PENDAFTARAN PADU : LAYARI https://padu.gov.my/ Panglima, February 21, 2024February 22, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialPENDAFTARAN PADU : LAYARI https://padu.gov.my/ Tahukah anda cara Pendaftaran PADU? Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akan dibuka kepada orang ramai untuk validasi atau pengesahan maklumat peribadi bermula Januari ini. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata kerajaan memerlukan maklumat yang tepat mengenai keadaan sosioekonomi setiap keluarga, tidak cukup hanya dengan maklumat nama dan tempat tinggal. “Tanpa pangkalan data ini, berapa banyak peruntukan dibelanjakan pun, ia belum tentu dapat memenuhi sasaran sistem bantuan sosial. Sebab itu saya fokuskan kepada satu pangkalan data menyeluruh ke arah itu,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial X rasmi beliau. APA ITU PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) Pangkalan Data Utama (PADU), mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber. Sistem PADU akan dibuka kepada pengguna bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2024 bagi tujuan kemaskini dan pengesahan maklumat individu, manakala bermula 1 April 2024, data dan maklumat yang dikemukakan dalam sistem itu akan dianalisis berdasarkan kes gunaan untuk menentukan kumpulan sasar bagi penyasaran semula subsidi. Majlis Peluncuran PADU telah diadakan di Dewan Perdana, Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada hari Selasa 2 Januari 2024. Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Ekonomi YB Rafizi Ramli telah hadir bagi merasmikan majlis ini. ADAKAH PADU SAMA DENGAN ID DIGITAL NASIONAL (IDN) Tidak. Pangkalan Data Utama (PADU) dan Identiti Digital Nasional (IDN) merupakan dua perkara yang berlainan. Tapi, apakah beza kedua-duanya? PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) Ia adalah platform komprehensif yang mengandungi maklumat profil individu dan isi rumah meliputi warganegara serta pemastautin tetap di Malaysia. Anda boleh membuat semakan dan pengemaskinian maklumat secara terus dalam sistem PADU. IDENTITI DIGITAL NASIONAL (IDN) IDN adalah sistem pengesahan identiti secara dalam talian yang menekankan aspek keselamatan. Ia merupakan pengesahan pengguna untuk perkhidmatan dalam talian dan transaksi digital. Kesimpulannya, PADU dan IDN adalah dua perkara yang berbeza. TARIKH PENDAFTARAN PADU DAN KEMASKINI Pendaftaran dan pengemaskinian maklumat individu dalam Sistem PADU bermula pada 2 Januari 2024. Bagi pengemaskinian, anda boleh mengemaskini maklumat bermula 2 Januari 2024 dan seterusnya pada bila-bila masa sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti alamat semasa, maklumat pekerjaan dan pendapatan. SIAPA YANG PERLU BUAT PENDAFTARAN PADU Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat anda ke dalam sistem PADU dan mengesahkan 39 maklumat diri yang diperlukan. Pendaftaran baharu, pengemaskinian dan semakan di sistem PADU adalah PERCUMA. Tiada apa-apa caj yang dikenakan. KENAPA PERLU DAFTAR PADU? Salah satu kepentingan mendaftar PADU adalah memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem PADU. CARA PENDAFTARAN PADU DAN KEMASKINI Pendaftaran dan kemas kini PADU boleh dibuat melalui 2 kaedah iaitu Secara dalam talian melalui portal PADU https://padu.gov.my/ Melalui kaunter PADU PENDAFTARAN PADU SECARA ONLINE Layari portal PADU https://padu.gov.my/ Maklumat Asas Maklumat pendaftaran mestilah sama seperti yang tertera pada Kad Pengenalan. Isikan nombor telefon bimbit dan e-mel yang sah serta aktif untuk penerimaan OTP. Pengesahan Akaun Anda perlu mengisi OTP yang diterima melalui e-mel atau SMS dalam tempoh 3 minit. Permohonan semula diperlukan sekiranya tidak menerima OTP dalam tempoh ditetapkan atau tamat tempoh pengisian. Tetapkan Kata Laluan Kata laluan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya aksara dengan kombinasi huruf kecil, huruf besar d simbol istimewa (contoh: *%$). Kata laluan ini diperlukan untuk log masuk bagi proses semakan dan pengemaskinian maklumat. PENDAFTARAN PADU MELALUI