REBAT BELI MOTOSIKAL ELETRIK : TEBUS RM2400 Panglima, February 21, 2024February 22, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialREBAT BELI MOTOSIKAL ELETRIK : TEBUS RM2400 Tahukah anda cara mohon rebat beli motosikal eletrik? Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik yang dijenamakan semula sebagai MARiiCas menawarkan rebat sehingga RM2,400, terbuka kepada rakyat Malaysia dengan pendapatan tahunan RM120,000 ke bawah. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata inisiatif , yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2024 adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk merealisasikan agenda pembangunan secara lestari. APA ITU MARiiCass @ REBAT BELI MOTOSIKAL ELETRIK Skim Galakkan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) adalah satu skim rebat sebanyak RM2,400 bagi tujuan pembelian atau langganan motosikal elektrik kepada rakyat Malaysia bertujuan bagi menggalakkan rakyat untuk beralih kepada kenderaan berasaskan elektrik. Inisiatif ini telah diumumkan PM Anwar Ibrahim sewaktu pembentangan Belanjawan 2024 tempoh hari. KELEBIHAN MOTOSIKAL ELETRIK Berikut adalah merupakan anatar kelebihan penggunaan motosikal elektrik ini iaitu: Pengurangan Kos Penggunaan Bahan Api Menjamin Kelestarian Alam Tidak Bergantung Pada Bahan Api Fosil Kos Penyelenggaraan yang Rendah Sifar Pelepasan Gas TARIKH PERMOHONAN REBAT BELI MOTOSIKAL ELETRIK Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) juga mengumumkan bahawa permohonan rebat tersebut akan dilaksanakan pada 8 Disember. Langkah ini selaras dengan usaha Malaysia untuk meningkatkan penggunaan EV di kalangan penduduk dan mencapai sasaran 38% kapasiti penggunaan EV di lebuh raya menjelang tahun 2040. SIAPA LAYAK MOHON REBAT BELI MOTOSIKAL ELETRIK Berikut adalah tiga kriteria yang perlu dipenuhi bagi melayakkan anda memohon: Individu yang berpendapatan tahunan sebanyak RM120,000 ke bawah. Warganegara Malaysia berumur 18 dan ke atas. Mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1 @ B2). JUMLAH REBAT MOTOSIKAL ELETRIK Berikut adalah merupakan kadar rebat yang ditawarkan iaitu: Pemberian subsidi secara rebet tunai sebanyak RM2,400 untuk pembelian motosikal elektrik; atau Pemberian subsidi secara rebet tunai sebanyak RM200 sebulan selama 12 bulan untuk permohonan langganan motosikal elektrik. DOKUMEN UNTUK PERMOHONAN REBAT BELI MOTOSIKAL ELETRIK Pastikan anda sediakan dokumen diperlukan terlebih dahulu bagi memudahkan urusuran permohonan secara online seperti berikut: Salinan kad pengenalan. Salinan dokumen berkaitan pendapatan tahunan: Bagi yang bekerja: Slip gaji disahkan majikan beserta cop syarikat atau borang EA atau surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bagi yang bekerja sendiri: Muatnaik borang pengesahan pendapatan atau surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bagi pesara: Pesara kerajaan – slip pencen dan kad pesara atau surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Pesara swasta – borang pengesahan pendapatan atau surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bagi pelajar- Kad Pelajar. Muat turun borang pengesahan pelajar atau surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1 @ B2). PENDAFTARAN PEMOHON MARiiCas Sekiranya anda berminat untuk memohon Skim MARiiCas ini, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu dengan pihak MARii secara dalam talian. Langkah pendaftaran : Pemohon hendaklah mendapatkan ID dengan mendaftarkan emel peribadi pemohon yang sah. Alamat emel yang didaftarkan itu hendaklah disahkan melalui pautan yang diberikan melalui emel yang didaftarkan. Setelah pemohon mengesahkan emel melalui pautan yang diberikan, pemohon boleh memulakan permohonan bagi melayakkan diri untuk mendapat insentif di bawah Skim Galakan Motosikal Elektrik. Pemohon perlu memuat naik dokumen-dokumen sokongan dengan lengkap dan perlu dipastikan dokumen yang dimuat naik adalah jelas dan benar. Segala maklumat yang dimuat naik akan diperiksa oleh pihak MARii. Permohonan yang telah disemak dan diluluskan oleh pihak MARii, akan menerima emel pengesahan dan boleh memuat turun kod QR untuk menikmati insentif yang ditawarkan. Setelah mendapatkan kod QR, pemohon boleh menggunakan kod QR tersebut bagi tujuan pembelian motosikal elektrik di bawah syarikat pengeluar yang disahkan oleh pihak MARii. Boleh dirujuk melalui laman sesawang yang disediakan https://insentif.marii.my/mariicas Pemohon perlulah menggunakan kod QR tersebut dalam tempoh 30 hari dari tarikh ia dikeluarkan. Setelah tamat tempoh tersebut, pemohon hendaklah melakukan permohonan semula untuk mendapatkan kod QR baru yang sah. CARA MOHON REBAT BELI MOTOSIKAL ELETRIK Sekiranya anda berkelayakan dan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya: Layari laman web MARiiCas Sebagai pengguna baharu, klik Daftar untuk mencipta akaun anda Lengkapkan maklumat pendaftaran diperlukan seperti nama, no kad pengenalan dan maklumat diri. Anda akan menerima email verifikasi. klik pada email tersebut untuk lengkapkan proses pendaftaran. Seterusnya log masuk kembali akaun anda untuk untuk proses permohonan MARiiCas. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan. Bayaran perkhidmatan dan pengesahan identiti pemohon sebanyak RM10 akan dikenakan bagi setiap permohonan. Anda akan menerima email pengesahan permohonan. CARA SEMAK PERMOHONAN MARiiCas Anda boleh membuat semakan keputusan dengan log masuk pautan MARiiCas dalam tempoh 14 hari bekerja selepas tarikh permohonan lengkap dilakukan. SENARAI JENAMA YANG TERLIBAT DENGAN SKIM MARiiCas Jenama-jenama motosikal elektrik yang terlibat dengan skim MARiiCas ialah Superlux RydeEV Legatus Eclimo Ebixon Blueshark Treeletrik Modenas Baca Juga : SAVE 4.0 : REBAT RM400 PEMBELIAN PERALATAN ELETRIK REBAT PEMBELIAN PERALATAN ELETRIK : E-REBAT RM400 TERLUPA KATA LALUAN STR : TUKAR PASSWORD BARU CARA PERMOHONAN RAYUAN STR (Senarai Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula) KEMASKINI STATUS BERKAHWIN STR : TUKAR STATUS PERMOHONAN STR : KEMASKINI DAN SEMAK KELAYAKAN STR FASA 1 2024 : JUMLAH DAN TARIKH BAYARAN About Author Panglima See author's posts Related BANTUAN KERAJAAN APA ITU MARiiCassCARA MOHON REBAT BELI MOTOSIKAL ELETRIKCARA SEMAK PERMOHONAN MARiiCasDOKUMEN UNTUK PERMOHONAN REBAT BELI MOTOSIKAL ELETRIKJUMLAH REBAT MOTOSIKAL ELETRIKKELEBIHAN MOTOSIKAL ELETRIKPENDAFTARAN PEMOHON MARiiCasREBAT BELI MOTOSIKAL ELETRIKSENARAI JENAMA YANG TERLIBAT DENGAN SKIM MARiiCasSIAPA LAYAK MOHON REBAT BELI MOTOSIKAL ELETRIKTARIKH PERMOHONAN REBAT BELI MOTOSIKAL ELETRIK