FLYSISWA : SUBSIDI TIKET PENERBANGAN PELAJAR IPT Panglima, February 21, 2024February 22, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialFLYSISWA : SUBSIDI TIKET PENERBANGAN PELAJAR IPT Tahukah anda cara mohon FLYSISWA iaitu subsidi tiket penerbangan yang diberi kepada pelajar IPT? Subsidi ini telah diumumkan oleh kementerian Pengangkutan (MOT). APAKAH FLYSIWA FLYSISWA adalah bantuan Subsidi tiket penerbangan kepada pelajar IPT. Subsidi ini telah di umumkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) Sah bagi perjalanan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Ini bermakna, pelajar IPT Semenanjung yang melanjutkan pengajian di IPT Sabah/Sarawak dan pelajar IPT di Sabah/Sarawak boleh mendapatkan tiket penerbangan mereka pada harga yang lebih murah setelah ditolak dengan pemberian subsidi oleh kerajaan ini. KADAR SUBSIDI FLYSISWA Kadar subsidi bagi FLYSISWA adalah sebanyak RM300 bagi tiket penerbangan pelajar universiti awam untuk laluan domestik Semenanjung, Sabah, Sarawak. Di bayar secara One-Off MATLAMAT DAN TUJUAN FLYSISWA Meringankan beban khususnya pelajar dari kalangan B40 Meringankan beban keluarga pelajar Membantu pelajar fokus kepada pembelajaran kerana ada dari kalangan pelajar terpaksa bekerja separuh masa untuk mencukupkan perbelanjaan harian. Pemberian bantuan subsidi ini bakal memanfaatkan 56,000 pelajar IPTA dengan kos yang dikeluarkan kerajaan sebanaya RM16.8 juta. SYARAT PERMOHONAN FLYSISWA Antara terma dan syarat bagi bantuan subsidi tiket penerbangan ini adalah seperti berikut: Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam pada tahun 2023 dalam kategori berikut; berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung Malaysia; berasal dari Semenanjung Malaysia (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan; berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan; berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak. Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan); Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Aviation Group (Malaysia Airlines/ MASwings/ FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline; Permohonan baucar hanya dibenarkan sekali sahaja daripada mana-mana satu (1) syarikat penerbangan; dan Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan. TARIKH SEMAK KELAYAKAN FLYSISWA Untuk makluman pemberian subsidi ini akan bermula pada 15 Ogos 2023. Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan. CARA SEMAK KELAYAKAN FLYSISWA semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan (https://subsidiudara.mot.gov.my/) pelajar yang layak boleh memohon bantuan itu daripada mana-mana satu syarikat penerbangan. CARA MOHON FLYSISWA DAN CARA PEMBELIAN TIKET Setelah membuat semakan, pelajar yang layak boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan dariapda mana-mana satu syarikat penerbangan berikut: Malaysia Airlines (termasuk MASwings dan Firefly) AirAsia BatikAir MYAirline Pemberian bantuan subsdidi tiket kapal terbang ini akan dilaksanakan melalui kaedah pemberian credit shell iaitu syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi pembelian tiket penerbangan laluan domestik. Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya. CARA BUAT RAYUAN FLYSISWA Pelajar yang tidak layak menerima bantuan subsidi penerbangan FlySiswa ini boleh membuat rayuan kepada Kementerian Pendidikan melalui universiti masing-masing. Buat masa ini, pelajar yang layak adalah pelajar yang berdaftar di universiti awam sehingga tahun akademik 2022/2023 pada 30 Jun 2023. Sumber: Jabatan Komunikasi Komuniti Baca Juga : PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG 2023 (Syarat & Kelayakan) PINJAMAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN MARA (DIPLOMA & IJAZAH) About Author Panglima See author's posts Related BANTUAN KERAJAAN APAKAH FLYSIWACARA BUAT RAYUAN FLYSISWACARA MOHON FLYSISWACARA PEMBELIAN TIKET FLYSISWACARA SEMAK KELAYAKAN FLYSISWAFLYSISWAKADAR SUBSIDI FLYSISWAMATLAMAT DAN TUJUAN FLYSISWASUBSIDI TIKET PENERBANGAN PELAJAR IPTSYARAT PERMOHONAN FLYSISWATARIKH SEMAK KELAYAKAN FLYSISWA