REBAT PEMBELIAN PERALATAN ELETRIK : E-REBAT RM400 Panglima, February 20, 2024February 22, 2024 Share Artikel Ini Di Media SosialREBAT PEMBELIAN PERALATAN ELETRIK : E-REBAT RM400 Tahukah anda tentang rebat pembelian peralatan eletrik RM400? PROGRAM SAVE 4.0, E-REBAT untuk pembelian peralatan eletrik cekap tenaga boleh di tebus bermula 10 Disember 2023. Jadilah bijak tenaga dengan membeli kelengkapan elektrik melalui program SAVE 4.0. Boleh dapat banyak penjimatan tau! SEDA menyediakan pemberian e-rebat sehingga RM400 kepada pengguna untuk pembelian penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga. APA ITU REBAT PEMBELIAN PERALATAN ELETRIK ? Rebat ini dikenali sebagai SAVE 4.0 atau Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) 4.0 ialah program yang memberikan e-Rebat maksimum RM400 kepada isi rumah domestik yang membeli cekap tenaga dengan label kecekapan tenaga 4 bintang atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST). Program SAVE 4.0 adalah kesinambungan kepada Program SAVE 3.0 yang pernah dilaksanakan sebelum ini. Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah melancarkan program ini dengan dibiayai oleh Dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM50 juta. OBJEKTIF REBAT PEMBELIAN PERALATAN ELETRIK Objektif utama Program SAVE 4.0 adalah seperti berikut: Menambah jumlah peralatan elektrik cekap tenaga 4 dan 5 bintang di pasaran; dan Meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menggalakkan mereka membeli peralatan cekap tenaga yang akan menjimatkan penggunaan elektrik pengguna, terutamanya untuk pengguna domestik. TEMPOH PERLAKSANAAN REBAT PEMBELIAN PERALATAN ELETRIK Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama satu (1) tahun dari Disember 2023 hingga Disember 2024. SYARAT REBAT PEMBELIAN PERALATAN ELETRIK Syarat kelayakan untuk mendapatkan e-rebat ini adalah seperti berikut: Warganegara Malaysia Merupakan pemilik akaun elektrik tarif domestik berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power layak memohon. Pembelian perkakas elektrik cekap tenaga 4 dan 5 bintang dalam tempoh bermula 10 Disember 2023 hingga Disember 2024. 1 akaun bil elektrik layak untuk memohon 1 e-rebat sahaja bagi setiap perkakas elektrik yang dinyatakan. CARA SEMAK KELAYAKAN Semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman web SEDA (Sustainable Energy Development Authority). KADAR REBAT PEMBELIAN PERALATAN ELETRIK Setiap isi rumah layak untuk mendapat e-Rebat sehingga RM 400 (RM 200 untuk penyaman udara dan RM200 untuk peti sejuk) dengan pembelian peralatan elektrik cekap tenaga yang berlabel 4 atau 5 bintang. SENARAI PERALATAN ELETRIK YANG BOLEH DIBELI GUNA E-REBAT Anda layak untuk mendapat e-Rebat sekiranya anda membeli peralatan elektrik cekap tenaga berlabel 4 & 5 bintang (senarai jenama dan model peralatan tersebut adalah terdapat di laman sesawang SEDA Malaysia). RUJUK SENARAI PENUH PRODUK SAVE 4.0 & HARGA PASARAN : https://save.seda.gov.my/publics/product SENARAI KEDAI / PLATFORM ONLINE BERDAFTAR DENGAN PROGRAM SAVE 4.0 Untuk melihat senarai kedai / pasar raya berdaftar di bawah program SAVE 4.0, sila layari https://save.seda.gov.my/publics/retailer Anda juga boleh memilih senarai e-dagang dan membuat carian SAVE 4.0 di platform e-dagang pilihan anda seperti Shopee, PG Mall dan Lazada. CARA TEBUS REBAT PEMBELIAN PERALATAN ELETRIK Pengguna boleh memohon dan mendapatkan e-rebat melalui 2 kaedah iaitu: Membawa bil elektrik terkini dan membuat pembelian secara fizikal di kedai-kedai elektrik / pasar raya berdaftar di bawah Program SAVE 4.0 ; atau Memohon e-rebat dan membuat pembelian secara atas talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf Pembeli hanya perlu mempunyai no. akaun bil elektrik domestik yang sah. Tuan / puan disarankan untuk membawa kad pengenalan & bil elektrik dalam bentuk salinan bercetak (hard copy) untuk memudahkan proses pengesahan akaun elektrik tuan/puan. MAKLUMAT LANJUT Anda boleh melayari laman web microsite khas bagi SAVE 4.0 di https://www.seda.gov.my/saveprogram/ untuk maklumat lanjut. ATAU Pasukan Khas Program SAVE 4.0 Bahagian Pembangunan dan Fasilitasi Teknikal SEDA Malaysia Telefon : 03-8870 5853/5869/5864/5922 E-mel: [email protected] Laman web : Baca Juga : TERLUPA KATA LALUAN STR : TUKAR PASSWORD BARU CARA PERMOHONAN RAYUAN STR (Senarai Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula) KEMASKINI STATUS BERKAHWIN STR : TUKAR STATUS PERMOHONAN STR : KEMASKINI DAN SEMAK KELAYAKAN STR FASA 1 2024 : JUMLAH DAN TARIKH BAYARAN About Author Panglima See author's posts Related BANTUAN KERAJAAN APA ITU REBAT PEMBELIAN PERALATAN ELETRIK ?CARA SEMAK KELAYAKAN REBAT PEMBELIAN PERALATAN ELETRIKCARA TEBUS REBAT PEMBELIAN PERALATAN ELETRIKE-REBAT RM400KADAR REBAT PEMBELIAN PERALATAN ELETRIKOBJEKTIF REBAT PEMBELIAN PERALATAN ELETRIKREBAT PEMBELIAN PERALATAN ELETRIKSENARAI KEDAI / PLATFORM ONLINE BERDAFTAR DENGAN PROGRAM SAVE 4.0SENARAI PERALATAN ELETRIK YANG BOLEH DIBELI GUNA E-REBATSustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) 4.0SYARAT REBAT PEMBELIAN PERALATAN ELETRIKTEMPOH PERLAKSANAAN REBAT PEMBELIAN PERALATAN ELETRIK