PROGRAM AGRO MAKANAN RISDA : CARA MOHON Panglima, February 21, 2024February 22, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialPROGRAM AGRO MAKANAN RISDA : CARA MOHON Tahukah anda tentang program agro makanan di bawah seliaan risda? Program Agromakanan merupakan salah satu inisiatif bagi membantu para pekebun kecil untuk meningkatkan hasil pendapatan melalui bidang pertanian selain dari sumber getah. APAKAH RISDA RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen:- “Dengan terlancarnya RISDA, nyatalah bahawa Kerajaan memandang berat di atas peranan yang dijalankan oleh Sektor Pekebun Kecil sebagai satu sektor pengeluaran hasil yang penting pada ekonomi negara.” OBJEKTIF RISDA Pekebun Kecil Memperoleh Purata Pendapatan Kolektif RM4,500 Sebulan Sekeluarga Pada Akhir Tahun 2025. FUNGSI RISDA Melaksana dasar dan program pembangunan; Menyelaras Skim yang diluluskan; Melaksana pembaharuan penyelidikan; Menggalakkan pengeluaran getah berkualiti tinggi; Memberikan perkhidmatan teknikal dan perundingan; Menyedia dan membekal, input pertanian berhasil tinggi; Menggalakkan pemasaran getah yang cekap; Melibatkan diri dalam perdagangan getah; Merancang pembangunan industri getah dan Pekebun Kecil; Melaksanakan program latihan dan pendidikan; Menyebar perangkaan dan menyeggara rekod; Menyelaras dengan Negeri-negeri dan badan dalam/luar Negara; Bekerjasama dengan Agensi Kebangsaan lain berkaitan getah; Merancang dan laksana aktiviti peningkatan kesejahteraan dan ekonomi; Memastikan sektor Pekebun Kecil dimodenkan Melakukan perkara yang membolehkan fungsi dilaksana. APAKAH PROGRAM AGRO MAKANAN Program Agro makanan merupakan salah satu inisiatif bagi membantu para pekebun kecil untuk meningkatkan hasil pendapatan melalui bidang pertanian selain dari sumber getah. Kategori Program Agromakanan adalah: Tanaman Jangka Pendek Ternakan Pemasaran Program Agromakanan RISDA berbentuk bantuan infrastruktur, input, peralatan dan konsultasi. KADAR BANTUAN PROGRAM AGRO MAKANAN Pekebun Kecil (Individu): RM20,000 Pekebun Kecil (Berkelompok, 3 – 5 orang): RM60,000 – RM100,000 (RM20,000/peserta) Integrator Anchor: RM300,000/projek Integrator Ejen Pelaksana: RM300,000/projek CARA MOHON BANTUAN PROGRAM AGRO MAKANAN RISDA Anda perlu mendapatkan borang Program Agromakanan RISDA di pejabat RISDA yang berdekatan dan anda akan dibantu oleh pegawai RISDA untuk membuat permohonan. MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi hotline BMT RISDA melalui nombor di bawah: Hotline BMT RISDA 03-4256 4022 PEJABAT RISDA,BANGUNAN RISDA,KM 7, JALAN AMPANG,KARUG BERKUNCI,11067,50990 KUALA LUMPUR. Baca Juga : BANTUAN BAJA PREMIUM RISDA : CARA PERMOHONAN SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2023 (PERMOHONAN BMT RISDA RM800) SENARAI BANTUAN RISDA 2023 (Cara Permohonan) Kelab Usahawan RISDA (RISEC) PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN RISDA (PEKEBUN KECIL) PROGRAM GETAH MATANG RISDA : CARA MOHON PROGRAM AGROMAKANAN RISDA : CARA MOHON BANTUAN PEMBANGUNAN USAHAWAN RISDA : CARA MOHON About Author Panglima See author's posts Related BANTUAN KERAJAAN APAKAH PROGRAM AGROMAKANANAPAKAH RISDABANTUAN BAJA PREMIUM RISDACARA MOHON BANTUAN PROGRAM AGROMAKANANCARA MOHON PROGRAM AGROMAKANAN RISDAFUNGSI RISDAKADAR BANTUAN PROGRAM AGROMAKANANOBJEKTIF RISDAPROGRAM AGROMAKANAN RISDAPROGRAM GETAH MATANG RISDASEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUHSENARAI BANTUAN RISDA