KAUNTER Dalam pada itu juga, kaunter fizikal PADU ini akan turut disediakan bagi mereka yang berada di kawasan luar bandar, tidak mempunyai peranti dan tiada akses capaian internet. Pendaftaran ini boleh dibuat di; Pejabat Daerah/ Penghulu/MPKK/PBT Pusat Ekonomi Digital Premis agensi kerajaan Persekutuan/ Negeri Pusat Internet Desa SENARAI DOKUMEN UNTUK PENDAFTARAN PADU MELALUI KAUNTER Bagi pendaftaran di kaunter, pastikan maklumat dan dokumen penting dibawa semasa proses pengemaskinian. Diri Sendiri Kad pengenalan dan salinan kad pengenalan sendiri Diri Sendiri dan Mewakili Isi Rumah Kad pengenalan Salinan kad pengenalan sendiri salinan kad pengenalan ahli isi rumah OBJEKTIF PENDAFTARAN PADU Berikut adalah merupakan objektif PADU iaitu: Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala. Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data. Membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal. MATLAMAT PADU Berikut adalah merupakan matlamat sistem PADU iaitu: Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan. Mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad. Memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat. Merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat. SYARAT KELAYAKAN PADU Semua warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Anda digalakkan mendaftar dan membuat pengemaskinian bagi memastikan anda tidak tercicir untuk mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan. Info Lanjut Untuk info lanjut dan terkini mengenai Pangkalan Data Utama (PADU), sila layari; Facebook: Kementerian Ekonomi – Laman Rasmi Laman web: http://www.ekonomi.gov.my/padu SOALAN LAZIM Apakah manfaat yang saya perolehi dengan mengemas kini maklumat? Anda berpeluang untuk menerima bantuan atau perlindungan sosial yang sewajarnya Bilakah saya boleh membuat pengemaskinian maklumat ? Anda boleh mengemaskini maklumat bermula 2 Januari 2024 dan seterusnya pada bila-bila masa sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti alamat semasa, maklumat pekerjaan dan pendapatan. Sila rujuk Portal PADU bagi sebarang pengumuman terkini. Adakah PADU sama dengan program ID Digital Nasional (IDN) ? TIDAK. PADU merupakan satu pangkalan data yang mengandungi maklumat individu manakala IDN merupakan pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu untuk melaksanakan urusan dalam talian. Buat masa kini, sistem PADU menggunakan pengesahan identiti individu melalui e-KYC sahaja. Pengintegrasian IDN dengan sistem PADU akan dilaksanakan kelak. Siapakah yang boleh mengemas kini maklumat dalam sistem PADU ? Semua warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Adakah saya perlu mendaftar akaun dengan PADU ? Ya, anda perlu mendaftar akaun bagi membolehkan log masuk serta menyemak dan mengemas kini maklumat anda. Saya tidak memerlukan bantuan kerajaan. Adakah saya perlu mendaftar ? Anda digalakkan mendaftar dan membuat pengemaskinian bagi memastikan anda tidak tercicir untuk mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan. Baca Juga : PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) : CARA KEMASKINI CARA KEMASKINI PADU: PENGESAHAN MAKLUMAT PERIBADI About Author Panglima See author's posts Related BANTUAN KERAJAAN ADAKAH PADU SAMA DENGAN ID DIGITAL NASIONAL (IDN)Adakah PADU sama dengan program ID Digital Nasional (IDN) ?Adakah saya perlu mendaftar akaun dengan PADU ?APA ITU PANGKALAN DATA UTAMA (PADU)Apakah manfaat yang saya perolehi dengan mengemas kini maklumat?Bilakah saya boleh membuat pengemaskinian maklumat ?CARA PENDAFTARAN PADU DAN KEMASKINIhttps://padu.gov.my/IDENTITI DIGITAL NASIONAL (IDN)KENAPA PERLU DAFTAR PADU?MATLAMAT PADUOBJEKTIF PENDAFTARAN PADUPANGKALAN DATA UTAMA (PADU)PENDAFTARAN PADUPENDAFTARAN PADU MELALUI KAUNTERPENDAFTARAN PADU SECARA ONLINESaya tidak memerlukan bantuan kerajaan. Adakah saya perlu mendaftar ?SENARAI DOKUMEN UNTUK PENDAFTARAN PADU MELALUI KAUNTERSIAPA YANG PERLU BUAT PENDAFTARAN PADUSiapakah yang boleh mengemas kini maklumat dalam sistem PADU ?SYARAT KELAYAKAN PADUTARIKH PENDAFTARAN PADU DAN KEMASKINI