PADU : LOGIN, DAFTAR & KEMASKINI PROFIL Panglima, February 21, 2024February 22, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialPADU : LOGIN, DAFTAR & KEMASKINI PROFIL Tiada tindakan akan dikenakan kepada mereka yang tidak kemaskini maklumat di Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 2 Januari ini. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata bagaimanapun mereka terbabit berisiko untuk tercicir daripada menerima subsidi bersasar yang akan menggunakan data dikemas kini dalam PADU kelak. Beliau berkata, risiko keciciran boleh berlaku memandangkan kerajaan hanya menggunakan maklumat sedia ada dan maklumat yang dikemas kini dalam PADU untuk menentukan profil isi rumah dan kelayakan bagi mereka yang layak untuk mendapatkan subsidi bersasar atau sebaliknya. APA ITU SISTEM PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)? Pangkalan Data Utama (PADU), mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber. Sistem PADU akan dibuka kepada pengguna bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2024 bagi tujuan kemaskini dan pengesahan maklumat individu, manakala bermula 1 April 2024, data dan maklumat yang dikemukakan dalam sistem itu akan dianalisis berdasarkan kes gunaan untuk menentukan kumpulan sasar bagi penyasaran semula subsidi. Majlis Peluncuran PADU telah diadakan di Dewan Perdana, Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada hari Selasa 2 Januari 2024. Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Ekonomi YB Rafizi Ramli telah hadir bagi merasmikan majlis ini. OBJEKTIF & MATLAMAT SISTEM PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) Berikut merupakan objektif pengenalan Sistem Pangkalan Data Utama : Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala. Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data. Membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal. Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) diperkenalkan untuk mencapai matlamat berikut: Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan. Mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad. Memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat. Merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat. KENAPA PERLU DAFTAR PADU? Dengan mendaftar dan mengemaskini maklumat dalam portal ini, anda dapat memastikan anda tidak tercicir daripada menerima bantuan atau perlindungan sosial sekiranya layak. Tempoh tiga (3) bulan pengemaskinian maklumat dalam Fasa 1 untuk membolehkan Kerajaan memproses data berkenaan bagi menentukan kelayakan individu berdasarkan jenis bantuan Kerajaan. CARA TUNTUT Kad Touch n’ Go NFC PERCUMA Berikut adalah atur cara Majlis Peluncuran Pangkalan Data Utama, 2 Januari 2024. Seperti yang diumum sebelum ini, 3,000 individu yang mendaftar ke dalam sistem Pangkalan Data Utama layak mendapat kad Touch n’ Go NFC secara percuma. Ikuti langkah-langkah ini: Tunggu sistem PADU dibuka secara rasmi selepas sesi perasmian YAB Perdana Menteri pada tengah hari 2 Januari 2024. Pautan rasmi di www.padu.gov.my Daftar maklumat anda ke dalam sistem PADU melalui peranti sendiri ataupun di kaunter yang disediakan di luar Dewan Perdana, Putrajaya International Convention Centre (PICC). Tunjukkan bukti pendaftaran anda kepada petugas di kaunter pendaftaran PICC. Anda layak terima kad Touch n’ Go NFC sekiranya stok masih ada. Nota penting: Kad Touch n’ Go NFC hanya boleh dituntut di kaunter PADU_PICC. Kaunter akan dibuka sehingga jam 5 petang, 2 Januari 2024. Selagi stok masih ada. Siapa cepat dia dapat. Tunggu sistem PADU dibuka secara rasmi selepas sesi perasmian YAB Perdana Menteri pada tengah hari 2 Januari 2024. Pautan PADU di www.padu.gov.my. 3 LANGKAH DAFTAR PADU SECARA ONLINE Berikut adalah langkah yang perlu dilakukan untuk mendaftar: MAKLUMAT ASAS Layari www.padu.gov.my. Tekan butang ‘DAFTAR SEKARANG’. Maklumat pendaftaran mestilah sama seperti yang tertera pada kad pengenalan. Isikan nombor telefon bimbit dan e-mel yang sah serta aktif untuk penerimaan OTP. PENGESAHAN AKAUN Anda perlu mengisi OTP yang diterima melalui e-mel atau SMS dalam tempoh 3 minit. Permohonan semula diperlukan sekiranya tidak menerima OTP dalam tempoh ditetapkan atau tamat tempoh pengisian. TETAPKAN KATA LALUAN Kata laluan mestilah ditetapkan dengan kombinasi huruf besar, kecil dan simbol istimewa. Kata laluan ini diperlukan untuk log masuk bagi proses pengemaskinian maklumat. Berikut adalah 3 langkah mudah eKYC, iaitu proses pengesahan identiti bagi melindungi maklumat individu: Setelah berjaya mendaftar, anda akan mendapat notifikasi melalui telefon bimbit seperti berikut: LANGKAH DAFTAR PADU SECARA MANUAL DI KAUNTER Memandangkan capaian internet di bandar dan luar bandar yang berbeza, maka kerajaan telah memperkenalkan pelbagai mod pendaftaran dan pengemaskinian maklumat setiap warganegara Malaysia di sistem Sistem Pangkalan Data Utama: Bagi pendaftaran secara manual, pastikan anda membawa dokumen berikut: Kad pengenalan & salinan kad pengenalan Maklumat bank Pendidikan tertinggi Maklumat pekerjaan Maklumat pendapatan Maklumat komitmen INFO TAMBAHAN PANGKALAN DATA UTAMA Walaupun anda sekarang tidak memerlukan sebarang bantuan daripada kerajaan, anda digalakkan mendaftar dan membuat pengemaskinian bagi memastikan anda tidak tercicir untuk mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan. Sedikit maklumat tambahan: Adakah Sistem Pangkalan Data Utama@PADU sama dengan program ID Digital Nasional (IDN)? Jawapan: TIDAK. Sistem Pangkalan Data Utama merupakan satu pangkalan data yang mengandungi maklumat individu manakala IDN merupakan pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu untuk melaksanakan urusan dalam talian. Buat masa kini, Sistem Pangkalan Data Utama menggunakan pengesahan identiti individu melalui e-KYC (Electronic Know Your Customer) sahaja. Pengintegrasian IDN dengan Sistem Pangkalan Data Utama akan dilaksanakan kelak. MAKLUMAT LANJUT Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan portal PADU di laman web rasmi https://padu.gov.my/ Baca Juga : PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) : CARA KEMASKINI CARA KEMASKINI PADU: PENGESAHAN MAKLUMAT PERIBADI PENDAFTARAN PADU : LAYARI https://padu.gov.my/ About Author Panglima See author's posts Related BANTUAN KERAJAAN 3 LANGKAH DAFTAR PADU SECARA ONLINEAPA ITU SISTEM PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)?CARA TUNTUT Kad Touch n’ Go NFC PERCUMADAFTAR & KEMASKINI PROFILINFO TAMBAHAN PANGKALAN DATA UTAMAKENAPA PERLU DAFTAR PADU?LANGKAH DAFTAR PADU SECARA MANUAL DI KAUNTEROBJEKTIF & MATLAMAT SISTEM PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)PADU: LOGIN