PERSONAL LOAN AEON CREDIT : CARA MOHON Panglima, February 23, 2024February 24, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialPERSONAL LOAN AEON CREDIT : CARA MOHON Tahukah anda cara mohon Personal Loan Aeon Credit? AEON merupakan antara satu daripada syarikat popular yang menyediakan servis pinjaman kredit kepada semua rakyat Malaysia. Tawaran pinjaman kredit ini dikendalikan oleh syarikat AEON Credit Service (M) Sdn. Bhd. APA ITU AEON CREDIT AEON iCash Personal Financing adalah pelan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh AEON Credit Service (M) Berhad. Pinjaman AEON iCash adalah antara pinjaman peribadi tak bercagar yang paling popular di Malaysia. Ramai yang tidak tahu bahawa AEON iCash adalah pinjaman peribadi Islamik yang patuh Syariah sepenuhnya. Pinjaman AEON ini adalah berlandaskan konsep Bai Al-Inah yang juga digunakan oleh kebanyakan skim pembiayaan peribadi di dunia. Pinjaman ini juga adalah pinjaman tidak bercagar (unsecured loan). Oleh itu pemohon tidak perlu mengemukakan cagaran atau menyediakan penjamin untuk mohon pinjaman peribadi AEON iCash. Kalau anda berminat untuk mohon pinjaman ini, ada syarat yang perlu anda patuhi untuk memohon. CARA MOHON PERSONAL LOAN AEON CREDIT Berikut ialah cara untuk buat permohonan, iaitu untuk apply personal loan AEON secara atas talian: Layari laman web rasmi AEON Credit Service di sini: https://www.aeoncredit.com.my/application-forms/personal-financing Pilih Submit A New Application Sila ambil maklum bahasa permohonan ini akan mengambil masa sekitar 10-15 minit. Anda perlu menghabiskan permohonan ini. Tekan butang Next Masukkan maklumat untuk dihubungi yang dipinta seperti berikut: Title Name as in NRIC Email Address Contact Details Tekan butang Next untuk ke muka surat seterusnya Masukkan maklumat pemohon yang dipinta seperti berikut: Do you have one of these? Nationality Resudency Status IC Number Do you have any other Malaysian I.C? Date of Birth Gender Race Marital Status No of Dependents Residential Address Residential Ownership Years of Stay Is your permanent and residential address, the same? Seterusnya, tekan butang Next Masukkan maklumat tentang kerja sekarang dan tekan butang Next Masukkan maklumat keluarga terdekat jika berlaku kecemasan dan tekan butang Next Isikan sebab kenapa mahu buat pinjaman peribadi AEON, jumlah amaun yang dikehendaki dan pilihan istallment period iaitu tempoh bayaran balik. Seterusnya tekan butang Next Di bahagian Auto Debit, pilih bank untuk bayar hutang personal loan AEON Credit secara automatik. Ini bermakna, anda tidak perlu masukkan duit ke ATM untuk bayar hutang. Duit dalam akaun ini akan ditolak secara automatik setiap bulan. Isikan nama dan nombor akaun Auto Debit. Seterusnya tekan butang Next Di bahagian Financing Account Information, pilih bank untuk disburse atau dimasukkan duit personal loan AEON Credit setelah diluluskan. Isikan nama dan nombor akaun bank. Seterusnya tekan butang Next Tandakan Yes, I agree to the disbursement of the Financing Amount through AEON Member Plus Visa Card (AMP). Tekan butang Next Ikut arahan seterusnya untuk menghantar permohonan bantuan AEON Credit. SYARAT KELAYAKAN PERSONAL LOAN AEON CREDIT Berikut adalah syarat pinjaman AEON Credit untuk anda: 1.Syarat umum Warganegara Malaysia Berumur 18 tahun hingga 65 tahun Berpendapatan RM1,500 sebulan (gaji kasar) ke atas atau RM18,000 setahun (gaji kasar) ke atas Tidak disenarai hitamkan oleh AEON atau mana-mana bank di Malaysia Tiada akaun di bawah Pemerhatian Khas (SAA) Bukan di bawah seliaan AKPK 2.Syarat Untuk Kakitangan Awam Mempunyai status pekerjaan yang tetap 3.Syarat Untuk Pekerja Swasta Bekerja lebih dari 6 bulan dengan majikan yang sama Mempunyai caruman KWSP atau jika tiada caruman, gaji perlu dimasukkan oleh majikan ke bank 4.Syarat Untuk Berniaga/Bekerja Sendiri Pemilik perniagaan adalah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas Tempoh berniaga lebih dari 1 tahun Perniagaan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Mempunyai akaun bank syarikat dengan jumlah transaksi bulanan RM5,000 ke atas Sekiranya anda menepati syarat kelayakan, anda boleh memohon pinjaman peribadi ini. Pertama sekali, anda perlu menyediakan beberapa dokumen untuk memudahkan proses permohonan. DOKUMEN UNTUK BUAT PERSONAL LOAN AEON CREDIT 1.Pekerja Yang Gajinya Tetap Salinan kad pengenalan depan dan belakang Penyata slip gaji 6 bulan terkini Penyata EPF terkini (minimum 6 bulan potongan) 2.Pekerja Yang Gajinya Tidak Tetap (Dibayar Tetapi Tiada Potongan EPF) Salinan kad pengenalan depan dan belakang Penyata slip gaji 6 bulan terkini Penyata bank 6 bulan terkini 3.Bekerja Sendiri Salinan kad pengenalan depan dan belakang Salinan pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Borang 9, Borang 24 dan Borang 49 Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini Borang BE/E dan resit pembayaran cukai (jika ada) FI PROSES PERSONAL LOAN AEON CREDIT Berikut ialah processing fee mengikut jumlah pinjaman: Jika pinjaman bawah RM10,000, kadarnya ialah 4% Jika pinjaman lebih RM10,000, kadarnya ialah 2% Kadar maksimum yang akan dikenakan ialah RM400 sahaja TEMPOH PEMBAYARAN PERSONAL LOAN AEON CREDIT pembayaran AEON Credit sehingga 84 bulan. CARA MOHON PERSONAL LOAN AEON CREDIT GUNA RINGGITPlus Anda juga boleh memohon pinjaman peribadi AEON iCash secara online menggunakan RinggitPlus. Tetapi, khidmat online ini hanya dibuka kepada pekerja bukan kerajaan sahaja. Anda perlu memohon secara manual, iaitu ke cawangan AEON, sekiranya anda ingin memohon sebagai pekerja sektor kerajaan. Layari laman web https://ringgitplus.com/en/. Anda akan tiba ke portal rasmi RinggitPlus. Kemudian, tekan butang PERSONAL LOANS. Pada laman seterusnya, tekan butang berwarna hijau APPLY FOR LOAN. Akan keluar ruangan untuk anda isikan. Pada ruangan Your name, masukkan nama penuh anda. Kemudian, pada ruangan Your mobile number, masukkan nombor telefon anda. Tekan dahulu link Terms of Use untuk membaca terma dan syarat sebelum membuat permohonan. Setelah selesai, tick pada kenyataan tersebut. Kemudian, tick pada kenyataan I agree to be connected by RinggitPlus via Whatsapp regarding my application. Kemudian, tekan butang CONTINUE. Pihak RinggitPlus akan menghubungi anda dan memberi bimbingan satu-persatu sehingga proses permohonan anda berjaya. Seperti kebanyakan pinjaman peribadi bank di Malaysia, AEON Credit Service (M) Berhad mengenakan beberapa caj jika permohonan pinjaman anda lulus. Berikut ialah caj-caj yang dikenakan terhadap AEON iCash: Untuk pinjaman berjumlah RM1,000 hingga RM10,000 – caj pemprosesan sebanyak 4% dari jumlah pinjaman. Untuk pinjaman berjumlah RM10,100 hingga RM100,000 – caj pemprosesan sebanyak 2% dari jumlah pinjaman. Caj maksimum dihadkan kepada RM400. AEON Credit tidak mengenakan sebarang caj jika anda ingin melangsaikan pinjaman anda lebih awal dari tarikh kontrak (early termination fee). Walau bagaimanapun caj lewat bayar dikenakan antara RM18 hingga RM40, bergantung kepada syarat dan terma. Caj-caj ini mungkin berubah tertakluk kepada terma & syarat oleh AEON Credit Service (M) Berhad. Baca Juga : CARA MOHON GOPINJAM : PINJAMAN PERIBADI TOUCH N GO CARA PERMOHONAN PERSONAL LOAN MAYBANK : SEMAK SYARAT KELAYAKAN About Author Panglima See author's posts Related BISNES DAN PERBANKAN APA ITU AEON CREDITCARA MOHON PERSONAL LOAN AEON CREDITCARA MOHON PERSONAL LOAN AEON CREDIT GUNA RINGGITPlusDOKUMEN UNTUK BUAT PERSONAL LOAN AEON CREDITFI PROSES PERSONAL LOAN AEON CREDITPERSONAL LOAN AEON CREDITSYARAT KELAYAKAN PERSONAL LOAN AEON CREDITTEMPOH PEMBAYARAN PERSONAL LOAN AEON CREDIT