MySALAM : DAFTAR DAN SEMAK KELAYAKAN ONLINE Panglima, February 20, 2024February 22, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialMySALAM : DAFTAR DAN SEMAK KELAYAKAN ONLINE Tahukah anda cara daftar skim MySalam? mySalam merupakan satu bantuan daripada kerajaan untuk memberikan skim takaful percuma buat individu yang tidak berkemampuan.Rakyat Malaysia yang menepati syarat kelayakan mySalam layak untuk mendapat bantuan ini. APA ITU MySALAM Skim mySalam merupakan satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan kepada individu yang layak. Objektif inisiatif ini adalah untuk menyediakan skim perlindungan kesihatan sosial bagi membantu golongan miskin mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal. MANFAAT SKIM MySALAM Berikut adalah merupakan manfaat skim ini iaitu: Membantu golongan miskin mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal Bayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila peserta didiagnos dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal. Bayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari (tertakluk kepada klausa pengecualian) SYARAT KELAYAKAN MySALAM Seseorang itu layak untuk menerima manfaat daripada mySalam jika mereka memenuhi kriteria berikut: CARA SEMAK KELAYAKAN MySALAM Semakan kelayakan Mysalam boleh dibuat dengan cara: layari laman web https://www.mysalam.com.my Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda (-) Klik butang semak. Menghantar e-mel ke info@mysalam.com.my Hubungi talian mySalam: 1 300 888 938 JENIS TUNTUTAN My SALAM Berikut adalah merupakan jenis tuntutan melalui inisiatif ini iaitu: Tuntutan Penyakit Kritikal Tuntutan Hospitalisasi KADAR BAYARAN My SALAM Berikut adalah merupakan jumlah bayaran mengikut situasi iaitu: Bayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila peserta didiagnos dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal. Bayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari (tertakluk kepada klausa pengecualian, sila rujuk butang kelayakan untuk maklumat lanjut). TARIKH PERMOHONAN TUNTUTAN MySALAM Tuntutan untuk manfaat Hospitalisasi atau Penyakit Kritikal dibuka sehingga 30 Jun 2024, dengan syarat tarikh kemasukan ke hospital atau diagnosis penyakit kritikal berlaku semasa tempoh kelayakan (2019 hingga 2023) CARA TUNTUTAN PENYAKIT KRITIKAL My SALAM Kepada anda yang ingin membuat tuntutan penyakit kritikal, berikut adalah merupakan caranya: Layari portal MySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan) Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’ Log masuk kembali ke Mysalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik dokumen yang tersenarai seperti berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang) Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan. CARA TUNTUTAN HOSPITALISASI My SALAM Kepada anda yang ingin membuat tuntutan hospitalisasi, berikut adalah merupakan caranya: Layari portal MySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan) Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik dokumen yang tersenarai seperti berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg Salinan Nota Discaj Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang) Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan. SENARAI PENYAKIT DILINDUNGI MySALAM Ini adalah 45 senarai penyakit kritikal yang dilindungi di bawah skim mySalam Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari Meningitis Bakteria – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian Tumor Otak Benign – Keterukan Tertentu Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih Pembedahan Otak Kanser – Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal Kardiomiopati – Keterukan Tertentu Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang Koma – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan Pembedahan Pintasan Arteri Koronari Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian Kegagalan Hati Tahap Akhir Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir AIDS Dengan Gejala Penuh Hepatitis Viral Fulminan Serangan Jantung – Keterukan Tertentu Pembedahan Injap Jantung Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah Kegagalan Buah Pinggang – Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari) Hilang Keupayaan Bertutur Trauma Kepala Major (Teruk) – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang Penyakit Neuron Motor – Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan Sklerosis Multipel Distrofi Otot Kelumpuhan Anggota Penyakit Parkinson – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan Tertentu Penyakit Arteri Koronari Serius Strok/Angin Ahmar – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan Pembedahan Aorta Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk Kelecuran Tahap Ketiga – Keterukan Tertentu Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan Penyakit Terminal (Membawa Maut) Penyakit Sistik Medular Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan) Poliomielitis Skleroderma Progresif Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik Elefantiasis (Penyakit Untut) Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila) CARA MOHON MySALAM Perlu diingat bahawa tiada permohonan perlu dibuat untuk mySalam 2024. Untuk senarai penerima terkini, ianya adalah berdasarkan penerima dan pasangan yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) tahun 2020 dan juga Sumbangan Tunai Rakyat STR 2023. BACA JUGA : LOGIN MySTR 2024 : Kemaskini Maklumat & Permohonan Baharu CARA BUAT RAYUAN STR 2024 : SEBAB RAYUAN GAGAL TERLUPA KATA LALUAN STR : TUKAR PASSWORD BARU CARA PERMOHONAN RAYUAN STR (Senarai Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula) KEMASKINI STATUS BERKAHWIN STR : TUKAR STATUS PERMOHONAN STR : KEMASKINI DAN SEMAK KELAYAKAN About Author Panglima See author's posts Related BANTUAN KERAJAAN APA ITU MySALAMCARA MOHON MySALAMCARA SEMAK KELAYAKAN MySALAMCARA TUNTUTAN HOSPITALISASI My SALAMCARA TUNTUTAN PENYAKIT KRITIKAL My SALAMJENIS TUNTUTAN My SALAMKADAR BAYARAN My SALAMMANFAAT SKIM MySALAMSENARAI PENYAKIT DILINDUNGI MySALAMSYARAT KELAYAKAN MySALAMTARIKH PERMOHONAN TUNTUTAN MySALAM