PERMOHONAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA): SEMAKAN TARIKH BAYARAN Panglima, February 22, 2024February 22, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialPERMOHONAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA): SEMAKAN TARIKH BAYARAN Berikut adalah cara permohonan sumbangan asas rahmah (SARA). Seperti yang sedia maklum terdapat beberapa penambahbaikan menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan penambahan program bantuan yang memberikan sokongan kewangan kepada isi rumah miskin tegar di Malaysia iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Disini kami akan kongsikan mengenai kelayakan dan kadar bantuan SARA, semoga membantu. Baca juga ; CARA PERMOHONAN RAYUAN STR (Senarai Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula) APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah merupakan jumlah tambahan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berkelyakan bagi bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup. SARA adalah kadar bantuan tambahan yang akan diberikan kepada golongan miskin tegar. KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH Program bantuan SARA dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar ini terhad kepada: Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan KADAR BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH Bayaran tambahan sebanyak RM600 akan diterima oleh kategori miskin tegar KAEDAH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan, berjumlah RM600 secara keseluruhannya. TARIKH BAYARAN SARA Berikut adalah merupakan tarikh pembayaran STR tambahan RM600 (RM100 sebulan baucar untuk barangan makanan asas) iaitu: SARA 1 (Julai 2023): RM100 SARA 2 (Ogos 2023): RM100 SARA 3 (September 2023): RM100 SARA 4 (Oktober 2023): RM100 SARA 5 (November 2023): RM100 SARA 6 (Disember 2023): RM100 Nota: *Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa JUMLAH KESELURAHAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH Berikut adalah merupakan jumlah keseluruhan yang akan diterima oleh golongan miskin tegar iaitu: Kategori Penerima Pendapatan Bil. Anak SARA 1 (RM) SARA 2 (RM) SARA 3 (RM) SARA 4 (RM) SARA 5 (RM) SARA 6 (RM) Jumlah Bantuan Tambahan STR 2023 (RM) Jumlah Bantuan Keseluruhan STR 2023 (RM) Isi Rumah Miskin Tegar Tiada Had Umur (Tambahan RM600) ≤ PGK Miskin Tegar RM1,169 0 100 100 100 100 100 100 600 1,600 1-2 100 100 100 100 100 100 600 2,100 3-4 100 100 100 100 100 100 600 2,600 ≥ 5 100 100 100 100 100 100 600 3,100 MAKLUMAT LANJUT Untuk maklumat lanjut mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh layari pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah About Author Panglima See author's posts Related BANTUAN KERAJAAN APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAHCARA PERMOHONAN RAYUAN STR (Senarai Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula)JUMLAH KESELURAHAN SUMBANGAN ASAS RAHMAHKADAR BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAHKAEDAH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAHKELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAHPERMOHONAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA): SEMAKAN TARIKH BAYARANTARIKH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH