PINJAMAN GUNA KWSP AKAUAN 2 : CARA MOHON Panglima, January 8, 2024February 24, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialPINJAMAN GUNA KWSP AKAUAN 2 : CARA MOHON Sebelum membuat Pinjaman Guna Akaun 2 KWSP ini Antara yang perlu pencarum KWSP faham bagi meminjam pembiayaan bank dengan bersandarkan kepada tabungan Akuan 2 menerusi program Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2). APA ITU PINJAMAN GUNA KWSP AKAUN 2 Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) KWSP bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pinjaman peribadi daripada bank dengan menjadikan tabungan dalam Akaun 2 sebagai sandaran pembiayaan menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun. Pembayaran hanya akan dibuat kepada bank apabila ahli mencapai usia 50 hingga 55 tahun. MANFAAT PINJAMAN GUNA KWSP AKAUN 2 Membolehkan pencarum KWSP yang berdepan masalah kewangan sementara mendapatkan aliran tunai menerusi pembiayaan peribadi, dengan simpanan ahli kekal dalam Akaun 2 dan terus menerima dividen tahunan KWSP. Ia juga membolehkan ahli mengambil manfaat daripada kuasa pengkompaunan dividen ke atas simpanan persaraan mereka BILA BOLEH BUAT PINJAMAN GUNA KWSP AKAUN 2 Dibuat dalam dua fasa. Fasa 1 – Permohonan bagi ahli usia 40 hingga 50 tahun dibuka bermula 7 April 2023. – Semakan kelayakan amaun boleh dipohon boleh buat mulai 5 April 2023 – layari https://fsa2.kwsp.gov.my Fasa 2 – Permohonan bagi ahli bawah usia 40 tahun akan dimaklumkan kelak. CARA MOHON PINJAMAN GUNA AKAUN 2 – Dibuat secara dalam talian dengan institusi perbankan yang mengambil bahagian. Untuk Permohonan Bank BSN Dan Bank MBSB Bank yang sediakan kemudahan FSA2: – Bank Simpanan Nasional (BSN) ( Cara Permohonan Pinjaman KWSP BSN Dibuka 15 April 2023 ) – MBSB Bank (BANK MBSB) – KWSP akan menambah bilangan bank yang ambil bahagian Antara syarat dikenakan: – Mempunyai minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP. – Pembiayaan maksimum RM50,000 – Tempoh bayaran balik 10 tahun. Kadar faedah dikenakan? – 4% hingga 5% faedah konvensional atau kadar keuntungan Islamik Bagaimana bayaran balik pinjaman dibuat? KWSP akan membayar prinsipal dan dividen terkumpul daripada Akaun 2 ke dalam akaun pembiayaan ahli dengan bank, sebelum lebihan akan dipulangkan kepada ahli. Untuk Maklumat Lanjut Sila layari Laman Sesawang KWSP About Author Panglima See author's posts Related BANTUAN KERAJAAN Antara syarat dikenakan KWSPApakah Manfaat FSA2Bagaimana bayaran balik pinjaman dibuat?Bank yang sediakan kemudahan FSA2Bilakah Fasa pelaksanaan FSA2Cara permohonan Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) KWSPPinjaman Guna Akaun 2 KWSPProgram Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) KWSP