LOGIN MySTR 2024 : Kemaskini Maklumat & Permohonan Baharu Panglima, February 21, 2024February 22, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialLOGIN MySTR 2024 : Kemaskini Maklumat & Permohonan Baharu LOGIN MySTR 2024 : Kemaskini Maklumat dan permohonan baharu kini boleh dilakukan bermula 1 November ini oleh seluruh rakyat Malaysia. Seperti sedia maklum, inisiatif istimewa ini adalah merupakan bantuan berbentuk bantuan kewangan yang diberikan kepada mejoriti golongan yang memerlukan. APA ITU STR? Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya. Sebelum ini, bantuan ini diberi nama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021), Bantuan Khas Covid19 (BKC), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM). SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN STR 2024 ISI RUMAH Kahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. WARGA EMAS TIADA PASANGAN Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah BUJANG Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan Had umur adalah 21-59 tahun; dan Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah. LOGIN MYSTR 2024 : KEMASKINI MAKLUMAT TERKINI Program pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah atau dikenali sebagai STR telah diperkenalkan pada tahun ini oleh kerajaan perpaduan. Untuk makluman, pembayaran bagi STR tahun 2023 telahpun selesai dibayar kepada kesemua penerima yang terlibat. Kini pembayaran STR akan mula disalurkan berperingkat bagi sesi tahun 2024 pula bermula pada bulan Februari tahun hadapan. Bermula 1 November lalu, kerajaan telah membuka permohonan baru dan pengemaskinian maklumat terkini boleh dilakukan oleh penerima sedia ada. Golongan yang perlu membuat kemaskini adalah seperti dibawah. Penerima STR 2023 Yang mempunyai sebarang perubahan maklumat Permohonan yang tdiak dikemaskini dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut sepanjang perlaksanaan bantuan BPR, BKM dan STR Kemaskini dikecualikan kepada kategori warga emas dan pendalaman Sarawak dan Sabah TUJUAN KEMASKINI MAKLUMAT MYSTR 2024 Pengemaskinian maklumat ini dibuka adalah bertujuan untuk mengesahkan maklumat baharu kepada penerima STR. Antara perkara yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut : Nombor telefon bimbit Status perkahwinan Pekerjaan semasa Pendapatan kasar bulanan isi rumah (Diri & pasangan) Nama bank Alamat terbaru Nombor akaun bank Alamat email Maklumat pasangan dan anak (Kategori isi rumah) Maklumat wakil SEMAKAN STATUS & PERMOHONAN BAHARU MYSTR 2024 Bermula hari ini, anda boleh membuat semakan status Sumbangan Tunai Rahmah secara online. Bagi mereka yang bukan penerima STR 2023, permohonan boleh dikemukakan bermula 1 November bagi mendapatkan manfaat bantuan yang disediakan pada tahun hadapan. Untuk semakan status dan permohonan baharu, panduan telah disediakan, sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI Segala maklumat dan rujukan yang anda perlukan ada di laman rasmi tersebut. BACA JUGA : TERLUPA KATA LALUAN STR : TUKAR PASSWORD BARU CARA PERMOHONAN RAYUAN STR (Senarai Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula) KEMASKINI STATUS BERKAHWIN STR : TUKAR STATUS PERMOHONAN STR : KEMASKINI DAN SEMAK KELAYAKAN About Author Panglima See author's posts Related BANTUAN KERAJAAN APA ITU STRCARA PERMOHONAN RAYUAN STRKEMASKINI STATUS BERKAHWIN STRLOGIN MySTR 2024PERMOHONAN STRSEMAKAN STATUS & PERMOHONAN BAHARU MYSTR 2024SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN STR 2024TERLUPA KATA LALUAN STRTUJUAN KEMASKINI MAKLUMAT MYSTR 2024