HUTANG LPPSA : CARA MOHON PELAN PENYELESAIAN Panglima, February 20, 2024February 22, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialHUTANG LPPSA : CARA MOHON PELAN PENYELESAIAN Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan Pelan Penyelesaian Hutang LPPSA. Kepada pesara kerajan yang ingin menyelesaikan hutang, kini Kerajaan telah memperkenalkan kaedah Pelan Penyelesaian Hutang (DSP) kepada peminjam yang bersara / meninggalkan perkhidmatan. semoga membantu. Baca Juga : PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT 2023(Cara Permohonan & Semakan Status) APA ITU PELAN PENYELESAIAN HUTANG LPPSA (DSP) Pelan Penyelesaian Hutang (Debt Settlement Plan, DSP) bagi memulihkan dan menyelesaikan hutang sivil pelanggan yang meninggalkan perkhidmatan atau bersara tidak berpencen melalui penjadualan semula bayaran balik pembiayaan. DSP membantu peminjam meneruskan bayaran ansuran bulanan di dalam tempoh pembiayaan asal berbanding bayaran penyelesaian sekaligus. KATAGORI PELAN PENYELESAIAN HUTANG LPPSA (DSP) Pelan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu: DSP 1 DSP 2 SYARAT KELAYAKAN PELAN PENYELESAIAN HUTANG LPPSA (DSP) Berikut adalah merupakan syarat kelayakan DSP yang ditetapkan mengikut katagori iaitu: KRITERIA DSP 1` DSP 2 SYARAT PEMOHON Kelayakan Meninggalkan Perkhidmatan/ Bersara Tidak Berpencen TIDAK termasuk diberhentikan kerja (masalah tatatertib) Bukan seorang penghutang penghakiman atau bankrap Tidak layak DSP 1 Bukan seorang Bankrap Mempunyai kemampuan bayaran balik SYARAT KELULUSAN Status Akaun Tunggakan tidak melebihi 12 ansuran bulanan semasa kelulusan Hartanah belum dilelong Hartanah belum dilelong Tempoh Permohonan Tidak melebihi 12 bulan dari tarikh tamat / meninggalkan perkhidmatan Tiada had Kadar Faedah/Keuntungan Ditentukan oleh LPPSA mengikut pelan Sekiranya tunggakan melebihi 3 ansuran bulanan, kadar 7% setahun akan dikenakan ke atas baki pembiayaan sehingga tamat tempoh pembiayaan/ penyelesaian penuh. 7% setahun sehingga tamat tempoh pembiayaan Bayaran Balik Ansuran bulanan bermula sebulan selepas kelulusan Tempoh Pembiayaan asal Tidak berubah Syarat-Syarat Lain Pembiayaan Tidak berubah TARIKH PERMOHONAN KELAYAKAN PENYELESAIAN HUTANG (DSP) Pelan DSP ini boleh dimohon bermula 1 Oktober 2022 DOKUMEN DIPERLUKAN Dokumen yang wajib diperlukan: DSP 1 DSP 2 Surat pengesahan dan sokongan majikan Surat Permohonan Borang Rayuan Bayaran Balik 3 bulan Slip Gaji/ Pengesahan majikan/ Penyata KWSP yang terkini 3 bulan Penyata Akaun Bank (bagi yang berniaga)/ bukti pendapatan lain Surat akuan bersumpah (sekiranya tiada item 3 dan 4) Dokumen sokongan lain (sekiranya perlu) CARA PERMOHONAN KELAYAKAN PENYELESAIAN HUTANG (DSP) Kepada anda yang ingin membuat permohonan DSP, berikut adalah merupakan caranya: Layari Permohonan melaui saluran Portal DSP. Pada paparan utama klik pada borang permohonan mengikut kelayakan anda iaitu:L Borang Permohonan DSP 1 Borang Permohonan DSP 2 Isikan dengan lengkap maklumat yang diperlukan Setelah lengkap klik Hantar Penerimaan tawaran melalui saluran Portal DSP dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kelulusan. CARA BAYARAN ANSURAN KELAYAKAN PENYELESAIAN HUTANG (DSP) Bagi tujuan pembayaran balik pembiayaan, bayaran perlulah dibuat dengan menggunakan nombor Akaun Virtual CIMB (VA) 98<> yang dikhususkan kepada peminjam melalui kaedah yang tertera dibawah: Tunai di Kaunter CIMB seluruh Malaysia, atau; Online melalui IBG, IBFT, RENTAS, Maybank2U atau CIMBClicks, atau; Mesin layan diri CIMB Bank – ATM dan Deposit Tunai. Nota: Tatacara pembayaran (E-bayaran) boleh dirujuk pada pautan https://myfinancing.lppsa.gov.my/my/e-bayaran SOALAN LAZIM ( FAQ) KELAYAKAN PENYELESAIAN HUTANG Anda boleh merujuk soalan lazim menerusi pautan di bawah: Soalan Lazim DSP MAKLUMAT LANJUT Untuk dapatkan maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, anda boleh merujuk saluran berikut: Portal Pelan Penyelesaian Hutang (DSP) Hubungi pegawai LPPSA di talian 0388801600 Portal Pertanyaan /Aduan Rasmi LPPSA: https://etiket.lppsa.gov.my About Author Panglima See author's posts Related BANTUAN KERAJAAN APA ITU PENYELESAIAN HUTANG (DSP)CARA BAYARAN ANSURAN KELAYAKAN PENYELESAIAN HUTANG (DSP)CARA PERMOHONAN KELAYAKAN PENYELESAIAN HUTANG (DSP)DOKUMEN DIPERLUKANKATAGORI PENYELESAIAN HUTANG (DSP)PERMOHONAN PELAN PENYELESAIAN HUTANG LPPSA (DSP Kategori 1 & 2)PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT 2023(Cara Permohonan & Semakan Status)SOALAN LAZIM ( FAQ) KELAYAKAN PENYELESAIAN HUTANGSYARAT KELAYAKAN PENYELESAIAN HUTANG (DSP)TARIKH PERMOHONAN KELAYAKAN PENYELESAIAN HUTANG (DSP)