BANK : CARA BUAT ADUAN About Author Panglima See author's posts Related BISNES DAN PERBANKAN APA AKAN BERLAKU SELEPAS AKTIFKAN KILL SWITCH AFFINAPA ITU KILL SWITCH AFFIN BANKAPA KILL SWITCH AFFIN BANK BOLEH BUATCARA AKTIFKAN KILL SWITCH AFFIN BANKCARA DAFTARCARA UNLOCK KEMBALI AKSES PENGGUNA SELEPAS AKTIFKAN KILL SWITCHCUSTOMER SERVICE AFFIN BANKDAFTAR AFFIN BANK ONLINEKILL SWITCH AFFIN BANKLOGIN AffinAlways